logo
27
Jan

Nokia X6 16Gb Diumumkan.

Written by adliayob. Posted in Berita Symbian


27 Januari 2010: Nokia hari ini mengumumkan X6 versi 16Gb yang bakal dikeluarkan dalam 4 warna, antaranya merah jambu dan kuning (pink-on-white, yellow-on-white) dan akan mula terjual dalam seminggu-dua lagi. Berbanding dengan X6 yang sebelumnya, versi ini tidak didatangkan dengan kemudahan CWM (Comes With Music) dan berkapasiti storan yang lebih kecil (X6 sebelum ini datang dengan 32Gb).

Ia akan dijual dengan harga sedikit rendah berbanding model sebelumnya. Namun begitu ciri-ciri lain seperti lensa kamera Carl-Zeiss 5.0Mpix, CPU ARM 11 434Mhz dan RAM sebesar 128Mb yang terdapat pada X6 yang asal adalah dikekalkan. Sambungan bluetooth, WiFi, HSDPA dan ‘capacitive screen’ juga tidak mengalami perubahan. Nokia X6 16Gb ini juga dipersiapkan dengan perisian Ovi Maps (dengan bantuan navigasi suara), Michelin dan panduan Lonely Planet.

Model ini juga diperkenalkan sempena ‘Hari Memperingati Kekasih’ (Valentine’s Day) dan ia sangat sesuai sebagai hadiah untuk yang tersayang.

*Pandangan dari Adliayob* – Saya menasihatkan anda membeli telefon ini untuk buah hati anda yang selalu ‘tergila-gilakan’ blog Symbianku ini. Ingat, sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian cukai pendapatan.

Related posts:

Tags: ,

Trackback from your site.

  • L4N

    Same old, same old..Processor & RAM yg dah tebukti membawa masalah, pada harga yg agak mengarut. Baik beli 5800 je mcm ni. Symbian 3 & 4 pun tak lama je lagi. Berbaloi ke utk beli X6 ni skrg? Pada pendapat aku tak..tapi tu pendapat aku jelah..

  • Azeem

    hak ela….. 16 gb jer….
    pabtek btol la…. dulu kate 32gb!!! Cilake

  • http://www.i-symbian.com Asri al-Baker

    @azeem,

    1. Sila baca betul-betul.

    2. Model X6-16GB ni adalah model baru yang dikurangkan beberapa cirinya.

    3. Model X6 yang telah berada dipasaran sememangnya memiliki 32GB. (X6-32GB)

    4. Kalau nak 32GB, beli X6 yang ada skrg. Kalau nak 16GB, tunggu beberapa bulan. Harganya lebih murah berbanding versi 32GB.

    - Asri al-Baker

  • http://www.i-symbian.com Asri al-Baker

    @L4N.

    1. Mmg same old same old. Nokia nak capitalise habis-habisan dengan kegilaan umat manusia terhadap capacitive touch screen ni.

    2. Harganya sekitar RM1400, sama macam harga 5800 masa mula-mula dia keluar. So, maybe X6-16 GB akan mengulangi kesuksesan 5800?

    3. Telefon pintar yang menggunakan Symbian^3 akan dikeluarkan dalam bulan 6 tahun ni. Nokia akan mengumumkan sesuatu yang hebat pada MWC lagi 2 minggu. Ko tengoklah sendiri nanti… ;-P

    4. Symbian^4 palig cepat akan dikeluarkan dalam telefon pintar awal tahun hadapan.

    - Asri al-Baker

About

SymbianKu.Com : Blog Symbian Malaysia adalah satu-satunya blog yang didedikasikan khas untuk pengguna Symbian di Malaysia dan Nusantara serta Alam Melayu - dalam Bahasa Melayu!

Pilih Kategori

Switch to our mobile site