logo
04
May

Nokia Qt SDK Beta Sedia Digunakan

Written by asri. Posted in Berita Symbian


AMARAN KERAS. ANDA DINASIHATKAN SUPAYA TIDAK MEMBACA TULISAN INI SEKIRANYA ANDA TIDAK MEMINATI ISTILAH-ISTILAH TEKNIKAL.

UNTUK MEREKA YANG SUKAKAN ILMU, SILA BACA DENGAN TELITI BAGI MENGELAKKAN SALAHFAHAM.

1. Bukan mudah untuk membangunkan perisian untuk Symbian. Terdapat banyak cara atau “development platform” antaranya seperti C++, J2ME, WRT, Python dan Qt yang boleh digunakan untuk merealisasikan idea menjadi perisian.

2. Sehingga sekarang, untuk membangunkan perisian Symbian, hendak tak hendak, anda perlu memiliki latarbelakang pengaturcaraan yang jitu serta kesabaran dan kesungguhan untuk menggali ilmu pengaturcaraan Symbian.

3. Oleh kerana itu, Yayasan Symbian dan Nokia telah bersepakat untuk mengintegrasikan Qt dalam sistem operasi Symbian bermula dari Symbian^3 dan versi-versi Symbian yang akan datang.

4. Symbian^3 bakal memiliki AVKON dan juga Qt sebagai kerangka pembangunan perisian. Ini bermakna, Symbian^3 memiliki kemampuan untuk menerima perisian-perisian yang dibangunkan pada platform AVKON untuk Symbian^1 dan juga perisian-perisian yang dibangunkan pada platform Qt tanpa banyak masalah.

5. Untuk Symbian^4 dan seterusnya, tiada lagi AVKON. Semua perisian bina dalam, dan juga pihak ketiga, dibangunkan menggunakan Qt. Ini adalah satu langkah penting yang perlu diambil oleh Yayasan Symbian bagi memastikan sistem operasi Symbian di masa hadapan kekal relevan.

Kenapa Qt?

6. Secara ringkas, Qt adalah sebuah kerangka pengaturcaraan (development framework) yang telah wujud semenjak 1991 (19 tahun lepas) dan telah digunakan dengan meluas untuk membangunkan perisian-perisian yang hebat untuk desktop dan juga mudah alih. Contoh penggunaan Qt boleh dilihat pada (antaranya) Google Earth, Skype, VLC Media Player, Virtualbox dan KDE.

7. Qt (disebut “cute” atau lidah melayunya “kiut”) dibangunkan oleh sebuah syarikat bernama Trolltech dari Norway. Ia berjaya menarik perhatian ramai kerana konsep dan falsafahnya membawa kemudahan kepada pengaturcaraan perisian. Ia membolehkan pembangun perisian menjadi lebih kreatif dengan menumpukan perhatian kepada rekabentuk GUI dan mengurangkan masa menulis kod.

8. Pada tahun 2008, Nokia telah membeli Qt dan menegaskan bahawa Qt akan menjadi kerangka pengaturcaraan utama bagi Symbian dan MeeGo di masa hadapan.

9. Pengintegrasian itu bukan berlaku sekelip mata. Malah, keputusan untuk meletakkan Qt sebagai pilihan utama bukanlah satu perkara mudah.

Nokia Qt SDK

10. Segala usaha untuk meletakkan Qt sebagai pilihan pengaturcara perisian kini semakin membuahkan hasil dengan pengumuman oleh Nokia baru-baru ini berkenaan Nokia Qt SDK – iaitu satu IDE (Interactive Development Environment) moden yang dibina khas bagi membangunkan perisian mudah alih menggunakan Qt untuk sistem operasi Symbian dan MeeGo.

11. Nokia Qt SDK boleh dipindahturun untuk digunakan dalam komputer Windows dan juga Linux. Dan mereka juga akan membangunkan Nokia Qt SDK untuk Mac OSX. Ini bermakna, proses pengaturcaraan perisian mudah alih Symbian dan MeeGo pada masa hadapan boleh dijalankan menggunakan banyak sistem komputer berbanding sebelum ini (agak susah untuk membangunkan perisian Symbian menggunakan Linux dan Mac OSX).

12. Pada masa yang sama, Nokia juga mengumumkan “Qt Mobility 1.0.0 Package” iaitu 10 API (Application Programming Interface) yang dikhususkan untuk pembangunan perisian mudah alih. 10 API tersebut adalah :
- Service Framework
- Bearer Management
- Messaging
- Contacts
- Versit
- Publish and Subscribe
- Location
- System Information
- Sensors
- Multimedia (Beta)

13. Anda boleh memindahturun 10 API ini secara berasingan ataupun anda boleh memindahturun Nokia Qt SDK yang disertakan sekali dengan pakej mobility ini. Pautan di penghujung artikel ini.

14. Usaha yang dijalankan oleh Yayasan Symbian, Nokia, Trolltech dan semua pihak yang terlibat adalah untuk memastikan lebih ramai pengaturcara membangunkan perisian dan perkhidmatan yang berkualiti, tampak menarik dan berkuasa tinggi untuk Symbian. Setanding malahan, lebih hebat dari mana-mana platform pembangunan yang lain.

15. Pada hari ini, dengan perkakasan Symbian yang ada, tidak banyak perisian yang dibangunkan menggunakan Qt. Saya boleh menyebutkan satu darinya, iaitu Skype untuk S60. Ia dibangunkan menggunakan Qt dan kesungguhan pihak Skype menyokong Qt membuahkan hasil apabila Skype adalah antara perisian S60 yang paling menarik antaramukanya dan berfungsi dengan amat baik sekali pada telefon Symbian yang berkemampuan. Satu lagi, ialah perisian WordPress rasmi untuk Symbian.

16. Walaubagaimanapun, masih terlalu awal untuk memperkatakan mengenai masa hadapan Qt kerana ia belum digunakan secara besar-besaran dalam Symbian. Sebagaimana biasa, saya akan mengambil sikap tunggu dan lihat kerana saya yakin, pelaburan masa dan wang ringgit serta tenaga yang mereka lakukan, bukanlah sia-sia.

11. Berikut adalah pautan kepada maklumat dan sumber-sumber yang boleh anda gunakan untuk membangunkan perisian menggunakan Qt :

- Laman Sesawang Rasmi Qt
- Makmal Qt
- Panduan Qt di Yayasan Symbian
- Nokia Qt SDK Beta
- API (Application Programming Interface – Antaramuka Pengaturcaraan Perisian) Qt Untuk Mudah Alih
- Qt di Wikipedia
- Saluran QtStudios di Youtube
- Dokumentasi Qt di Forum Nokia

- Asri al-Baker

Related posts:

Tags: , , , , , , ,

Trackback from your site.

  • kerazee_hisham

    @Tuan,

    Terima kasih atas maklumat ini.Selame ini saya selalu menyebut QT (cute,kiut) sebagai Q.T (kiu-tee).

    All the best for Symbianku.com.

  • http://www.i-symbian.com Asri al-Baker

    @Hisham

    1. Lama menghilang? Kemanakah gerangan tuanhamba?

    2. Symbianku seakan dilanggar geroda lagaknya semenjak tuanhamba menyepi.

    3. Apa-apa hal pun, hamba dan Adli ucapkan jutaan terima kasih kepada tuanhamba kerana terus menyokong Symbianku.

    - Asri al-Baker

  • kerazee_hisham

    @Tuan,

    1.Saya tidak menghilang kemana.Cuma agak sibuk dengan komitmen seharian.

    2. Lagipun tiada idea nak beri sebarang komen kat Symbianku.Kebanyakan artikelnya lengkap dan penuh info dan punya gaya tersendiri.Terutama sekali artikel berkaitan Nokia N8.Hebat! Hingga terlintas juga nak jual 2 peranti Symbian yg saya guna sekarang seandainya N8 dipasarkan di Malaysia kelak.

    3. Pada RSS Reader, saya letakkan Symbianku.com di slot yang pertama supaya saya tidak ketinggalan setiap artikel yg diterbitkan pada setiap masa.Begitulah sayangnya saya pada Symbianku.com.

    All the best Symbianku.com!

  • adliayob

    @kerazee_hisham,

    Sob..sobb… terharu aku siot…
    Insyaalah aku gagahkan jugak menulis Bab 5/ Bab 6 & Bab 7 dalam siri Symbian101 nanti. Penat siot kalau nak taip… tapi, bila ada pembaca macam ko… ilang letih aku.

    Thanx.

  • kerazee_hisham

    @Tuan Adli,

    Saya akui bukan mudah menulis untuk sebuah laman teknologi seperti Symbianku.com.

    Pernah juga saya cuba-cuba menulis, Konon2nya untuk di siarkan pada Symbianku,com.Artikel mengenai tips-tips basic Symbian seperti “Tutorial: Fungsi Remote Lock Pada Peranti Symbian” dan “Tutorial : Penyelesaian Masalah “No Gateway Reply” tapi sampai ke sudah tak siap-siap juga artikel tu. Terbengkalai macam tu je la. Saya memang tiada langsung bakat menulis.Apatah lagi dengan ilmu yang tidak seberapa.

    Untuk menulis komen ini pun saya ambil masa hingga 30minit!!!

    Oleh sebab itu, saya memang hargai dan respek usaha En Asri dan En Adli menulis artikel-artikel untuk Symbianku.com. Saya tau memang susah nak menulis,Banyak perkara perlu di jaga seperti tatabahasa, maklumat yang lengkap dan tepat.Eeeee….mmg susah la.

    Sokongan padu untuk Symbianku.com!

    Keep it up guys!

  • http://www.i-symbian.com Asri al-Baker

    @hisham

    1. kalo betul ko ada siapkan artikel, hantarlah kat kitorang. insya allah, sekiranya sesuai dengan Symbianku, akan diterbitkan.

    2. menulis sebenarnya memerlukan kesabaran dan yang paling penting sekali, sanggup mengharungi satu perkara yang tak ramai orang sanggup – KESUNYIAN – menulis membuatkan si penulis berada dalam kepompongnya sendiri, tanpa teman, tanpa hiburan, hanya bunyi keyboard diketuk menjadi teman serta rokok marlboro lights… dan air kopi aik cheong… :-P

    3. terima kasih atas sokongan ko. insya allah, Symbianku akan bertambah hebat di masa akan datang. Baynak lagi yang akan kami paparkan.

    - Asri al-Baker

  • TheRohan

    Just checked out this great tutorial and thought of sharing it with you guys.

    This tutorial guides you in getting started with Qt application development. The document covers the following topics: downloading and installing the Nokia Qt SDK, creating your first project, running it in the simulator, and deploying the application to a device.

    For more info to this visit http://bit.ly/8XKBw3

  • Qt Runtime

    apa yg saya faham dr artikel diatas bhw Qt ni adalah utk pembangunan aplikasi…
    jd apa fungsi ia dipasang didalam hp..???

  • Anonymous

    Betul dan pada mulai masa sekarang dan masa hadapan, semua aplikasi (software & games) untuk Symbian (Symbian^1 & Symbian^3) ditulis dengan Qt.

    Ini bermakna kalau telefon tiada Qt Runtime, maka aplikasi tersebut tidak dapat dimainkan.

  • http://www.symbianku.com/qt-201-bahagian-1-qt-untuk-symbian/ Qt 201: Bahagian #1 – Qt Untuk Symbian | SymbianKu

About

SymbianKu.Com : Blog Symbian Malaysia adalah satu-satunya blog yang didedikasikan khas untuk pengguna Symbian di Malaysia dan Nusantara serta Alam Melayu - dalam Bahasa Melayu!

Pilih Kategori

Switch to our mobile site