Nokia OneConnected World 15 September 2009

1. Saya berada di Hilton KL Sentral menghadiri Nokia OneConnected World 2009.
2. Persidangan ini adalah khusus kepada pembangun aplikasi yang ingin mengembangkan perniagaan mereka menggunakan teknologi-teknologi yang dibangunkan oleh Nokia.
3. Disamping persidangan, ada juga forum yang membawakan pakar-pakar bidang ini sebagai panel.

4. Ada juga showcase atau dewan pameran, yang memaparkan hasil-hasil terbaru dalam dunia telekomunikasi seperti N97 mini, X6, E72 dan macam macam lagi.

5. Saya merakamkan peristiwa ini secara langsung melalui saluran Twitter saya. Untuk mengikuti lebih banyak laporan terus menerus mengenai persidangan ini, sila pergi ke #nokiaocw di Twitter.
6. Pagi tadi, Nokia mengumumkan kerjasama dengan Cradle Fund Sdn Bhd dan juga MSC Malaysia untuk membantu pembangun aplikasi mudah alih tempatan membangunkan prototype dengan tabung sehingga RM100 ribu . Satu peluang yang sangat menarik.
7. Persidangan kali ini ada menerima kehadiran pembangun dari Thailand, Australia, Filipina, Bangladesh, Singapore, Nepal dan sebagainya. Tapi macam takde pulak dari Malaysia… Eh, ada kot…
8. Nak lagi laporan, sila lawati Twazzup dan Matechulous.

Related posts:
Tags: Nokia, Pengaturcaraan, Symbian
Trackback from your site.

November 9, 2011: [Naik-Taraf] Opera Mobile 11.5 dan Opera Mini 6.5
November 9, 2011: Produk Symbian-Accenture Yang Akan Datang!
November 5, 2011: UC Browser Pelayar Web Yang Hebat!