logo
05
Sep

Nokia N97 Mini dan Nokia X6 Telah Diumumkan.

Written by adliayob. Posted in Berita Symbian


n97mini-x6

Nokia pada 2 September 2009 telah mengumumkan 2 lagi model telefon Symbian (berasaskan platform S60-5th Edition) iaitu N97 Mini dan X6.

N97 Mini merupakan model alternatif kepada N97 dengan skrin 3.2 inci, memori dalaman 8Gb, keypad QWERTY 3-Baris (seperti N97) tetapi kali ini tidak disertakan dengan D-Pad, kamera lensa Carl-Zeiss 5 megapiksel, kemudahan rakaman video sehingga VGA@30fps, radio FM, slot kad microSD (menyokong sehingga kapasiti 16Gb),  WiFi dan jek audio 3.5 inci. Kemudahan ‘TV-Out’ juga turut disokong oleh model ini.

Nokia X6 pula merupakan siri baru yang diperkenalkan oleh Nokia (yang mungkin menggantikan model-model XpressMusic). Dua model telah diperkenalkan iaitu X3 dan X6 tetapi hanya X6 sahaja yang dilengkapi dengan Sistem Operasi Symbian. Nokia X6 memiliki ciri-ciri yang hampir serupa dengan 5800 XpressMusic iaitu skrin sebesar 3.2 inci, memori dalaman sebesar 32 Gb, kamera lensa Carl Zeiss 3.2 Megapiksel 5.0 Megapiksel, sokongan rakaman VGA@30fps, WiFi, GPS, radio FM dan lain-lain. Cuma bezanya tiada slot kad memori disediakan kali ini.

Nokia X6 datang dengan rekabentuk yang segar dan tidak meniru rekabentuk model Nokia sebelum ini. Kedua-dua model ini dijangka akan masuk ke pasaran pada penghujung tahun ini.

Related posts:

Tags: ,

Trackback from your site.

  • zul_cool

    uncle x6 2 support multi-touch k hehe????

    http://aizam88.wordpress.com

  • suzalimaru

    apa barang x tiru,macam n97 la tiru design SE xperia X1.x tiru konon. baik nokia jual tayar balik la mcm sebelum ni dia kan kompeni tayar.tak pun jual charger talipon je,sebab tu je yang dia tau buat.buat talipon konon ,cuba bukak taipon nokia semua chip dia tengok sapa bikin.camera pun carl siz nak tolong buat.hampeh betul

  • space83

    apa masalah ko ni suzalimaru?
    kalo yer pun dia tiru apa kaitan dgn ko?
    ko ceo SE ker?

    anyway model nokia X6 tu cun la.
    brp harga dia agak2 en adli?

  • http://www.uiqblog.com asri

    1. Sebenarnya, dalam pembangunan dan rekabentuk industri, payah nak cakap samada sesuatu produk itu meniru produk yang lain.

    2. Sebagai contoh, bolehkah kita kita kata Mercedez tiru BMW dalam design dia yang terbaru sebab letak 4 biji tayar?

    3. Atau kita kata Apple tiru design Palm sebab letak touch screen yang besar dalam iPhone?

    4. Encik Suzalimaru, rekabentuk N97 tidak meniru Xperia X1. Kedua-duanya berbeza.

    5. Kalau kita kata Nokia tiru meniru, so, Sony Ericsson juga kita boleh kata meniru. Cuba tengok design X2, ada rasa sama macam design Nokia E75 tak? :-)

    6. Begitu juga dengan Sony Ericsson Yari, bolehkah kita samakan dia dengan N81 dan kita kata Sony Ericsson tiru Nokia?

    7. Pada pendapat saya, tak kisahlah apa jenama pun, asalkan ciri-ciri dia berkuasa dan yang paling penting, SYMBIAN, saya lenjan! ;-)

    8. Saya pernah pakai Sendo, Panasonic, Siemens, Nokia, Sony Ericsson, Samsung… yang semuanya berkuasakan SYMBIAN walaupun pelbagai versi.

    9. Errr… Sony Ericsson dalam sesetengah model (contoh : Kseries) pun pakai lensa Carl Zeiss, so, apa masalahnya kalau Nokia pun pakai Carl Zeiss dalam sesetengha modelnya? ;-)

    Cheers!

  • Mohd Shahrul

    X6 guna kamera 5 megapiksel…

  • http://www.symbianku.com adliayob

    Terima Kasih kepada Mohd Shahrul,

    Nokia X6 menggunakan kamera Carl Zeiss 5 Megapixels.
    Spesifikasinya: 5 MP, 2592×1944 pixels, Carl Zeiss optics, autofocus, Dual LED flash, video light

    Thanks for point it out. My bad.. my bad..

  • syahir

    x minat ke N97 mini..asyik sembang pasal X6 je

  • http://www.uiqblog.com asri

    @syahir

    1. Tajuk posting ini merujuk kepada PENGUMUMAN N97 Mini dan X6. Sila baca betul-betul.

    2. Tidak bermakna apabila bercakap pasal X6, tak berminat pada N97 Mini.

    3. Sila beri komen yang lebih membina atau tak payah komen langsung.

    4. Untuk pengetahuan anda, X6 belum berada di pasaran Malaysia tapi N97 Mini sudah, jadi, lebih mudah untuk mendapatkan maklumat mengenai N97 Mini.

    5. Sila gunakan fungsi carian dalam blog ini. Kami pernah menulis beberapa artikel mengenai N97 Mini.

    Harap maklum.

    - Asri al-Baker

About

SymbianKu.Com : Blog Symbian Malaysia adalah satu-satunya blog yang didedikasikan khas untuk pengguna Symbian di Malaysia dan Nusantara serta Alam Melayu - dalam Bahasa Melayu!

Pilih Kategori

Switch to our mobile site