Nokia N8 Lagi
AMARAN KERAS!!!
Barang siapa yang dah menyampah nak baca tulisan pasal Nokia N8 di Blog Symbian Malaysia. Sila hentikan bacaan anda sekarang. Kami di Menara Symbianku tidak akan bertanggungjawab sekiranya selepas membaca tulisan-tulisan kami mengenai Nokia N8, anda akan mengambil keputusan yang teramat bijak dan memecahkan akaun bank anda untuk membeli Nokia N8 apabila ia sudah dipasarkan kelak. Dan selepas itu, anda mengikat perut, makan Maggi serta menggigit kuku selama 3 bulan kerana duit simpanan anda digunakan untuk membeli Nokia N8!!!
ANDA SUDAH DIBERI AMARAN!!!
1. Ya! Nampaknya hari demi hari, semakin banyak maklumat berkenaan Nokia N8 yang disebarkan kepada orang ramai di internet sebelum ia dipasarkan pada bulan Julai atau Ogos nanti.
2. Ramai yang menyangka bahawa Nokia N8 sudah berada di pasaran dan menghantar SMS serta Email kepada saya dan Adli bertanyakan berapakah harga Nokia N8 dan dimanakah boleh membelinya.
3. Disini saya ingin nyatakan bahawa NOKIA N8 BELUM LAGI BERADA DI PASARAN SAMADA DI MALAYSIA ATAUPUN TEMPAT LAIN DISELURUH DUNIA. Ia sudah diumumkan tetapi belum dipasarkan. Faham ye tuan-tuan?
4. Apa pun, dalam posting saya kali ini, saya akan berkongsi 3 video rasmi yang dikeluarkan khas oleh Nokia untuk memberitahu kepada orang ramai tentang fungsi-fungsi hebat yang terdapat dalam Nokia N8.
5. Video-video ini dipersembahkan oleh Incik Chris Bennetts, iaitu Pengurus Produk untuk Nokia N8. Beliau adalah orang yang bertanggungjawab mengepalai projek Nokia N8 dan diberi amanah untuk menjadikan Nokia N8 satu produk yang sukses.
Ringkasan Video 1
- Fungsi “multiple home pages” yang menyokong widgets
- Visual Multitasking yang menawan
- Fungsi Nokia Messaging Email
- Fungsi “threaded view” dalam SMS seperti chatting
- Fungsi capaian mudah untuk melayari internet dan pelayar internet yang menyokong Flash
- Ovi Maps
Ringkasan Video 2
- Fungsi Galeri Foto yang serba baru dengan “kinetic scrolling” dan sokongan “multi-touch”
- Fungsi mengedit foto dan menambah kesan khas
- Fungsi mengedit video dan menambah kesan khas
- USB OnTheGo
Ringkasan Video 3
- Fungsi video definisi tinggi yang boleh disambungkan ke TV menggunakan kabel HDMI
- Pemain muzik yang serba baru
- Mengawal media dari jauh menggunakan keyboard Bluetooth
6. Nah… Perhatikan bagaimana Nokia N8 berjaya melaksanakan tugasan yang dipertontonkan dengan mudah dan pantas. Sebagai contoh, sewaktu melayari galeri foto, ia memaparkan foto dengan begitu pantas sekali. Ingat ye tuan-tuan, Nokia N8 memiliki kemampuan untuk menangkap gambar pada resolusi 12 Megapiksel dan saiz setiap foto adalah besar. Perhatikan bagaimana pantasnya Nokia N8 ketika menjalankan proses membuka foto, zoom dan pelbagai lagi.
7. Dengan kuasa sistem operasi Symbian^3 yang memiliki banyak kelebihan berbanding mana-mana sistem operasi pintar lain, Nokia N8 nampaknya menjadi sebuah peranti yang berpaksikan multimedia. Bukan sahaja untuk menikmati media tetapi juga untuk merakam detik-detik indah dengan pantas.
8. Perhatikan juga bagaimana Symbian^3 telah direkabentuk untuk menjadi lebih mesra pengguna dengan semua operasi boleh dijalankan menggunakan 1 klik sahaja. Tiada lagi 2 klik dan lihatlah bagaimana paradigma antaramuka terus yang memudahkan pengguna mengakses informasi dan berinteraksi dengan Nokia N8.
9. Dan, sekiranya anda belum perasan, Symbian^3 juga telah diubahsuai berbanding Symbian^1. Cuba tengok pada “Menu bar” yang kini berada di bahagian bawah skrin berbanding pada Symbian^1 yang terletak di bahagian kanan skrin (dan nampak mencacatkan antaramuka Symbian^1). Begitu juga dengan “Toolbar” di sebelah kanan yang hanya muncul apabila diperlukan dan saiz butangnya kelihatan lebih kecil berbanding “Toolbar” di Symbian^1.
10. Apa yang dipaparkan di dalam video-video ini adalah untuk menonjolkan kelebihan Nokia N8 dan apa yang ia boleh lakukan. Tidak semua fungsi baru dalam Nokia N8 dan Symbian^3 dipaparkan dalam video-video ini.
Amacam? Ada berani?
Asri al-Baker.
Related posts:
Tags: Nokia, Symbian-Foundation, Symbian^3
Trackback from your site.
-
L4N
-
http://www.facebook.com/people/Azeem-Sarip/100000114763273 Azeem Sarip
-
Estefania_fidelle
-
hazim
-
JejakaKL2009
-
Taufik.mel
-
http://www.i-symbian.com Asri al-Baker
-
alzamakhsyari
-
Kr555zal
-
sufiyan


November 9, 2011: [Naik-Taraf] Opera Mobile 11.5 dan Opera Mini 6.5
November 9, 2011: Produk Symbian-Accenture Yang Akan Datang!
November 5, 2011: UC Browser Pelayar Web Yang Hebat!