logo
16
Jun

Nokia E73, 5228, 5233: Barang Baru Cerita Lama!

Written by adliayob. Posted in Berita Symbian


Nokia secara ‘senyap-senyap’ telah melancarkan 2 model telefon (ya! hanya 2 model tetapi dengan 3 rujukan ‘nombor’ yang berlainan’) iaitu E73 Mode untuk pasaran Amerika Syarikat (USA), 5228 untuk pasaran Eropah dan 5233 (yang sebenarnya 5228 tetapi telah ditukar nombor rujukannya) khas untuk pasaran Asia.

Dan berita ini sebenarnya menyebabkan saya tertanya-tanya apakah sebab utama Nokia mengeluarkan model-model ini? Mengapa? sebabnya E73 merupakan E72 untuk versi Amerika Syarikat manakala 5288 (5233) adalah model 5230 yang tidak cukup sifat dan yang lebih pelik lagi ialah sebelum ini Nokia juga pernah melancarkan 5235 yang SEMUANYA adalah lebih-kurang sama sahaja!

Sesungguhnya saya sangat-sangat kecewa dengan Nokia dan maka itu saya tidak perlulah memaparkan spesifikasi E73 ini kerana ia merupakan telefon E72 yang sama cuma ‘di tukar jenama (debranding)’ khas untuk telco T-Mobile USA sahaja.

Nokia 5228 / 5233 pula adalah 5230 yang tiada GPS, tiada capaian data 3G, tiada video sekunder hadapan untuk sidang video (videocall) dan akan dijual jauh lebih murah dari 5230. Spesifikasi yang lain adalah sama dengan Nokia 5230 yang telahpun dijual dengan baik.

Nokia E73 menggunakan OS Symbian S60-3rd (FP2) manakala 5228/5233 menggunakan OS Symbian^1 (S60-5th Edition).

Inilah yang dikatakan ‘hobi’ semula jadi Nokia yang suka mengitar-semula model-model telefonnya. Barang baru tetapi cerita yang lama!

Related posts:

Tags: , ,

Trackback from your site.

  • asrialbaker

    1. Tambah Nokia X6-8GB dalam senarai telefon pintar kitar semula yang dikeluarkan oleh Nokia. Sebelum ni dah ada X6-32GB dengan X6-16GB dan sekarang, minggu lepas diorang baru je umuumkan X6-8GB.

    2. Amalan ini dah menjadi perangai Nokia semenjak dulu lagi. Kalau anda semua masih ingat, ada banyak telefon pintar Symbian yang Nokia keluarkan, yang merupakan kitar semula.

    3. Sebagai contoh, N95 ke N95-8GB. 9210 ke 9210i. 9300 ke 9300i. Dan banyak lagi lah.

    Kita lihat dari pendapat yang berbeza pula.

    1. Bukan Nokia sahaja yang mengamalkan polisi kitar semula ni. Dan bukan dalam industri telefon pintar sahaja.

    2. Sebagai contoh, pengeluar kereta Toyota telah mengeluarkan model kereta VIOS dan setiap tahun, model VIOS baru, diperkenalkan tanpa ada banyak penambahan pun. Dipanggil refresh.

    3. Begitu juga dengan komputer. Antara Apple MacBook dengan MacBook Pro 13 inch, dari pandangan mata kasar, memang tak nampak perbezaannya.

    Kesan positif dari kitar semula oleh Nokia

    1. Jika dilihat, hanya Nokia sahaja yang mampu melakukannya. Ini kerana, sebagai pengeluar telefon pintar Symbian terbesar di dunia, apabila mereka memperkenalkan satu-satu model baru, seboleh mungkin, ia perlulah dijual dengan sebanyak-banyaknya serta perlu mencapai masyarakat manusia ke seluruh pelusuk dunia.

    2. Sebagai sebuah syarikat, matlamat utama Nokia ialah KEUNTUNGAN.

    3. Pada masa yang sama, dengan keluarnya telefon pintar model yang sama tetapi mempunyai spesifikasi dan fungsi yang berbeza, harganya juga boleh dikurangkan. Contohnya, tidak semua orang memerlukan fungsi 3G atau WiFi atau GPS atau kamera yang memiliki 12 megapiksel. Mereka inginkan sesuatu yang agak lebih canggih sedikit dari apa yang mereka sedang gunakan tetapi kemampuan mereka untuk membeli adalah terbatas. Sasaran pasaran juga agak berbeza. Sebagai contoh, di negara-negara membangun seperti Indonesia, kegilaan masyarakat di sana adalah peranti mudah alih yang memiliki QWERTY, oleh sebab itulah Indonesia menjadi negara yang pertama di dunia yang Nokia berani menjual model C3 (bukan Symbian, tetapi S40 dengan QWERTY) lebih awal dari negara lain dan ia mendapat sambutan hangat.

    4. Saya yakin, anda, pembaca Symbianku.Com adalah tergolong dalam golongan orang yang agak jauh kedepan dalam hal telefon yang anda gunakan, sebab itulah anda tahu apa yang anda inginkan. hakikatnya diluar sana, mereka tak ambik endah pun kalau telefon mereka ada GPS ke, ada Accelerometer ke, pakai skrin teknologi Super AMOLED ke… yang penting, mereka boleh gunakan.

    5. Satu lagi kesan positifnya ialah, Symbian telah menjadi sistem operasi pintar mudah alih nombor wahid kerana model-model yang dikeluarkan oleh Nokia. Tidak ada pengeluar telefon pintar lain yang berani melaksanakan apa yang Nokia telah lakukan (fungsi, harga, sistem distribusi, sokongan lepas jualan, peningkatan perisian, dsb).

    - Asri al-Baker

About

SymbianKu.Com : Blog Symbian Malaysia adalah satu-satunya blog yang didedikasikan khas untuk pengguna Symbian di Malaysia dan Nusantara serta Alam Melayu - dalam Bahasa Melayu!

Pilih Kategori

Switch to our mobile site