logo
02
Mar

Nokia Cseries yang pertama, iaitu C5 telah diumumkan

Written by asri. Posted in Berita Symbian


1. Nokia baru sahaja mengumumkan C5 iaitu telefon pintar yang pertama dalam keluarga Cseries.

2. Dengan Cseries, maka kini Nokia memiliki 4 keluarga dalam portfolionya (tidak termasuk yang menggunakan nombor biasa seperti 5800, 6788 dsb) iaitu Nseries (flagship dan premium), Eseries (bisnes dan produktiviti), Xseries (muzik dan sosial) dan kini Cseries (Classic dan Core products).

3. Berikut adalah ciri-ciri C5 :
- Dikuasakan oleh Symbian S60 3rd Edition (tak tau Feature Pack apa)
- Nokia Messaging Email dan Nokia Messaging Social Networks serta Nokia Messaging Chat bina dalam
- Skrin 2.2-inc (Amboi mak… keciknyaaaa…)
- Kamera menggunakan lensa 3.2-megapiksel (boleh laaa…)
- Ovi Maps – navigasi percuma
- Menyokong kad microSD sehingga 16 GB
- FM radio stereo and 3.5mm audio-jack serta TV out
- Ciri istimewa “Social Phonebook” iaitu pengguna dapat melihat status kenalan mereka terus menerus melalui phonebook.

4.C5 akan mula dipasarkan pada suku tahun kedua tahun ini 2010 di seluruh dunia kecuali Amerika. Harga yang dicadangkan ialah sekitar Euro 135 atau lebihkurang RM650 keatas.

Sumber : http://conversations.nokia.com/2010/03/02/nokia-c5-unveiled/

- Asri al-Baker

Related posts:

Tags: , ,

Trackback from your site.

  • adliayob

    Perghhh! ada GPS siottt! C memory 50Mb dan murah. Tapi bateri 860mAh jer. Ok gak laa kalau nak dijadikan 'the first Symbian device'.

  • pajil

    rasa-rasanya e52 lagi bgs..kalau tak silap..sbb sya org baru hehe…apa2 pun kalau price gitu ok juga kan

  • jkamisan

    salam pada semua! h/pon N97 saya tidak boleh diupdatekan ke version 2.
    software version saya sekarang : v12.0.024. software version date :04.08.2009 type RM-505 Hari ni cuba utk updatekan device, tetapi reply yg diterima adalah no software update available. Saya beli AP set.
    mohon bantuan dari semua dan webmaster. Terima kasih.

  • amier

    tukar produk code n97 anda menggunakan software phoenix. Try google utk lebih info

  • jkamisan

    saya try phonix dulu. nanti saya update! thank you

  • amier

    Suka saya mengingatkan agar en.jkamisan backup data2 di dalam phone memory sblum memulakan proses software update utk mengelakkan kehilangan no.telefon, sms dn sbgainya

    Saya mengesyorkan agar en.jkamisan mencari info/tutorial menggunakan software phoneix utk meng update firmware kerana jika tersilap langkah, hnpon tidak akn berfungsi (blank screen)

    Software phoneix ne mrupakan ikhtiar terakhir sy setelah gagal meng update firmware n82 sahabat sy melalu nokia software updater.

    Hasilnya, sy brjaya meng update 3 peranti symbian menggunakan software phoneix tanpa msalah &hnya mengambil masa 5-8mnit.

    P/s:Jika ada tersalah informasi, harap en.asri dapat perbetulkn

  • http://www.i-symbian.com Asri al-Baker

    Satu lagi tools yang boleh digunakan ialah Nemesis. Nak tau lebih, tanya pakcik Google ;-)

  • http://www.i-symbian.com Asri al-Baker

    1. Lain kali belilah telfon pintar yang original. Menyelamatkan anda dari pening kepala kerana firmware anda tidak dapat dinaiktarafkan :-)

    Adios!

  • amier

    btul kata en.asri tu. Nemesis mrupakan 1 lg alternatif utk meng update firmware hnpon yg brmasalah utk diupdate menggunakan nokia software updater.

    Skang ne bnyk blog/forum symbian yg menunjukkn tutorial brgambar utk meng update firmware. Jadi, rajin2 la surf pakcik google :)

    Biasanya kbnyakan phone nokia xmempunyai msalah utk update firmware. Tapi tu xbrmkna hnpon tu xboleh di update firmwarenye.

    Akhir kata, slamat mencuba.. ;)

  • jkamisan

    Salam pada Tuan Asri yg dihormati!

    Adakah kenyataan “saya beli AP set ” bermaksud saya telah telah 'terbeli' device set yg lain dari yg ditawarkan oleh penjual dgn warranty zitron contohnya? Maka saya tidak berpeluang utk naik taraf device ada masalah? Utk pengatahuan ,saya ada ke nokia website dan masukkan code yg tertera diblkg set N97 saya. Dan mereka mengenali code yg dimasukkan. Setelah saya cuba update s/w melalui set saya respon yg diterima adalah – no update available! Kalau boleh saya update terus s/w dari pengeluar telefon sendiri tanpa melibatkan penyedia penyelesaian pihak ketiga.

    Masalah yg saya hadapi paling teruk adalah telefon 'hang' dan skrin menjadi gelap bila tutup kamera cuba dilungsur aktifkan,

    terima kasih atas cadangan tuan2 semua.

  • http://www.i-symbian.com Asri al-Baker

    1. Janganlah memanggil saya dengan panggilan tuan. saya hanya manusia biasa.

    2. Ye. Apabila membeli AP set, ia tidak termasuk dalam jaminan pengedar sah di Malaysia iaitu Zitron, Avaxx dan Sapura.

    2. Sebenarnya, semua telefon Nokia dikilangkan dan dikeluarkan dari tempat yang sama. Tetapi apabila ia dibawa masuk ke sesebuah negara, ia perlu mendapat permit serta kelulusan-kelulusan dari pihak yang berkenaan seperti SIRIM, Kastam dan sebagainya. Pengedar-pengedar Nokia yang sah di Malaysia iaitu Zitron, Avaxx dan Sapura telah bersusah-payah membayar ratusan ribu ringgit dan naik-turun pelbagai bangunan untuk mendapatkan kelulusan-kelulusan tersebut.

    3. Tetapi, pengimport AP ini, tidak menjalani proses yang sah mengikut undang-undang dan mereka tidak membayar permit yang sepatutnya. Sebab itulah mereka boleh menjual dengan harga yang jauh lebih murah.

    4. Berkenaan dengan nombor siri atau “serial number”, tidak kiralah sama ada original atau AP, nombor siri ini diterima oleh laman web Nokia kerana sememangnya ia sah. Tetapi seperti yang katakan, telefon AP tidak termasuk didalam jaminan kerana ia tidak mengikut undang-undang pengimportan yang betul.

    5. Berkenaan perisian ataupun firmware. Kebanyakan set telefon AP yang masuk Malaysia adalah dari set yang dikhaskan untuk negara lain seperti Hongkong, Taiwan, Singapore, bahkan yang untuk Arab Saudi, Argentina, Eropah pun ada. Setiap set untuk negara-negara ini berlainan konfigurasinya dan tidak dapat dilihat oleh mata kasar. Sekali tengok memang sama. Tapi apabila ingin dinaiktaraf firmwarenya, ia tidak diterima di Malaysia kerana ia bukan set untuk Malaysia. Kebiasaannya, Nokia menjalankan penaiktarafan secara berperingkat-peringkat.

    6. Pengajarannya, belilah yang original dari pengedar yang sah.

    7. Kalau tak boleh upgrade jugak, sila bawa set anda ke Nokia Service Centre yang sah. Mintak dia upgrade firmware, bayar RM50, tunggu 2 jam. Selesai :-)

    - Asri al-Baker

  • jkamisan

    Tuan Asri yg dihormati. Terima kasih! Saya suka point # 7.akan diusahakan. Mungkin Nokia Melaka paling dekat dgn saya. Atau ada sape2 boleh tolong!!! :-)

    -jkamisan
    bukit baru

  • fadliyana

    salam en asri,
    sy nk tanye skit… mcm mane kite nk kenal pasti sama ada telefon yg kiter beli tu betul2 ori sbb ader setgh kedai tanye customer nk ori or AP

  • adliayob

    @fadliyana,

    Cuba perhatikan kad waranti. Kalau ada tulis perkataan 'Zitron', 'Avaxx', 'MidLand' atau 'FMG' itu menandakan ia adalah set yang asli yang diedarkan secara rasmi dengan bantuan teknikal di Malaysia.

  • daktaipan181

    ok gak ni….
    nak hadiah kan untuk adik aku coz hari jadi die, ok la untuk first symbian device untk die kan….

  • 5800xpm

    5800 how to update device eh?

  • rudy sylvester.

    ada cara lain lagi nak tau sesebuah h.p tu betul2 ori ka tidak…sebab baru2 ni sy beli h.p N8…tetepi mcm tidak puas hati sebab,battery cepat habis sedangkan h.p tadi saya tidk guna pada hari tu…check2 dah xada battery..

About

SymbianKu.Com : Blog Symbian Malaysia adalah satu-satunya blog yang didedikasikan khas untuk pengguna Symbian di Malaysia dan Nusantara serta Alam Melayu - dalam Bahasa Melayu!

Pilih Kategori

Switch to our mobile site