Nokia C7-00 Mula Kelihatan
1. Symbianku pernah melaporkan berkenaan prototaip sebuah telefon pintar Symbian^3 Nokia yang dipercayai adalah C7-00.
2. Secara ringkasnya, ciri-ciri Nokia C7-00 nanti adalah :
- Symbian^3
- Skrin Capacitive AMOLED 3.5 inci dengan multitouch (ada yang kata 3.3 inci)
- Resolusi skrin pada 640 x 360
- 3.5mm audio jack
- microUSB
- Kamera 8 Megapiksel dengan autofocus serta rakaman video HD
- Simpanan dalaman sebanyak 8GB
- USB-To-Go
- Fungsi TV-Out
- Sangat nipis pada 9.9mm
- Harga mungkin dalam lingkungan RM1400
- Akan diumumkan pada pertengahan bulan September 2010
- Akan memasuki pasaran pada pertengahan bulan Oktober 2010
3. Saya amat teruja sekali mengikuti perkembangan ini kerana ternyata ada banyak lagi peranti Symbian^3 yang sedang dibangunkan dan akan diumumkan satu hari nanti
4. Kini, setelah 2 tahun Yayasan Symbian ditubuhkan dan sistem operasi Symbian telah dijadikan sumber terbuka, maka sudah sampai masanya kita, sebagai pengguna, menikmati hasil yang kita tunggu-tunggu.
5. Sejajar dengan kenyataan ketua Pegawai Eksekutif Nokia, Incik Oli Pekka Kallasvuo yang mensasarkan sebanyak 50 juta unit peranti Symbian^3 yang akan dijual dalam masa yang terdekat, ini adalah satu petanda yang amat positif kepada Symbian.
6. Fakta kewujudan C7-00 dikuatkan lagi dengan penemuan beberapa maklumat penting dari server Nokia sendiri iaitu di http://nds.nokia.com/uaprof/NC7-00r100.xml
7. Antara lain, file XML ini menunjukkan maklumat berikut dipermulaannya :
User Agent Header: NokiaC7-00/10.0.000
(Symbian/3; Series60/5.2 Mozilla/5.0;
Profile/MIDP-2.1 Configuration/CLDC-1.1)
AppleWebkit/525 (KHTML, like Gecko)
BrowserNG/7.2
8. Apa komen anda terhadap C7-00? Menarik tak?
Sumber : Engadget China
- Asri al-Baker
Related posts:
Tags: Nokia, Symbian-Foundation, Symbian^3
Trackback from your site.
-
Azeem
-
http://www.fahmiibrahim.com fahmi ibrahim
-
Zuein


November 9, 2011: [Naik-Taraf] Opera Mobile 11.5 dan Opera Mini 6.5
November 9, 2011: Produk Symbian-Accenture Yang Akan Datang!
November 5, 2011: UC Browser Pelayar Web Yang Hebat!