Nokia C6 Diumumkan Dengan Rasminya
1. Dalam sebuah acara yang dijalankan secara dalam talian (online), Nokia baru sahaja mengumumkan telefon pintar berkuasa Symbian^1 iaitu C6. Symbianku.Com pernah melaporkan mengenainya pada kira-kira sebulan yang lalu iaitu 18 Mac 2010.
2. Ia menggabungkan ciri-ciri hebat yang terdapat pada Nokia 5800 dan N97 dalam bentuk yang padat dan harga yang berpatutan.
3. Sebagai sebuah telefon pintar yang direkabentuk dengan ciri-ciri gelongsor, C6 sesuai digunakan untuk mengakses maklumat penting melalui Email dan juga Pesanan Segera (Instant Messaging).
http://www.youtube.com/watch?v=bA4b7ytUHfw
Berikut adalah ciri-ciri C6 secara ringkas :
Perkakasan
- Keyboard QWERTY menggelongsor
- Skrin sentuh 3.2 inci dengan resolusi nHD (640 x 360 pixels)
- Kamera 5 megapiksel dengan autofokus dan lampu flash LED.
- A-GPS
- 3.5 mm AV connector dan FM radio stereo (dengan sokongan RDS)
- Bateri BL-4J (1200mAh) Li-Ion
- Stor dalaman sehingga 200MB serta menyokong microSD
- 2 warna, Hitam dan Putih.
- Pembesar suara mono
- WiFi
Perisian
- Dikuasakan oleh Symbian^1
- “Home Screen” yang menyokong widgets (seperti N97)
- “Kinetic Scrolling”
- Ovi Maps 3.4 (navigasi percuma sepanjang hidup).
- Nokia Messaging Email
- Nokia Messaging Chat untuk Pesanan Segera (Instant Messaging)
- Nokia Messagin Social Networks untuk Facebook dan Twitter
- Perisian Facebook
- Ovi Store
Maklumat lanjut boleh diperolehi daripada laman web rasmi Nokia.
Komen dan pendapat saya
1. Dengan pengumuman ini, Nokia telah mula menunjukkan belangnya untuk bangkit melawan pesaingnya dalam segmen Email yang semakin mendapat tempat iaitu Blackberry.
2. Ada 3 telefon yang diumumkan pada hari ini, C6 dan E5 berkuasa Symbian. Sebuah lagi telefon yang diumumkan pada hari ini bukan berkusa Symbian iaitu C3. Ia menggunakan sistem operasi Series 40 kepunyaan Nokia.
3. Melihat kepada peranti yang diumumkan, ada beberapa perkara yang bertandang ke dalam minda saya. Antaranya :-
Positif
- Harga yang diumumkan adalah amat berpatutan untuk telefon pintar yang memiliki ciri-ciri hebat seperti GPS, WiFi, skrin sentuh dan juga QWERTY.
- Ini juga menunjukkan bahawa Nokia masih memberi perhatian terhadap sistem operasi legasi Symbian yang agak berusia iaitu S60 5th (Symbian^1).
- Dengan memberikan kelebihan dan kemudahan untuk mengakses Email dalam telefon, Nokia telah membuka satu dimensi baru kepada pengguna iaitu cara yang amat mudah untuk mengakses Email dalam beberapa jenis telefon sekaligus.
- Bukan sahaja Email, malahan Nokia juga menggabungkan fungsi Rangkaian Sosial dan Pesanan Segera yang kini semakin menjadi kegilaan di seluruh dunia.
Negatif
- Saya amat tidak setuju dengan penggunaan bateri 1200 mAH dalam C6 ini. Sepatutnya ia memiliki bateri 1500 mAH kerana untuk sentiasa berhubung dengan Email dan Rangkaian Sosial, penggunaan kuasa bateri yang banyak amatlah perlu kerana C6 perlu dihubungkan dengan internet sepanjang masa.
- Tidak ada maklumat mengenai prosessor yang digunakan. Adakah ia menggunakan prosessor generasi baru atau sama sahaja seperti 5800 dan N97?
- Rekabentuk C6 seperti menunjukkan yang mereka kehabisan idea. Ia seperti mengambil rekabentuk 5800 dan diletakkan keyboard QWERTY dibawahnya.
- Juga tiada maklumat mengenai jumlah RAM yang dimasukkan. Sekiranya jumlahnya sama seperti N97, pada pendapat saya, C6 tidak akan berfungsi dengan baik.
- Saya sudah lama menunggu kehadiran Symbian^3 tetapi nampak gayanya Nokia (dan pengeluar telefon lain) masih belum lagi mampu mengeluarkan peranti yang menggunakan Symbian^3. Sampai bilakah?…
- Tiada perkara baru yang boleh dibanggakan dalam C6. Rekabentuknya hambar, perisiannya biasa-biasa sahaja dan is seperti melepaskan batuk di tangga.
WAHAI NOKIA. ANDA BOLEH MELAKUKAN SESUATU YANG JAUH LEBIH BAIK DARI INI!!!
Related posts:
Tags: Nokia, Symbian-Foundation, Symbian^1
Trackback from your site.
-
adee
-
http://www.symbianku.com/nokia-e5-diumumkan-dengan-rasminya/ Nokia E5 Diumumkan Dengan Rasminya. « Symbian Ku
-
L4N
-
adliayob
-
campromania
-
TheRohan
-
adliayob
-
daktaipan181
-
Anonymous
-
http://twitter.com/Lisaantony Lisa Antony



November 9, 2011: [Naik-Taraf] Opera Mobile 11.5 dan Opera Mini 6.5
November 9, 2011: Produk Symbian-Accenture Yang Akan Datang!
November 5, 2011: UC Browser Pelayar Web Yang Hebat!