logo
18
Dec

Nokia 5235 Telah Diumumkan.

Written by adliayob. Posted in Berita Symbian


Nok5235

Nokia 5235 – Untuk Kaki Muzik.

11 Disember 2009 – Nokia hari ini mengumumkan sebuah peranti Symbian^1 – NOKIA 5235 Comes With Music bersandarkan rekabentuk Nokia 5230. Berbeza dengan model sebelumnya, telefon ini dilengkapi dengan kemudahan pindah-turun muzik percuma (unlimited free songs) dari Nokia Music Store.

Nokia 5235 Comes With Music menyerupai 5230 dengan sokongan GPS (dan A-GPS), Ovi Maps dan mempunyai skrin (resistive) selebar 3.2 inci pada resolusi nHD 360×640 piksel. Ia juga dilengkapi dengan kemudahan rakaman video VGA@30 fps (frame-per-second) pada lensa ‘fixfocus’ 2Mpix.

Walaupun tidak dilengkapi dengan WiFi – Ia tetap memberikan kemudahan capaian internet laju (broadband) 3G sehingga 3.6Mbps HSDPA. Telefon ini turut menyokong microSD sehingga 16Gb untuk simpanan data.

Untuk muzik, ia memberikan anda kepuasan dan mampu memutarkan lagu sehingga 33 jam. Selain itu, ia juga menyokong jek-audio 3.5mm. Anda boleh memindah-turun muzik selama setahun (antara 12-18 bulan) dan semua lagu yang telah berjaya dipindahkan ke telefon ini akan menjadi milik anda selamanya. Perisian OVI Store juga disediakan pada telefon ini.

Dua warna disediakan untuk model 5235 Comes With Music iaitu hitam dan putih. Ia akan mula dijual pada suku tahun pertama 2010 nanti.

Related posts:

Tags: ,

Trackback from your site.

  • ismaelzaharee

    Wah, Bagusnye NOkia dh keluarkan model baru. Tp saya akan tetap berusaha untuk memiliki E72.

  • http://www.dapatwang.com/?id=fareast wakiki

    Nokia 5235 nie lebih mirip N5800 xpress music lah.. bukannye N5230.
    Tengok bentuk pun dh tau macam N5800

  • Anonymous

    @ Wakiki,Terima kasih kerana menghantarkan komentar kepada Symbianku.comTetapi sebelum anda menulis sebarang komen, PASTIKAN anda menyelidik atau membaca atau melihat betul-betul senireka dan senibina (hardware architecture) diantara 5230 dan 5235 sebelum anda menuduh saya menulis secara ‘main-main’ atau ‘suka-suka’ atau menulis secara semberono sahaja. Perhatikan GAMBAR diantara 2 telefon ini dibawah ini. Dan perhatikanlah dengan BETUL-BETUL dan kalau perlu, sebelum melihatnya, gunakan EYE-MO atau kesat dahulu mata anda untuk memudahkan proses pengecaman grafik:atau KLIK http://www.symbianku.com/wp-content/uploads/200… untuk gambaran yang lebih jelas. Anda juga boleh menyimpan gambar ini untuk rujukan masa depan.Maka jadilah pembaca Symbianku yang berilmu dan seterusnya berikanlah komentar yang membina. Cheers!- Adliayob

  • Anonymous

    @ Wakiki,

    Terima kasih kerana menghantarkan komentar kepada Symbianku.com

    Tetapi sebelum anda menulis sebarang komen, PASTIKAN anda menyelidik atau membaca atau melihat betul-betul senireka dan senibina (hardware architecture) diantara 5230 dan 5235 sebelum anda menuduh saya menulis secara ‘main-main’ atau ‘suka-suka’ atau menulis secara semberono sahaja.

    Perhatikan GAMBAR diantara 2 telefon ini dibawah ini. Dan perhatikanlah dengan BETUL-BETUL dan kalau perlu, sebelum melihatnya, gunakan EYE-MO atau kesat dahulu mata anda untuk memudahkan proses pengecaman grafik:

    Maka jadilah pembaca Symbianku yang berilmu dan seterusnya berikanlah komentar yang membina.

    Cheers!

    - Adliayob

  • Anonymous

    @ Wakiki,Terima kasih kerana menghantarkan komentar kepada Symbianku.comTetapi sebelum anda menulis sebarang komen, PASTIKAN anda menyelidik atau membaca atau melihat betul-betul senireka dan senibina (hardware architecture) diantara 5230 dan 5235 sebelum anda menuduh saya menulis secara ‘main-main’ atau ‘suka-suka’ atau menulis secara semberono sahaja.Perhatikan GAMBAR diantara 2 telefon ini dibawah ini. Dan perhatikanlah dengan BETUL-BETUL dan kalau perlu, sebelum melihatnya, gunakan EYE-MO atau kesat dahulu mata anda untuk memudahkan proses pengecaman grafik:atau KLIK http://www.symbianku.com/wp-content/uploads/2009/12/5230-5235.jpg… untuk gambaran yang lebih jelas. Anda juga boleh menyimpan gambar ini untuk rujukan masa depan.Maka jadilah pembaca Symbianku yang berilmu dan seterusnya berikanlah komentar yang membina.Cheers!- Adliayob

  • adliayob

    @ Wakiki,

    Terima kasih kerana menghantarkan komentar kepada Symbianku.com

    Tetapi sebelum anda menulis sebarang komen, PASTIKAN anda menyelidik atau membaca atau melihat betul-betul senireka dan senibina (hardware architecture) diantara 5230 dan 5235 sebelum anda menuduh saya menulis secara 'main-main' atau 'suka-suka' atau menulis secara semberono sahaja.

    Perhatikan GAMBAR diantara 2 telefon ini dibawah ini. Dan perhatikanlah dengan BETUL-BETUL dan kalau perlu, sebelum melihatnya, gunakan EYE-MO atau kesat dahulu mata anda untuk memudahkan proses pengecaman grafik:

    <img src=”http://www.symbianku.com/wp-content/uploads/2009/12/5230-5235.jpg”>

    atau KLIK http://www.symbianku.com/wp-content/uploads/200… untuk gambaran yang lebih jelas. Anda juga boleh menyimpan gambar ini untuk rujukan masa depan.

    Maka jadilah pembaca Symbianku yang berilmu dan seterusnya berikanlah komentar yang membina.

    Cheers!

    - Adliayob

About

SymbianKu.Com : Blog Symbian Malaysia adalah satu-satunya blog yang didedikasikan khas untuk pengguna Symbian di Malaysia dan Nusantara serta Alam Melayu - dalam Bahasa Melayu!

Pilih Kategori

Switch to our mobile site