logo
27
Aug

Nokia 5230 XpressMusic Telah Diumumkan.

Written by adliayob. Posted in Berita Symbian


5230-xpressmusic

Nokia pada tanggal 25 Ogos 2009 telah mengumumkan satu lagi telefon Symbian ‘S60-5th Edition’ yang baharu iaitu 5230 XpressMusic. Telefon ini sama saiznya dengan 5800 XpressMusic dan didatangkan dengan 2 pilihan warna iaitu putih dan hitam (untuk bahagian ‘badan’ telefon) dan 5 pilihan warna ‘penutup belakang’ iaitu hitam, merah, merah jambu, kuning dan biru.

Nokia 5230 XpressMusic disasarkan kepada pengguna yang baru ingin berjinak-jinak dengan ‘touchscreen’ (pada pandangan saya) dan mempunyai 2 kekurangan yang ketara iaitu ketiadaan WiFi dan hanya dilengkapi dengan kamera 2 megapixels sahaja. Fakta ini dijelaskan oleh Nokia sendiri kerana 5230 XpressMusic berada dalam kelompok ‘entry-level touchscreen device’.

Namun kekurangan ini ditangani dengan teknologi 3G (HSDPA 3.6Mbps), GPS (dengan sokongan A-GPS), skrin 360 x 640 pixels selebar 3.2 inci, accelerometer, jek audio 3.5 inci, sokongan kad micro-SD sehingga 16Gb, micro-USB 2.0, FM-Radio (dengan RDS) dan kapasiti bateri 1320 mAh. Selain itu ia juga turut dilengkapkan dengan bluetooth (dengan sokongan A2DP), perakam video VGA (sehingga 30fps) dan dikuasakan dengan Sistem Operasi Symbian 9.4 pada platform S60-5th Edition. Seperkara yang menarik terhadap telefon ini ialah sokongan teknologi ‘kinetic-scrolling’ yang tidak terdapat pada model 5800 XpressMusic.

Telefon ini bakal memasuki pasaran pada suku tahun ke-empat 2009 (Q4) atau penghujung tahun ini dengan harga yang agak murah berbanding 5800 XpressMusic. Ia merupakan saingan terus kepada 5530 XpressMusic (yang diumumkan sebelum ini) cuma bezanya 5530 mempunyai dimensi saiz yang lebih kecil, saiz skrin 2.9 inci dan tidak menyokong 3G dan GPS.

Related posts:

Tags: ,

Trackback from your site.

  • madihah

    ok la page ni cuz bnyk jgk information psl phone

About

SymbianKu.Com : Blog Symbian Malaysia adalah satu-satunya blog yang didedikasikan khas untuk pengguna Symbian di Malaysia dan Nusantara serta Alam Melayu - dalam Bahasa Melayu!

Pilih Kategori

Switch to our mobile site