N8 – Pengumuman Rasmi
1. Nokia baru sahaja mengumumkan dengan rasminya mengenai N8.
2. Ia merupakan telefon pintar yang melakar sejarahnya yang tersendiri kerana memiliki beberapa teknologi canggih dan pencapaian pertama bagi Nokia dalam perkara-perkara seperti :-
- Yang pertama menggunakan Symbian^3
- Peranti Nokia yang pertama menggunakan 12 kamera megapiksel
- Peranti Nokia yang pertama memiliki HDMI
- Peranti Nokia yang pertama mampu merakam video resolusi tinggi
3. Secara ringkasnya, N8 memiliki ciri-ciri berikut :
- kamera 12 megapiksel dengan lampu flash Xenon, mampu merakam video resolusi tinggi pada 720p.
- Skrin selebar 3.5 inci dengan teknologi capacitive dan menyokong “multitouch” serta “gestures”.
- Simpanan sebanyak 16 GB dengan slot tambahan microSD
- Memiliki port untuk HDMI, serta radio dan FM transmitter, GPS binadalam – 3G, Bluetooth, microUSB dan WiFi b/g/n
4. Apabila dipasarkan nanti, ia akan dibekalkan dengan beberapa perkhidmatan Ovi seperti Ovi Maps, Ovi Music dan Ovi Store
5. Symbian^3 membawakan beberapa perubahan yang perlu untuk meletakkan Symbian lebih kehadapan seperti :
- multi-page homescreen
- arkitektur grafik yang ditambahbaik dan diperkemaskan
- antaramuka pemain muzik yang baru
- visual task switcher
- struktur menu yang lebih mudah digunakan dengan “Direct UI”
- banyak lagi penambahan di dalam sistem untuk pengalaman telefon pintar yang lebih menarik
6. Nokia N8 akan mula dipasarkan pada suku ke-3 tahun 2010 dengan harga anggaran RM1899
Sumber :
http://conversations.nokia.com/2010/04/27/nokia-n8-official-price-specs-and-pics/
http://events.nokia.com/NokiaN8/#
Related posts:
Tags: Nokia, Symbian-Foundation, Symbian^3
Trackback from your site.
-
aril
-
L4N




November 9, 2011: [Naik-Taraf] Opera Mobile 11.5 dan Opera Mini 6.5
November 9, 2011: Produk Symbian-Accenture Yang Akan Datang!
November 5, 2011: UC Browser Pelayar Web Yang Hebat!