MyPhoneExplorer 1.7.3 Untuk Symbian UIQ (Sony Ericsson).
1. Anda mungkin memiliki salah satu model-model Symbian UIQ3 Sony Ericsson seperti M600, W950, W960, P1i, G700 atau G900 dan untuk memudahkan proses penyesuaian dengan komputer (PC Synchronization), anda memasang perisian ‘Sony Ericsson PC Suite’ ke komputer anda.
2. Perisian ‘PC-Suite’ banyak kegunaannya, namun ada satu perkara yang mengganggu saya (dan mungkin anda juga!) iaitu ia tidak berkebolehan untuk mengolah (edit) perkara-perkara peribadi pada telefon (seperti Contacts, Calls, SMS) secara langsung dari komputer. Misalnya jika anda menggunakan Sony Ericsson w960 seperti saya, apabila cukup 1,350 sms yang terkandung didalam ‘Inbox’, anda terpaksa memilih dan memadamkan satu-per-satu sms tersebut. Jika tidak, sms yang dihantar kemudiannya tidak akan berjaya masuk ke ruangan inbox tadi.
3. Untuk memilih dan memadamkan sms pada Symbian UIQ3 bukanlah perkara yang mudah. Ianya leceh dan terpaksa dilakukan secara berhati-hati kerana anda berinteraksi terus dengan skrin telefon (touch screen). Silap-silap bukannya anda ‘delete’ mesej – tetapi ‘TER’sentuh mesej lalu ia dipaparkan (view) pada skrin. Maka terpaksalah anda mengulangi kembali proses pemadaman mesej dari awal. Geram kan?
4. Mahu tak mahu terpaksa jugalah anda meneruskan proses yang menjerihkan ini sambil berharap agar wujudnya satu perisian yang boleh memudahkan tugas anda untuk memadamkan mesej-mesej yang berselirat di telefon anda itu.
5. Memperkenalkan perisian (PC) My Phone Explorer dari FJ Software Development untuk telefon Symbian UIQ3 anda! Dengan menggunakan perisian ini, anda bukan sahaja dapat menguruskan masalah mesej di inbox, malahan anda boleh ‘backup’ segala nombor telefon, log keluar masuk panggilan, sms & email dan banyak lagi!
6. My Phone Explorer berstatus ‘Freeware’ (atau Donateware) dan anda boleh memindah-turun secara percuma/gratis dari laman web mereka. Untuk kemudahan anda, SymbianKu memberikan pautan khusus untuk perisian ini di SINI. Setelah memindah-turun perisian, sila pasang ke komputer dan PASTIKAN anda mempunyai kabel telefon atau sambungan bluetooth di komputer anda.

7. My Phone Explorer akan mengesan sambungan telefon secara fizikal atau tanpa wayar. Seterusnya skrin utama akan dipaparkan. Disebelah kiri anda terdapat ‘menu’ dan sebelah kanan pula terdapat ‘kandungan’.
8. Anda bebas untuk mengolah, menukar, membuang dan melakukan hampir apa sahaja yang anda kehendaki terhadap ‘internal memory’ telefon anda. Hebat kan perisian ni?
9. Selain itu anda juga boleh menggunakan komputer anda untuk menghantar sms, membuat panggilan telefon, ‘chatting’ dan mengolah grafik. Saya sangat menyarankan kepada pengguna Symbian UIQ3 berjenama SonyEricsson untuk menggunakan perisian ini. Ia lebih cekap dari ‘Pc-Suite’ yang dibekalkan dan mempunyai satu butang khas penyesuaian (SYNC Button) untuk semua data anda. Selamat menggunakan My Phone Explorer!
Related posts:
Tags: Sony Ericsson, UIQ, UIQ3, WindowsXP
Trackback from your site.
-
http://http//aizam88.wordpress.com zul_cool
-
http://www.symbianku.com adliayob
-
nz
-
http://www.uiqblog.com asri


November 9, 2011: [Naik-Taraf] Opera Mobile 11.5 dan Opera Mini 6.5
November 9, 2011: Produk Symbian-Accenture Yang Akan Datang!
November 5, 2011: UC Browser Pelayar Web Yang Hebat!