Mudahnya membangunkan perisian Symbian dengan Nokia Qt SDK
1. Sebagaimana yang pernah dinukilkan dalam blog ini, Nokia telah mengeluarkan Nokia Qt SDK dan kini, ia telah pun dilepaskan secara rasmi dalam versi penuh (bukan beta).
2. Nokia Qt SDK adalah salah satu cara yang memudahkan pengaturcara perisian untuk membangunkan idea dan konsep mereka menjadi perisian penuh.
3. Secara asasnya, Nokia Qt SDK menggabungkan beberapa ciri-ciri hebat pembangunan perisian menggunakan bahasa pengaturcaraan Qt seperti Qt Creator, Qt Designer dan sebagainya.
4. Kombinasi fungsi-fungsi hebat pengaturcaraan Qt ini, digabungkan dengan Qt Mobility APIs, menjadi paduan yang hebat untuk membawa perisian-perisian yang sebelum ini kita tidak pernah temui dalam dunia Symbian.
5. Walaupun pada hari ini, Qt tidak disertakan dalam sistem operasi Symbian, ia boleh dipindahturun dan dipasang dengan mudah ke dalam Symbian^1 serta Symbian S60 3rd Edition.
6. Qt Runtime diperlukan untuk membolehkan perisian yang dibangunkan menggunakan teknologi Qt berjalan dengan lancar dalam peranti-peranti Symbian.
7. Melihat jauh ke masa hadapan, Yayasan Symbian telah mengumumkan bahawa Qt akan dijadikan sebagai sebahagian daripada sistem operasi Symbian di masa akan datang bermula dengan Symbian^3.
8. Ini kerana, Qt menawarkan persekitaran pembangunan yang lebih kondusif serta mampu menarik perhatian lebih ramai pengaturcara perisian untuk membangunkan perisian yang lebih hebat untuk Symbian.
9. Bermula dengan Symbian^3, diikuti dengan Symbian^4 dan versi-versi Symbian seterusnya, Qt menjadi asas kerangka untuk pembangunan perisian dalam sistem operasi Symbian menggantikan kerangka AVKON yang digunakan pada ketika ini.
10. Belum banyak lagi perisian yang menggunakan Qt pada ketika ini yang boleh dipasang pada peranti Symbian. Tetapi dengan kehadiran Nokia N8 dan peranti Symbian^3 yang lain selepas ini, kita akan melihat lebih banyak perisian yang menggunakan Qt dibangunkan.
11. Maklumat lanjut mengenai Qt boleh ditemui dari : http://qt.nokia.com/
Asri al-Baker
Related posts:
Tags: Nokia, Pengaturcaraan, Samsung, Sony Ericsson, Symbian-Foundation, Symbian^1, Symbian^3
Trackback from your site.
-
http://www.symbianku.com/qt-201-bahagian-1-qt-untuk-symbian/ Qt 201: Bahagian #1 – Qt Untuk Symbian | SymbianKu


November 9, 2011: [Naik-Taraf] Opera Mobile 11.5 dan Opera Mini 6.5
November 9, 2011: Produk Symbian-Accenture Yang Akan Datang!
November 5, 2011: UC Browser Pelayar Web Yang Hebat!