logo
16
Jun

Model-Model Symbian Telah Dikemaskini!

Written by adliayob. Posted in Berita Symbianku, Pindah-Turun (DOWNLOAD), Tutorial Symbian


Pengumuman! Senarai Model-Model Telefon Symbian pada blog ini telah dikemaskini sebentar tadi. Sila lawatinya dan ia sangat sesuai untuk rujukan taukeh kedai dan mereka yang tergolong dalam pasukan ‘kipas-susah-mati’ Symbian.

Jika anda perhatikan pada muka surat tersebut, Nokia N8 (Symbian^3) memang tidak dipaparkan kerana kami masih lagi menunggu tarikh akhir pengumuman untuk penjualannya di seluruh dunia. Buat masa ini, Nokia dalam persediaan akhir untuk mengemaskini OS dan UX pada N8 supaya kelak tidak akan berlaku lagi kesilapan seperti Nokia N97 dahulu. Apa-apa pun, sama-sama kita nantikan N8 yang bakal dijual di Malaysia pada NOVEMBER tahun ini dan nikmatilah video N8 terbaharu di bawah ini:


Related posts:

Tags: , , , , , , , ,

Trackback from your site.

  • Sheknow4

    Salam…saya nk bertanya :

    1.Saya ade membaca mengenai model nokia 5530 XM yang menurut review pendapat pengguna yang menggunakan hp jenis ini, mereka kata hp ini tidak mempunyai kelengkapan gps sedangkan hp lain yang os dia juga ialah symbian^1 terdapat kelengkapan gps..yang mana satu yang betul?

    2.Adakah terdapat perbezaan fungsi dan software dalam kalangan hp nokia yang operating sistemnya ialah sama iaitu symbian^1?

  • adliayob

    @Sheknow4

    Tuan, telefon 5530 XM yang dikatakan ini dikuasakan dengan Sistem Operasi Symbian^1, tetapi ia TIDAK dilengkapi dengan CHIP GPS.

    Sila rujuk di sini: http://www.gsmarena.com/nokia_5530_xpressmusic-2832.php

    Chip GPS adalah HARDWARE, ia bukannya SOFTWARE seperti yang difikirkan oleh ramai orang. Ia tidak akan berfungsi jika dimasukkan perisian GPS (seperti Garmin) ke dalamnya KECUALI dikembarkan (pair) dengan hardware Garmin melalui Bluetooth.

    Sila buat 'search' GPS pada Symbianku.com

  • Sheknow4

    Nyaris lagi sya terbeli telefon itu…terima kasih!sangat membantu

About

SymbianKu.Com : Blog Symbian Malaysia adalah satu-satunya blog yang didedikasikan khas untuk pengguna Symbian di Malaysia dan Nusantara serta Alam Melayu - dalam Bahasa Melayu!

Pilih Kategori

Switch to our mobile site