Mobile Content Challenge 2009 – UTMobile Menang Hadiah Utama
1. Mobile Content Challenge 2009 anjuran bersama SKMM dan Maxis, baru sahaja melabuhkan tirainya.
2. Semalam, 19 Januari 2010, Sebuah acara penyampaian hadiah kepada pemenang gilang-gemilang telah diadakan di Hotel West In Kuala Lumpur . Ia juga diadakan sebagi tanda MCC2009 telah ditutup dengan rasminya.
3. Saya amat terkejut dan tidak menyangka apabila mentor dibawah jagaan saya, kumpulan UTMobile dari UTM Skudai Johor, diumumkan sebagai pemenang hadiah utama berupa wang tunai berjumlah RM60,000.00 (enam puluh ribu ringgit sahaja).
4. Kemenangan pasukan ini berdasarkan produk yang mereka bangunkan yang diberi nama “Flyer: On-The-Fly Flash Composer and Community”.
5. Anda mungkin tertanya-tanya apa relevan berita ini dengan Symbianku.Com? Izinkan saya jelaskan.
6. Selama 3 bulan semenjak bulan September 2009, tempohari saya telah ditugaskan untuk membimbing pasukan ini dalam membina perisian mudah alih yang akan dipertandingkan dalam pusingan akhir di MCC2009.
7. Sedikit sebanyak, saya telah mencurahkan ilmu saya (yang tak seberapa ini) mengenai industri telekomunikasi mudah alih, termasuklah pengetahuan mengenai Symbian dan sistem operasi mudah alih yang lain.
8. Nikmatilah beberapa keping foto yang saya ambik menggunakan Sony Ericsson Satio di sepanjang majlis tersebut.
9. Maklumat lanjut di sini : http://www.btimes.com.my/Current_News/BTIMES/articles/maxis19/Article/index_html
10. Dalam suratkhabar besok (21 Januari 2010) juga akan disiarkan berita mengenai MCC2009. Belek-beleklah ye!
Related posts:
Tags: Pengaturcaraan, Symbianku
Trackback from your site.
-
L4N
-
adliayob
-
bukhairi
-
http://www.i-symbian.com Asri al-Baker
-
bukhairi
-
fsksm_utm
-
wania
-
aril






November 9, 2011: [Naik-Taraf] Opera Mobile 11.5 dan Opera Mini 6.5
November 9, 2011: Produk Symbian-Accenture Yang Akan Datang!
November 5, 2011: UC Browser Pelayar Web Yang Hebat!