logo
25
Oct

Menunggu Telefon Pintar Symbian Yang Sempurna

Written by asri. Posted in Cakap-Cakap Symbian


1. Agak-agaknyalah, apakah telefon pintar Symbian yang paling sempurna agaknya? Yang sesuai untuk anda?

2. Ia tidak semestinya sesuai untuk setiap orang. Kerana setiap orang punya citarasa sendiri, betul?

3. Bagi saya, saya mengidamkan sebuah telefon pintar Symbian yang memiliki ciri-ciri berikut :
– Symbian OS yang terbaru dari Symbian Foundation, lengkap dengan UI Symbian yang terbaru, bukan berdasarkan S60 tapi yang menggunakan asas Orbit dan DirectUI..
– Bateri berkapasiti 2500 mAh. Boleh tahan 2-3 minggu walaupun pakai berterusan dan sentiasa dihubungkan dengan internet.
– Menggunakan pemproses berkuasa yang memiliki pemproses Grafik berkapasiti tinggi sekurang-kurangnya 2GHz macam ARM Cortex A9 Multi-Core Processor atau Nvidia Tegra APX 2600.
– GPS chipset sekurang-kurangnya SiR4 atau SiRprima.
– RAM sekurang-kurangnya 2GB!
– Memori simpanan sekurang-kurangnya 32GB!
– Skrin besar, sekurang-kurangnya beresolusi 640×480 VGA dengan saiz fizikal 4 inci.
– Skrin sentuh memang bagus kalau ada tapi kalau takde pun takpe.
– Ada port untuk cucuk USB (USB Master)
– Ada port TV-out
– Keyboard gelongsor QWERTY penuh siap dengan nombor, ala-ala Psion Series 5mx.
– Kamera 8 megapiksel sekurang-kurangnya, menggunakan lensa Leica atau Schneider Kruiznacht. Lampu flash dia pakai Xenon!
– Saiz mesti jangan terlalu besar, kalau boleh, saiz lebihkurang Sony Ericsson P1i.
– WiFi, BT, 3G, 3.5G dan semua pilihan internet yang ada.
– Perisian wajib yang datang tanpa perlu pasang, dah siap ada dalam tu, Opera Browser (bukan Opera Mini tapi Opera Desktop Full), Documents To Go penuh siap boleh edit, VLC, SMPlayer, perisian FTP, pembaca PDF, pengurus pengkalan data (Database), CorePlayer.

4. Agak-agak satu hari nanti ada tak pengeluar telefon yang sanggup keluarkan telefon idaman saya ni?

5. Anda bagaimana? Apakah ciri-ciri telefon sempurna idaman anda?

-asri al-baker

Posted by Wordmobi

Related posts:

Tags: , ,

  • Lan

    Perrghh..gila punya spec. Nsb baik ko bkn boss Symbian. Tension staff ko nt. Aku nk N97 skrg, kasi repair keyboard buat lbh kurang mcm 5730xm, free RAM kasi tambah 5x, graphics processor mcm i8910, kamera mcm n86, video mcm i8910, perfect!!! (perfect utk aku le at least). Nokia senang2 blh buat ni sekarang. Tp somehow diorg xnk buat :(

  • Khairul

    Saya nak sebuah telefon yang berkuasa dalam membuat persembahan mengunakan projektor LCD (Resolusi tidak jatuh) dan mempunyai kabel usb-serial (Slalu di mana-mana tempat untuk presentation, pengajur hanya menyediakan sambuangan serial port sahaja). Tidak perlu lagi bawa laptop untuk buat presentation.

    Sudah lama peranti untuk menyukat suhu persekitaran, tekanan udara dan kelembapan sudah mampu dibina di dalam sebuah jam. Jadi kenapa masih belum ada telifon yang di masukkan peranti tersebut. Saya pernah berfikir suatu hari nanti telefon akan dikeluarkan secara spesifik untuk satu-satu profesion atau kumpulan. Contoh… Sekarang ada Telefon Nokia Sport yang dikeluarkan untuk mereka yang aktif bersukan dimana telefon itu mempunyai peranti mengesan kadar degupan jantung di samping sport tracker yang sudah siap di pasang.
    Jadi saya mengimpikan…
    -Telefon khas untuk pengamal perubatan (Doktor, Nurse, Paramedik, Sukarelawan dll) mempunyai alat jangka suhu, dapat mengesan kadar degupan jantung.
    -Bagi mereka yang suka aktiviti lasak (Pengembara, Pendaki Gunung, Pelayar). Selain mempunyai GPS Telefon itu ditambah lagi dengan mempunyai peranti elektronik seperti thermometer, barometer, altimeter, FM transmitter yang dapat digunakan sebagai pengesan apabila sesat.

  • AZEEM

    betol2 aku setuju… giler punye spec.

  • AZEEM

    aku senang je.., nokia X6 Comes with Music jew… Hp ni dh menetapi piawaian ISO 90000000000009.
    Aku lebih suke pakai hp symbian tak kisah arrr…. ape version, ape feature pack pon tapi ingat…..

    mesti brand NOKIA – Connecting People………..

About

SymbianKu.Com : Blog Symbian Malaysia adalah satu-satunya blog yang didedikasikan khas untuk pengguna Symbian di Malaysia dan Nusantara serta Alam Melayu - dalam Bahasa Melayu!

Pilih Kategori

Switch to our mobile site