youtubeplayer9.jpg youtubeplayer10.jpg

1. Youtube sudah menjadi satu fenomena budaya yang tidak dapaat dinafikan lagi.

2. Budaya Pop (pop culture) zaman kini bertambah meriah dan rancak dengan adanya media generasi baru seperti Youtube.

3. Selain dari mengakses Youtube dari komputer meja atau komputer riba, pengguna-pengguna boleh menikmati kandungan Youtube melalui peranti mudah alih seperti telefon pintar.


youtubeplayer1.jpg youtubeplayer2.jpg

4. Untuk menikmati kandungan Youtube dalam telefon pintar Symbian S60, ada beberapa cara seperti menggunakan CorePlayer, menggunakan Kinoma Play, juga Open Video Hub, Mobitubia, atau menggunakan Skyfire, juga menggunakan Web S60 bina dalam, dan tidak ketinggalan, perisian yang dibangunkan oleh Youtube sendiri.

youtubeplayer3.jpg youtubeplayer4.jpg

5. Perisian percuma ini diberi nama Youtube dan anda boleh mendapatkannya dari laman sesawang Youtube Mobile dengan menaip http://m.youtube.com dari pelayar Web S60 anda.

youtubeplayer5.jpg youtubeplayer6.jpg

6. Perisian ini amat mudah digunakan, anda boleh mencari dan memainkan video dengan beberapa klik sahaja.

youtubeplayer7.jpg youtubeplayer8.jpg

7. Sebagai sebuah perisian yang menggunakan transmisi data yang banyak, adalah dinasihatkan untuk anda menggunakan WiFi atau Plan Data Tidak Terhad untuk menikmati Youtube sepuas-puasnya. Jika tidak, anda pasti akan melihat paparan “Buffering” sepanjang masa.

youtubeplayer11.jpg youtubeplayer12.jpg

8. Walaubagaimanapun, ada juga perkara yang masih perlu dipertingkatkan, seperti ia tidak menyokong datar masuk (login) dan juga ia terlalu ringkas, tiada fungsi seperti melihat video kegemaran dan sebagainya.

9. Salah satu perkara yang patut dipuji mengenai perisian ini ialah dari segi rekabentuknya iaitu ia mengekalkan rekabentuk pemain Youtube di dalam pelayar internet desktop. Anda akan merasa selesa dan mudah menggunakannya kerana sudah biasa dengan susunan menu dan rekaletak butang-butangnya.

10. Bagaimana? Sudahkah anda mencuba perisian ini? Apa pendapat anda? Sekiranya anda tidak menggunakan Youtube player ini, apa yang anda gunakan dalam telefon pintar anda untuk menikmati kandungan Youtube?

*** Video “Labu-Labi” ini adalah salah satu video kegemaran saya sepanjang zaman yang menunjukkan 2 orang lagenda industri seni tanahair iaitu Allahyarham Tan Sri P. Ramlee dan Allahyarham M. Zain dalam cereka tersohor mereka “Labu Labi”. Dialog bahasa melayu dalam gaya orang putih dalam babak ini memang mendahului zaman. P. Ramlee berjaya mencungkil bakat M. Zain melalui lakonan yang bersahaja dan mendatangkan kesan.

P. Ramlee : “Bowdowh!!!”
M. Zain : “Hahaha! Terlawluw Bowdowh!!!”

- Asri al-Baker

Related Posts :