Masalah Keypad (Qwerty) Sony Ericsson P1i -> Dia Tulis Arab!
Baru-baru ini seorang sahabat saya (En. Suzalimaru) telah membeli sebuah telefon Sony Ericsson P1i yang baru dengan harga yang murah berbanding harga yang ditawarkan oleh Midland (Sykt. Midland, T-Choice & Southall merupakan agen sah untuk produk telefon Sony Ericsson di Malaysia). Pada peringkat awal, telefon tersebut tidak nampak sebarang cacat-celanya, namun sebaik sampai di rumah beliau mendapati keypad (qwerty keypad) Sony Ericsson P1i tersebut GAGAL digunakan! Apa sahaja yang beliau taip (baik dalam messaging, notes, calendar, web) akan terpapar huruf ‘kotak-kotak’ pada bahagian kanan skrin telefon! Seperti biasa, beliau akan mengkonfigurasikan SE P1i dan memilih ‘UK English’ selaku bahasa telefon, namun masalah tersebut KEKAL dan sebagai alternatif – beliau terpaksa menjawab sms dengan ‘handwriting recognition’ atau menconteng pada skrin.
Sebelum saya meneruskan tutorial ini, saya ingin menjelaskan masalah Sony Ericsson P1i ini dengan lebih mendalam.
1) Sony Ericsson P1i yang dibeli oleh Suzalimaru sebenarnya set ‘AP’ dan bukannya set ‘Midland’. Walaupun berharga murah, namun inilah risiko yang terpaksa dihadapi oleh anda. Itu sebabnya Symbianku selalu mengingatkan anda supaya membeli produk telefon bimbit dari pengedar yang sah. Jika anda sukakan jenama Nokia, maka belilah dari Zitron/Avaxx dan jika model-model Samsung menjadi pilihan, dapatkannya dari FMG.
2) Setiap produk telefon dikeluarkan mengikut zon atau operator. Kebanyakkan pengeluar telefon akan melancarkan model-model spesifik mengikut pasaran EMEA (Europe & Middle East Asia), Africa, APAC (Asia Pasific), India, China, Japan, NAM (North America) atau ‘Generic World Market’.
3) Sony Ericsson P1i tadi sebenarnya disasarkan untuk penjualan di HONG KONG/CHINA sahaja. Ini bermaksud ‘firmware’ telefon telah dipersiapkan dengan ‘Pinyin’, ‘Stroke’ dan ‘Traditional Chinese’. Oleh itu sebarang kemasukkan input teks tulisan (abjad) latin (Inggeris/Melayu/Italy/Indonesia dll) telah disekat (atau disabled) sehingga menyebabkan apa yang anda taip akan berbentuk ‘blok’ atau ‘dalam tulisan cina’ sahaja.
4) Adakah telefon yang Suzalimaru beli ini ‘tidak original’? Tidak juga. Cuma ianya bukanlah disasarkan untuk pasaran APAC. Jadi, bagaimanakah untuk menyelesaikan masalah ini?
Sebelum anda bermula, Symbianku.com (Blog Symbian Malaysia) ingin mengingatkan anda sekali lagi bahawa sesungguhnya KAMI TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB ATAS KEROSAKAN YANG BAKAL MENIMPA TELEFON ANDA sekiranya anda GAGAL untuk mengikuti langkah-langkah yang di berikan dengan BETUL dan TERATUR. Jangan MELANGKAH aturan (atau aturcara) yang disarankan!
Tolong baca semua arahan-arahan dibawah ini SATU KALI (dengan penuh) sebelum menukar FIRMWARE telefon anda!
_____________________________________________________________________
LANGKAH 1: Persediaan Telefon P1i.
Sila ikuti langkah-langkah yang diberikan mengikut turutan.
- 1) Pastikan bateri Sony Ericsson P1i berada dalam keadaan 100% penuh.
2) Backup segala data telefon (contacts, sms, call logs, calendar, notes) dengan menggunakan ‘MyPhoneExplorer’.
3) Pindahkan sebarang data yang berada dalam ‘Phone Memory’ (seperti foto, video dan audio) kepada kad memory atau komputer.
4) Cabut/keluarkan kad memory M2 dari telefon.
5) Sediakan KABEL USB yang dibekalkan, biarkan ia di atas meja dan JANGAN SAMBUNG kabel USB kepada telefon atau komputer!
6) Cabut/keluarkan stylus, sim dan bateri dari badan telefon.
_____________________________________________________________________
LANGKAH 2: Persediaan komputer, peralatan dan meja penyelenggaraan.
- 1) Pastikan meja penyelenggaraan KUKUH dan tidak bergoyang. Ini PENTING sewaktu pemindahan data ‘firmware’ dari komputer ke telefon akan berjalan dengan lancar. Sedikit gegaran akan menyebabkan transmisi data tergendala dan TELEFON ANDA AKAN ROSAK SELAMANYA!
2) Sediakan sebuah komputer dengan Sistem Operasi Windows XP (saya tidak pernah mencuba prosedur ini dengan Windows Vista), PASTIKAN ruang harddisk (C:\) kosong (atau longgar) sekurang-kurangnya 1Gb dan minima RAM komputer juga 1Gb.
3) Pastikan sumber elektrik berada hampir dengan kedudukan anda, lebih-lebih lagi jika anda menggunakan laptop (atau netbook). Sila berikan perhatian kerana proses memasukkan ‘firmware’ akan mengambil masa lebihkurang 2 JAM!
4) Sebuah port USB 2.0
5) Pasang (install) perisian SEUS terlebih dahulu pada komputer kerana sokongan JRE (atau Java) untuk mengenalpasti model telefon hanya dibekalkan dalam SEUS.
_____________________________________________________________________
LANGKAH 3: Persediaan Perisian WAJIB untuk proses ini. Sila pasangkan perisian-perisian dibawah ini mengikut aturannya.
- 1) Perisian MyPhoneExplorer 1.7.3 (Pindah-turun di SINI)
2) Perisian SEUS (Sony Ericsson Update Service). Pindah-turun di laman web rasmi Sony Ericsson. Sekali lagi diingatkan – sila install SEUS terlebih dahulu di komputer anda sebelum anda memasang perisian yang lain.
3) Perisian XS++ 3.1 (Pindah-turun di SINI)
4) Fail ‘P1A_Zebra_R8_CCPU_GDFS_QWERTY_keyboard_settings.gdfs’ yang boleh dipindah-turun di SINI.
Baiklah. Setelah anda selesai memindah-turun perisian yang diperlukan, kini anda telahpun bersedia untuk upacara keramat ini. Sebelum anda bermula, Symbianku.com (Blog Symbian Malaysia) ingin mengingatkan anda sekali lagi bahawa sesungguhnya KAMI TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB ATAS KEROSAKAN YANG BAKAL MENIMPA TELEFON ANDA sekiranya anda GAGAL untuk mengikuti langkah-langkah yang di berikan dengan BETUL dan TERATUR. Jangan MELANGKAH aturan (atau aturcara) yang disarankan!
_____________________________________________________________________
LANGKAH 4: PROSES MENUKAR FIRMWARE TELEFON SE P1i KEPADA ‘GENERIC WORLD’.
SILA BACA ARAHAN-ARAHAN DIBAWAH INI (SATU KALI) SEBELUM ANDA MENGIKUTI LANGKAH-LANGKAH YANG DISARANKAN!
- 1) Matikan telefon P1i. Keluarkan (atau cabut) bateri dari badan telefon dan biarkan bateri tersebut di atas meja anda.
2) Buka (atau ‘run’) perisian Xs++
3) Cucuk KABEL USB pada komputer. SABAR!.. JANGAN cucukkan hujung kabel pada telefon!
4) Masukkan bateri ke telefon P1i dan JANGAN hidupkan telefon itu!
5) Tandakan ‘SMARTPHONE CONNECT’ pada XS++
6) Tekan huruf ‘C’ , JANGAN LEPASKAN HURUF C itu, dan cucuk hujung kabel pada Sony Ericsson P1i.
7) Perhatikan betul-betul pada skrin anda – sekilas ‘bluescreen’ akan muncul dan Windows akan memaparkan pemberitahuan ‘P1i detected’. Tunggu sehingga selesai proses pengesanan P1i pada Windows dan JANGAN lepaskan huruf C tadi.
8 ) (Dengan keadaan MASIH menekan huruf ‘C’), klik ‘CONNECT’ pada XS++ (lihat gambar) dan tunggu sehingga XS++ selesai membaca maklumat ‘firmware’ telefon. Setelah itu barulah anda boleh lepaskan huruf C dan letakkan (dengan cermat) P1i anda diatas meja.
9) Tandakan ‘GDFS’ dan kemudian klik pada butang ‘BACKUP GDFS’.
10) Tunggu sehingga ia selesai, kemudian cabut KABEL USB.
11) Matikan (keluar dari program) Xs++
12) Keluarkan (cabut) bateri P1i. Tunggu dalam 2-3 saat dan masukkan kembali bateri. JANGAN HIDUPKAN TELEFON ANDA!
13) Buka (atau ‘run’) perisian XS++
14) Tandakan ‘SMARTPHONE CONNECT’ pada XS++
15) Tekan huruf ‘C’, JANGAN LEPASKAN HURUF C itu, dan cucuk hujung kabel pada Sony Ericsson P1i.
16) (Dengan keadaan MASIH menekan huruf ‘C’), klik ‘CONNECT’ pada XS++.
17) Pilih ‘P1i_R9G007_R2A03_R6D23_CDA162022_1(GW1)’ (INGAT! dihujungnya MESTI diakhiri dengan GW1) dan kemudian klik ‘RUN SCRIPT’
18) Tunggu sehingga proses menukar ‘CDA P1i….GW1′ ini selesai.
19) Kemudian, sebaik selesai, BIARKAN KABEL USB MASIH BERSAMBUNG pada telefon. Jangan buat apa-apa terhadap telefon anda!
20) PASTIKAN KOMPUTER ANDA BERHUBUNG (BERSAMSUNG) DENGAN INTERNET. Ini kerana proses yang seterusnya memerlukan pindahan data dari server Sony Ericsson secara langsung!
_____________________________________________________________________
LANGKAH 5: MENGGUNAKAN SEUS.
- 1) Buka (atau ‘run’) perisian SEUS dan TUNGGU sehingga ia selesai proses ‘updating’.
2) Proses seterusnya ialah ‘Synchronizing’. Proses ini akan memakan masa 30 minit (mengikut kelajuan data internet anda). Ia akan ‘update’ SEUS dari versi 2.9.5.16 kepada versi 2.9.7.22
3) Kemudian SEUS akan mengeluarkan arahan ‘The current software in your phone will be checked’.
4) Cabut telefon P1i dari KABEL USB dan terus keluarkan bateri telefon anda. Tunggu sehingga 2-3 saat dan kemudian pasangkan kembali baterinya. JANGAN HIDUPKAN telefon anda.
5) Tekan huruf ‘C’, JANGAN LEPASKAN HURUF C itu, dan cucuk hujung kabel pada Sony Ericsson P1i.
6) Teruskan menekan huruf ‘C’. SEUS akan mengenalpasti telefon anda.
7) Arahan ‘Lepaskan huruf ‘C” akan dikeluarkan dan letakkan perlahan-lahan telefon P1i anda diatas meja.
8 ) SEUS akan memindah-turun (download) FIRMWARE baru (Gw1) untuk telefon anda. Proses ini akan memakan masa lebih 1 jam (mengikut kelajuan data internet).
9) PASTIKAN semasa proses pindah-turun firmware, meja penyelenggaraan anda tidak bergegar (atau bergoyang). Sedikit gegaran akan merosakkan proses ‘downloading’ ke telefon dan akan menyebabkan telefon anda tidak boleh digunakan lagi!
10) Firmware Gw1 bersaiz 75.3Mb dan setelah semuanya selesai, SEUS akan memasang terus firmware baru ini ke telefon P1i anda. Proses ini mengambil masa 20 minit.
11) Setelah selesai, anda boleh mencabut kabel USB dari telefon P1i dan TERUS keluarkan bateri. Tunggu 2-3 saat dan kemudian pasangkan kembali bateri ke telefon.
12) HIDUPKAN TELEFON ANDA.
13) TAHNIAH! Anda berjaya menukarkan firmware telefon ke GW1. Setkan telefon mengikut kesesuaian dan pilih ‘American English’ sebagai bahasa telefon.
Setelah itu, keypad telefon berjaya digunakan. Namun terdapat SATU LAGI MASALAH BESAR iaitu setiap huruf yang anda taip akan MENGELUARKAN TULISAN ARAB PULA!
Alamak… muncul satu lagi masalah. Dia tulis Arab… masyaallah.. masalah lah! Tidakkah ini menyebabkan tekanan darah anda bertambah? Jangan risau, ikuti pula arahan selanjutnya dibawah ini.
_____________________________________________________________________
LANGKAH 6: MENUKAR GDFS KEYPAD P1i (Dengan XS++).
- 1) Matikan telefon, cabut simcard, memory-card dan baterinya. Setelah 2-3 saat, pasangkan kembali bateri dan JANGAN HIDUPKAN telefon anda.
2) Jalankan perisian XS++ pada komputer dan tandakan ‘SMARTPHONE CONNECT’.
3) Tekan huruf ‘C’ dan sambungkan kabel pada telefon.
4) Klik ‘CONNECT’ pada XS++ dan tunggu sehingga ia selesai membaca ‘firmware’ telefon.
5) Klik pada GDFS dan kemudian klik pada ‘Backup GDFS’.
6) Setelah selesai proses backup – cabut kabel dan keluarkan bateri telefon.
7) Matikan perisian XS++
8 ) Pasang kembali bateri telefon dan jalankan perisian XS++
9) Tandakan ‘SMARTPHONE CONNECT’ pada XS++.
10) Tekan huruf ‘C’ dan sambungkan kabel pada telefon.
11) Klik ‘CONNECT’ pada XS++ dan tunggu sehingga ia selesai membaca ‘firmware’ telefon.
12) Klik pada GDFS.
13) Pada bahagian ‘GDFS Script’ pilih fail ‘P1A_Zebra_R8_CCPU_GDFS_QWERTY_keyboard_settings.gdfs’ dan klik butang ‘RUN SCRIPT’.
14) Tunggu sehingga ayat ‘GDFS operation was successfull’ dipaparkan dan anda boleh mencabut kabel USB dari telefon.
15) Animasi ‘Sony Ericsson Boot Screen’ akan terpapar. Anda diminta tunggu sehingga animasi ini selesai.
16) Sebaik selesai, skrin telefon anda akan berkeadaan ‘blank’. Jangan panik kerana ia adalah perkara biasa untuk asimilasi fail GDFS yang terbaru.
17) Keluarkan bateri telefon. Masukkan SIMcard dan pasang semula bateri anda. Jangan masukkan memory-card. Biarkan ia diluar dahulu.
18) Hidupkan telefon.. setelah itu periksa QWERTY keypad pada perisian SMS atau NOTES. Pastikan semua huruf boleh ditaip.
19) Setelah itu matikan telefon dan masukkan memory-card anda.
20) Lakukan penyesuaian semula (synchronization) segala data yang telah di’back-up’ sebelumnya dengan perisian ‘MyPhoneExplorer’.
21) UPACARA TAMAT.
Kini keypad anda sudah boleh digunakan dan FIRMWARE (organiser) telefon telah bertukar kepada ‘R6G04′ untuk pasaran ‘Generic World Market’. Langkah-langkah yang telah diberikan ini juga SESUAI untuk masalah Sony Ericsson UIQ3 yang lain seperti W960, P990, G900, M600, W950 dan G700. Ia juga BOLEH DIGUNAKAN untuk masalah-masalah lain seperti ‘start-up failed’, ‘firmware flashing’, kegagalan fungsi telefon yang berterusan walaupun selepas di format (master reset) dan menghidupkan kembali telefon akibat kesilapan ‘hacking’.
Hanya setelah semuanya selesai, barulah terpancar ‘muka puas hati’ pada muka En. Suzalimaru tadi.
Untuk anda yang lebih gemar mengikuti arahan-arahan yang telah ditunjukkan dalam Bahasa Inggeris, terdapat satu blog yang mengajarkan langkah-langkah serupa diSINI. Namun pengalaman menggunakan XS++ dan SEUS agak berbeza dengan Symbianku. Didalamnya juga tidak terkandung penyelesaian GDFS (dari keyboard ARAB ke keyboard LATIN). Seperti biasa, risiko untuk mengikuti langkah-langkah yang ditunjukkan pada blog tersebut adalah tanggungan anda sendiri.
Kepada sesiapa yang berminat untuk mengikuti langkah-langkah ini dalam tutorial penuh dengan perisian lengkap (XS++, SEUS, GDFS, MyPhoneExplorer & SE PC-Suite) gambarajah, foto, ebook dan video – anda boleh mendapatkannya dari Symbianku.com dengan MEMESAN SENDIRI MELALUI SMS dari En. Adliayob. Sebuah CD-ROM akan diposkan kepada anda. Ia cuma berharga RM30.00 sahaja.
Related posts:
Tags: P1i, Sony Ericsson, UIQ3
Trackback from your site.
-
ami
-
suzalimaru
-
http://www.symbianku.com adliayob
-
manar77
-
http://www.symbianku.com adliayob
-
suzalimaru
-
http://aizam88.wordpress.com zul_cool
-
ami
-
setiawanda
-
adliayob
-
setiawanda
-
http://www.symbianku.com/tutorial-hard-reset-telefon-sony-ericsson-uiq3/ Tutorial: ‘Hard Reset’ Telefon Sony Ericsson UIQ3. « Symbian Ku
-
cucur udang
-
http://www.i-symbian.com Asri al-Baker


November 9, 2011: [Naik-Taraf] Opera Mobile 11.5 dan Opera Mini 6.5
November 9, 2011: Produk Symbian-Accenture Yang Akan Datang!
November 5, 2011: UC Browser Pelayar Web Yang Hebat!