Kod-Sumber Microkernel EKA2 Telah Dilepaskan!

Hmm.. terkejut juga saya membaca sms Asri Al-Baker malam tadi. Rasa macam tak percaya yang perkara terpenting dalam Sistem Operasi Symbian (dan mana-mana OS pun) iaitu KERNEL (tetapi dalam Symbian ianya microkernel) telah menjadi ‘Open-Source’ sepenuhnya! Kod sumbernya (source-code) telah dilepaskan untuk orang awam dan dilesenkan dibawah EPL (Eclipse Public Licence) sembilan bulan awal dari jadual asal! Perkara ini berlaku pada 21 Oktober 2009.
ShahRukh Lan: Er.. Encik Adli, saya tak terkejut pun. Apa dia kernel ni dan apa yang best sangat berita ni?
Adliayob: Macam ni Lan. Kernel tu ibarat ‘jantung’ untuk sesebuah OS. Dalam Symbian, kernelnya dinamakan ‘EKA (Epoc Kernel Architecture)’. Sekarang Symbian menggunakan kernel EKA2. Jadi, rahsia kekuatan Symbian dari dulu hingga sekarang terletak kepada kernel tadi. Jadi bila kod-sumber untuk kernel EKA2 dipaparkan dan dilepaskan kepada orang awam, maka saya rasa terkejut sangat kerana 2 perkara.
Satu, mungkin selepas ini akan wujud ‘distro’ terhadap Symbian OS yang asal. Dengan ini, sesiapa pun akan dapat menggunapakai kernel dan membuat OS baru dan mengaplikasikannya. Mungkin ia akan menjadi seperti senario Linux OS. Ubuntu misalnya merupakan ‘distro’ dan OS lengkap sedangkan menggunapakai Linux selaku kernel.
Kedua, mungkin selepas ini Nokia, Samsung dan Sony Ericsson tidak lagi akan berminat untuk memajukan OS Symbian ke tahap yang lebih tinggi kerana ‘rahsia’ bisnesnya selama ini telahpun dipaparkan kepada umum. Dan jika ini berlaku, ia sangat memudaratkan dan mungkin Symbian akan terkubur.
ShahRukh Lan: Ok. Tapi bagi saya ia tak membawa makna apa-apa pun sebab OS lain seperti Android, Windows-Mobile, BlackBerry dan iPhone pun ada kernel jugak kan? Jadi, bagi saya tidaklah gempak sangat pun berita ni sebab kalau Symbian ada kernel, orang lain pun ada jugak.
Adliayob: Itulah masalah kau! Rasa dah nak mencarut dah nih! Kau tahu tak, kerana EKA2 kernel inilah yang menyebabkan OS yang lain irihati terhadap Symbian. Ini kerana EKA berasal dari EPOC. EPOC merupakan OS terakhir di muka bumi yang ditulis dari asas sehingga menjadi keseluruhan OS untuk peranti bimbit yang lengkap! Inilah rahsia yang menyebabkan OS yang lain seperti WinMo tidak mampu mengendalikan telefon bimbit secekap Symbian. WinMo berasal dari PPC yang menggunakan kernel serupa untuk Sistem Operasi komputer iaitu Windows 95. Kalau telefon bimbit dikerah bekerja secekap komputer sedangkan ia tidak mampu, itulah sebab mengapa perkara asas seperti mengendalikan panggilan, sms, mms, ota, phone-book dan calendar tidak berfungsi dengan mesra terhadap pengguna.
EKA2 selaku kernel memang pada awalnya ditulis untuk dijalankan di atas sebuah platform yang dikenali sebagai ‘peranti bergerak’ – tepatnya ‘mobile phone!’. Dan dari situ, ia dikembangkan kebolehannya untuk mengadaptasi persekitaran yang lebih maju contohnya pengawalan multimedia dan kamera, gelombang radio lain seperti Bluetooth, WiFi dan Infrared. Ia kemudiannya berevolusi sehingga mampu menjadi ‘emulator’ OS besar seperti DOS dan Windows ME.
Itulah sifat Symbian secara keseluruhannya. Ia semakin mengembang dan menerima kemasukkan modul baru dalam teknologi komunikasi. Tidak seperti OS komputer yang cuba dipadankan kepada sistem telefon yang bersifat menguncup. Ia terpaksa ‘dikuncupkan’ demi memberi ruang untuk senibina telefon bimbit mengasimilasikannya. Itu sebab perkara remeh yang telah saya sebutkan tadi tidak mampu diuruskan olehnya. Paham?
ShahRukh Lan: Ok.. Ok. Kira fahamlah sudah saya ni. Jangan marah Encik Adli. Minum dulu teh tarik tu. Kalau sejuk karang tak best.
Adliayob: Ya jugak. Sila.. sila.. slurrpppp.. ahhh
ShahRukh Lan: Maknanya kalau dah sifatnya untuk komputer besar, bila di taruk dalam benda kecik, terbarai laa kan? Patutlah menggelabah. Macam engine lori taruk kat motorboat. Lepas tu buat jadi kapal tangkap ikan. Ikan pun pening kepala. Hehehe.
Adliayob: Yang pening kepala tu… kau! Apa pulak masalah ikan ngan boat kau masuk kat sini ni? Tulah.. banyak sangat tengok video MBB kat Youtube. ‘Hotel lima boats kini market terima boat… Selepas digoda, dia kena petir’ kahkahkah!
ShahRukh Lan: Serrrrabaiii!
Adliayob: Betul tu. Memang serabai saya pada mulanya. Tetapi jika dilihat dari sudut positif, sejarah pembukaan kod-sumber EKA2 beserta simulator QEMU, ARM Compiler toolchain (RVCT4.0), Base support for Beagle Board, binaries dan ‘Hardware Execution Environment’ menampakkan kesungguhan Symbian Foundation benar-benar mahu memperkasakan lagi OS ini.
Sejak pengumuman Symbian Ltd menjadi Symbian Foundation, memang ramai yang tidak percaya, tidak yakin dan skeptikal terhadap usaha ini. Mana boleh sebuah OS yang memegang lebih 50% pegangan dalam pasaran telefon bimbit dunia, senang-senang memaparkan kod-sumber yang selama ini disimpan ibarat ‘Biar pacah di perut, jangan pecah di mulut’ itu. Dan seorang rakan saya, ‘Ji Fat’ pernah mengungkapkan ‘Jangan sampai bila keranda dibawa, baru bercucuran air mata’, sinis kepada usaha Nokia membeli, menguasai dan kemudiannya meliberalisasikan Symbian pada tahun lepas.
ShahRukh Lan: Hehehe. Rupanya Encik Adli ni peminat komik Hong Kong juga ya? Jadi, puak manakah yang akan mengecap keuntungan terhadap pembukaan kod-sumber ini? Janganlah En. Adli jawab puak NGO pula. Saya betul-betul serius nak tahu ni. Anda selaku pembaca artikel ni bagaimana? Pasti tertanya-tanya juga kan? (Lahhhh dah sampai perenggan ni dah korang baca? dahsyat betul…)
Adliayob: Syarikat pengeluar CPU untuk kegunaan Symbian iaitu ARM (dan sanak-saudaranya seperti Texas Instrument) dan ‘pakarujuk & pemudahcara’ Symbian iaitu Accenture sangat menyokong dan menerima perkara ini dengan hati yang gembira kerana selepas ini bisnes mereka akan lebih untung!
Selain itu, syarikat-syarikat kecil yang mengkhusus kepada pembangunan Symbian juga mendapat manafaatnya. Pelepasan kod sumber terutama KERNEL EKA2 ini membuka ruang untuk sesiapa sahaja yang mahu menjadi juara dalam Symbian. Untuk skala Symbianku.com – saya juga optimis usaha ini akan dapat dieksploitasi sewajarnya untuk kepentingan literasi ICT di Malaysia dan seluruh Nusantara. Ini kerana blog ini bukan sahaja dikunjungi oleh orang Malaysia, bahkan juga negara luar yang menjadikan Bahasa Melayu selaku ‘Lingua-Franca’ mereka.
ShahRukh Lan: Setakat ini sudah 16 daripada 134 ‘Symbian Platform Packages’ telah di ‘open-source’kan oleh Symbian Foundation. Ini akan menjadi penggalak kepada saudara untuk mempercepatkan penciptaan nota-nota Symbian dalam Bahasa Melayu. Jadi, apakah halangan sebenar yang menyebabkan saudara masih bereksperimen dan tidak menjual servis ‘mengajar’ OS Symbian kepada khalayak ramai?
Adliayob: Kau ni pernah jadi wartawan Melodi ker? Bertanya macam peguam. Sebenarnya banyak lagi kepincangan dan kekurangan terhadap penulisan artikel tutorial Symbian secara mendalam seperti yang telah saya tulis dalam Symbianku. Inikan pula menulis modul dan bahan rujukan Symbian dalam BM yang selama ini saya karang sendirian.
Jika ada seorang lagi pengaturcara Symbian yang sanggup menulis tentang ‘Symbian Programming’ dalam BM pada blog ini, saya yakin usaha ini dapat dipercepatkan. Halangan sebenar adalah personaliti, masa dan kajian. Orang putih cakap ‘R&D’. Untuk menciptakan sebuah model pembelajaran yang berkesan, masalah kos kewangan, makmal, kajian lapangan, mendapatkan statistik semasa dan masalah masa perlu ditangani. Pendek kata, R&D merugikan dari skop kewangan jangka pendek sehinggakan tidak ramai yang mahu menyediakan dana untuknya.
ShahRukh Lan: Encik Adli, bagaimana pula…
Adliayob: Eh! Kau jangan kacau aku boleh tak? aku nak tamatkan artikel ni!
ShahRukh Lan: Ok. Aku kacau makanan kau. Maggi goreng kau ni nanti kalau dah sejuk tak sedap hehehe.
Kepada anda yang ingin memindah turun kod-sumber EKA2, sila dapatkan maklumat di SINI.
Related posts:
Tags: Pengaturcaraan, Symbian, Symbian-Foundation
Trackback from your site.
-
HISHAM
-
http://www.symbianku.com adliayob
-
http://turborun.wordpress.com/ Turborun
-
Lan

November 9, 2011: [Naik-Taraf] Opera Mobile 11.5 dan Opera Mini 6.5
November 9, 2011: Produk Symbian-Accenture Yang Akan Datang!
November 5, 2011: UC Browser Pelayar Web Yang Hebat!