logo
10
Feb

KLSS #1 = ESOK!

Written by adliayob. Posted in Berita Symbianku


“Yang confirm datang, 35 orang. Yang tak confirm.. aku tak tau lagi. Tapi kalau dah sampai tahap 50 orang datang, ini kira SEJARAH bang!”. Kata-kata Asri al-Baker pada malam tadi merimaskan saya. Terasa seram-sejuk dan keringat jatuh dari dahi tanpa disedari. Dalam hati saya… ini sudah bahaya! Dan kemudian saya minta izin Asri untuk pergi ke tandas dulu sebab dari mula lagi saya sudah menahan ‘hajat’ saya dan ianya sudah tidak tertampung lagi! Adehhh.

“Laa.. ingatkan ko panik sampai berpeluh-peluh. Rupanya nak pegi tandas. Pergi lah dulu! Bikin panass laa lu nih!”

Secara ringkas inilah info-info untuk esok:

  1. Pada jam 3.00-5.00pm esok di Kelantan Delights, Sooka Sentral – sessi taklimat kepada Sukarelawan KLSS akan diadakan. Setakat dalam senarai saya = Dxplay, TurboRun, Hasby Rodregues, Zaid Imran, Firdaus dan L4N (KetupatLemang) telah memaklumkan kehadiran mereka dan saya dengan rendah-diri menjemput anda semua hadir untuk sessi taklimat ini dan seterusnya menjadi Sukarelawan KLSS.
  2. Juga kepada peminat-peminat yang KEBETULAN HADIR (atau) MAHU HADIR pada jam 3.00ptg – anda akan dikira selaku Sukarelawan KLSS.
  3. Pada jam 5.00-7.00pm akan diadakan sessi STAMMTISCH.
  4. Topik-topik perbincangan idea: (1) Bagaimana Untuk Mengecam Telefon Symbian, Memperkenalkan Dan Mencipta Kesedaran Orang-ramai Tentang Sistem Operasi Symbian di Negara Kita. (2) Pembangun Perisian Symbian Nusantara: Idea-idea Bernas Yang Boleh Ditukarkan Menjadi ‘Perisian Symbian Masa Hadapan’ Untuk Malaysia dan Asia Tenggara.
  5. Pada jam 7.00-9.00mlm pula, kesemua Sukarelawan KLSS akan berkumpul bersama-sama Adliayob & Asri al-Baker untuk mengumpulkan idea-idea perbincangan Stammtisch dan seterusnya akan menghantarkannya terus ke Yayasan Symbian (Symbian Foundation).
  6. 9.00 mlm – Carilah jalan pulang.

Baiklah. Adakah anda sudah bersedia untuk KLSS yang PERTAMA? Untuk lebih menggusarkan dan menyebabkan anda lebih teruja, disini saya siarkan sedikit keratan bergambar tentang KLSS pada laman http://blog.symbian.org dan ianya dikirim sendiri oleh penjaga (administrator) Symbian Foundation sendiri:

Kata-kata akhir saya kepada anda:

  • HANYA SUKARELAWAN sahaja akan mendapat cenderamata khas Symbian Foundation dan ia berbeza dengan cenderamata yang diberikan kepada orang-ramai yang akan hadir pada sessi STAMMTISCH.
  • Anda digalakkan untuk membawa NAMECARD sendiri untuk sessi ‘memasukkan namecard ke dalam balang’ supaya menjadi koleksi kisah klasik untuk masa depan :) hehehe.
  • Setiap orang akan diberikan NAMETAG yang akan membawa tuah kepada anda (sebab ada ‘Lucky Draw’).
  • Sila bawa telefon-telefon Symbian anda! Ini penting kerana ia bakal diperlukan sewaktu sessi STAMMTISCH nanti.
  • Pada sessi Stammtisch, seramai 3 orang sekumpulan akan berbincang mengenai idea-idea untuk Symbian masa hadapan. Anda akan dibekalkan kertas (memo-pad) dan silalah membawa pen masing-masing ke KLSS esok.
  • Akan berlaku ‘Lelongan cenderamata ‘SPECIAL’ dari Symbian Foundation’ pada esok hari. Lelongan barang-barang ini akan bermula dengan nilai minima RM50. Sila sediakan duit yang mencukupi jika anda mahu ikut serta lelongan ini.
  • Bawa duit yang secukupnya sebab, ‘event’ ini ‘free’, tetapi makan-minum kena bayar sendiri. Ini untuk memastikan yang KLSS akan terus berlangsung pada masa hadapan. Kalau semuanya di’sponsor’ nampak gayanya kita tidak akan meraih idea-idea yang berkualiti.

Baiklah. Saya tidur dulu. Selamat berjumpa esok!

Related posts:

Tags: , , ,

Trackback from your site.

  • dxplay

    Salam.
    Akhirnya hari yang ditunggu-tunggu sudah tiba!
    Rasa teruja nak pergi dan menjadi sebahagian dari komuniti Symbian.
    Nasib baik duduk Klang, takde la jauh sangat.
    Harap-harap ramai lagi pelajar macam saya dapat hadir.
    Jangan ponteng dah la ye…

  • ismaelzaharee

    saya mmg teringin nk pg event nie. Tp ada aral melintang, saya x dapat join. Btw, apa2 keputusan, jgn lupe ceritakan dalam site ini ye. Tq
    Good Luck for The 1st KLSS @ Kelantan Delights, Sooka Central.

    p/s: saya pun pengguna telefon bimbit symbian. he he he

About

SymbianKu.Com : Blog Symbian Malaysia adalah satu-satunya blog yang didedikasikan khas untuk pengguna Symbian di Malaysia dan Nusantara serta Alam Melayu - dalam Bahasa Melayu!

Pilih Kategori

Switch to our mobile site