logo
27
Jan

KL Symbian Stammtisch Yang Pertama (KLSS).

Written by adliayob. Posted in Berita Symbianku


STAMMTISCH ? Apa tu Asri? Apa yang kau mencarut nih?

Ya, itulah refleks pertama yang saya ucapkan apabila mendengar perkataan ‘Stimmtisch’ ini. Macamlah tiada perkataan lain yang boleh menggantikannya! Cubalah tukar sikit menjadi ‘Steamroll’ atau ‘Steam Bun’, kan enak dan berkhasiat bunyinya? adakah ia berkait terus dengan hobi ‘mengumpul setem’ ?

Satu lagi, mengapa pula saya MESTI paparkan artikel tentang STAMMTISCH ini? adakah saya pun turut hilang akal juga? Dan yang lebih penting lagi, apakah STAMMTISCH itu?

Stammtisch dalam Bahasa German bermaksud “the regular’s table” atau dalam pengertian kita: ‘Satu pertemuan tidak formal antara peminat-peminat (dalam sesuatu bidang), berjumpa secara fizikal sambil bertukar-tukar fikiran dan dalam masa yang sama memajukan idea mereka’. Stammtisch biasanya dilakukan seminggu sekali, dua minggu sekali atau sebulan sekali bertempat di ruangan yang tidak formal seperti restoran, warung-warung atau di rumah.

Pengertian lain untuk Stammtisch (pada pemahaman saya) adalah ‘Gathering’ atau ‘Meet-up’ atau ‘Usrah’. Jadi perkataan ‘Symbian Stammtisch’ boleh ditakrifkan sebagai – satu pertemuan tidak formal antara peminat-peminat Symbian pada tarikh yang telah ditetapkan (samada setiap minggu atau setiap bulan).

Baiklah, semua boleh faham? hehehe.

Jadi, apa pula yang dikatakan ‘Kuala Lumpur Symbian Stammtisch’ pada tajuk artikel kali ini? atau pendeknya KLSS?

KLSS adalah sebuah ‘cita-cita’ atau ‘objektif’ yang telah dicetuskan oleh En. Asri al-Baker (co-founder kepada blog ini) untuk mengumpulkan ANDA – peminat Sistem Operasi Symbian seluruh NUSANTARA (Malaysia, Indonesia, Singapura dan Brunei) untuk minum petang bersama SYMBIANKU (Adli & Asri), berkenal-kenalan, bertukar pandangan dan mencetuskan idea baru untuk OS Symbian pada masa hadapan -> di ibukota metropolitan kita yang tercinta, KUALA LUMPUR!

Setiap perjumpaan ‘Stammtisch’ akan menggunakan ‘topik’ untuk dikongsikan bersama. Sebagai contoh, berikut merupakan topik-topik pada Stammtisch di London:

  • How can the Symbian Foundation work with the academic world for mutual benefit?
  • What can we do today to make Symbian the best platform for 4G devices?
  • How do we get the geeks interested in Symbian?
  • How do we make media care more about Symbian?
  • How do we avoid chasing yesterday’s trends?
  • How do we stay motivated in a head wind market?
  • Why should people care about platform and not functionality?
  • How do we make S^3 even easier to build phones with?
  • Rather than trying to do everything OK, is there any one thing that we could do really excellently?
  • Measurable goals to aim for (especially in terms of external contributors)

Biasanya, tarikh dan topik Stammtisch akan diumumkan pada blog ‘The Symbian Blog’ atau blog-blog yang lain seperti ini:

Upcoming Stammtisches

  • January 27th – Measuring the success of Symbian and the Symbian Foundation
  • February 10th – How do we make it easier to build a Symbian phone?
  • February 24th – TBD

Biasanya, dalam setiap perjumpaan ‘Stammtisch’, wakil dari Symbian Foundation, Nokia, Sony Ericsson dan Samsung akan turut serta. KLSS yang pertama (NANTIKAN TARIKHNYA!!) akan di’hos’kan oleh Symbianku dengan kerjasama Symbian Foundation dan Nokia dalam masa terdekat ini!

Bagaimana? apa perasaan anda jika ANDA dijemput ke KL Symbian Stammtisch yang pertama? Adakah anda akan hadir??

Tunggguuuuuuuu!!!

Related posts:

Tags: , ,

Trackback from your site.

  • aril

    betul tu.ni perjumpaan hardcore2 symbian.huhu nak pegi bak kata en yonz leh melopong sama2 dan dengar apa idea2 baru diorg.he2

  • http://ariyon.blogspot.com yonz

    org mcm aku (symbian biasa2 jer) ni layak ke nk join hardcore2 symbian duduk satu meja…kang melopong tak tau apa…huhuhu

  • kerazee_hisham

    @En.Yonz

    Btol la En Yonz.Sy (juga Symbian biase2..) baca contoh topik-topik utk setiap sesi KLSS pun dah meremang bulu roma.Apepun,klu ramai yg join,nak jgk la menyibuk2 kat 1st KLSS nanti.At least ade En Yonz,bleh la tumpang molopong same2.huhu…

  • TurboRun

    Alamak !!!!!! Biar Betul ni….. Ke mata aku tak betul ni ? Aku baru jer menubuhkan satu pasukan askar symbian kat KL ni ( 4 orang anggota educator). Walaupun baru dalam proses printing bunting dan mini majalah (bahasa melayu), aku tak bersedia lagi untuk bertemu En Adli & En Asri.

    Mulai 28-31 Januari, Karnival Telefon Bimbit akan diadakan di Dataran Jelatek … Bermula 10am-10pm. Harap-harap tak banyak telefon bimbit china akan dijual. Berdasarkan apa yang dipaparkan pada bunting karnival ini, harga telefon bimbit memang gila-gila murah !!!!!

    Kalau tak keberatan gua akan promo symbianku dan Stammtisches di karnival tersebut. Bagi korang yang menyokong symbian dan symbianku …. Rasanya korang boleh datang ke Karnival ini untuk mengushar Telefon symbian pada harga yang murah. Bolehlah miliki pelbagai jenis telefon symbian untuk dijadikan testing set. Dengar crita Sony Ericsson P1i (Secondhand) boleh didapati pada harga RM500 (Boleh nago lagi).

    Untuk makluman semua, Game Review Malaysia (ilham Encik Adli Ayob) akan aktif semula dalam laman web baru (Setelah mendapat Green Light En Adli). Sekarang ni pun, ramai member baru perasan hp mereka (symbian) lagi best berbanding I-Phone dan Blackberry.

    Tak sabar menantikan KL Symbian Stammtisch yang pertama. Apatah lagi perjumpaan tersebut dihidang dengan “muchentuchen” dan minuman “Fizzy Bubblech”. Skarang ni pun ramai pakai Symbian E-Series kat KL.

  • haydnshaughnessy

    Great to see it coming together Asri!

  • L4N

    Hehe..2 bulan lepas adalah 'Karnival Telefon Bimbit' ni kat Kajang. Promo mmg kaw2 mcm best gila tapi bila masuk je benda pertama yg singgah kat telinga ni “Bang iphone bang..u mau besar ka kecik punya (iphone ada besar & kecik punya???). TV ada, dual sim, camera, radio, speaker kuat, blablabla…”. Daripada stall pertama sampai ke stall terakhir penuh dgn “iphone konon” je. Aku terus blah je, mengarut betul. Adalah phone2 lain, Symbian, winmo, etc..tapi tak nampak sapa2 promo pun phone2 tu. Ntah ada diskaun ke x tak taulah. Frustrating, ramai sgt org kita tertipu..

  • http://www.i-symbian.com Asri al-Baker

    @haydn

    1. Thanks for all your support. It wont be possible without you and Symbian Foundation's strong support.

    2. This post is the first in series of posts that will be published to promote KLSS.

    3. It would be great if one of you guys from SF could be here for the first KLSS but… Ah well… maybe in the future.

    Cheers!

    - Asri al-Baker

  • http://www.i-symbian.com Asri al-Baker

    @yonz, @aril & @hisham,

    Oh bangsaku….
    Kenapakah sikap dan semangatmu begitu pemalu?
    Berdosakah? Zalimkah? Salahkah?
    Jika bertemu dan menimba ilmu…

    ================

    1. Aku malas nak cakap banyak laaa… Usaha nak membawa Symbian Stammtisch ni ke KL bukan senang. Korang cuma perlu support dan hadir apabila tarikhnya sudah ditentukan kelak.

    2. Kalau nak tunjuk muka pun korang malu, payahlah kita nak maju.

    3. Aku dengan Adli tak pernah mendabik dada mengatakan kami ni pakar atau expert atau hardcore Symbian. Kami juga masih menimba ilmu disepanjang perjalanan hidup kami.

    4. Aku dan Adli tak pernah melihat pengunjung dan pembaca Symbianku sebagai tiada ilmu. Korang yang membeza-bezakan taraf korang sendiri dan meletakkan diri korang sendiri sebegitu.

    5. KLSS ni nanti terbuka, sapa-sapa boleh datang. Asalkan minat mengenai Symbian.

    6. Kalo korang tak datang jugak… Aku amat-amat kecewa melihat bangsaku sendiri yang kononnya malu… tapi mau… tapi malu…

    LU PIKIR LAH SENDIRI!!!

    - Sang Kachiwa…

  • aril

    salam.alah bang asri jangan lah kachiwa bang.huhu.saya confirm datang punya.say nak menimba ilmu secukup cukupnya dari hardcore2 symbian.huhu.yang penting abg gi tau tarikh dan waktu.saya datang nyer bang.huhu.saya datang bang asri.saya datang nak menimba ilmu dan nak jumpa hardcore2 symbian ni.nak bertukar tukar ilmu ngan mereka walaupun saya ni masih baru.huhu.

  • adliayob

    Aduh maakkk…

    Mungkin ada yang aku tersalah tulis kat sini kot? hehehe
    KLSS adalah Stammtisch yang PERTAMA keluar dari ruang lingkup 'kota London'. Untuk pertama kali dalam sejarah, ia diadakan di Kuala Lumpur.

    2. Berbeza dengan topik yang 'advance' pada Stammtisch London, KLSS akan bermula dengan topik yang paling asas untuk membentuk satu komuniti 'pejuang' dan 'developer' Symbian untuk Malaysia dan Nusantara masa hadapan.

    3. Ia juga tidak sama dengan 'gathering' yang lain, ia tidak formal, tidak memaksa anda berbelanja besar dan yang paling penting ia dilaksanakan 'santai' tanpa gimik pentas dan acara-acara yang merapu.

    4. KLSS memang akan dilaksanakan tidak lama lagi di Kuala Lumpur. Teruskan pembacaan anda di Symbianku.com ini untuk mengetahui berita yang lebih lanjut.

    5. Jangan lupa untuk menghantar EMAIL ANDA ke no telefon saya, seperti yang telah diumumkan oleh pembantu saya, En. Shah Rukh Lan di ruangan kanan CHATBOX blog ini.

    6. Bayangkanlah jika anda datang dan akhirnya menjadi 'pioneer' terhadap perkembangan Symbian di Malaysia. Dan bayangkanlah pula jika ANDA akhirnya membentuk GROUP khas dan membina perisian Symbian pada masa depan. Akhirnya… bayangkanlah jika setiap TELEFON SYMBIAN MASA HADAPAN dilengkapkan dengan perisian yang telah anda bangunkan … dan.. bayangkanlah juga royalti yang bakal anda kecapi.

    BAYANGKANLAH…

    - Adliayob / Awang Mambang / Plaza Tol Mambang Di Awan

  • http://ariyon.blogspot.com yonz

    tau takpe…apa2 keputusan saya setuju aje…(ayat P.Ramlee)

  • kerazee_hisham

    @En Adli

    Terima kasih atas penjelasan yg lebih jelas.

    1. Bkn la pemalu sngt pun Tuan,tp bile tngk contoh topik2 yg biase dibincangkan dlm Stammtisch,mmg ade rase gerun sket.mcm kate En Yonz,takut melopong x tau ape.

    2.Tp klu perjumpaan santai n ringkas,dan topik yg x terlalu berat,rasenye sy berbesar hati utk join 1st KLSS nanti.akan sy smskan email pada Tuan.

    3.Tajuk topik akan diberitahu terlebih dahulukan? Bleh la wat homework sket.Huhu..

    Dah sekian lame gune Symbian,x sabar plak nak jumpe pengguna tegar Symbian yg lain.

    All the best Symbianku.com

  • http://ariyon.blogspot.com yonz

    alo bos…jgn la mare…hihihihi…

    “semangat yg begitu pemalu”…1st time dengar tuh…bukannya pemalu, but itulah yg aku rasa…aku tak nk nanti ibarat korang citer ttg IP internet ke…setup pc ker…bios ker…tetiba aku citer ttg apa itu mouse…keyboard ker…benda2 mcmtu. Bukannya aku tak nk maju, takut 'melambatkan' perbincangan korang yg sedang brkobar2 tue…kang kata aku 'potong' pulak…hope be inform…insya Allah, kuat hati aku datang…

  • http://www.i-symbian.com Asri al-Baker

    @yonz

    1. bende yg berkaitan dgn ilmu, tak payah nak malu.

    2. tak kiralah ilmu sikit ke, banyak ke, kalau ada kemahuan, disitu ada jalan.

    3. bukan selalu dpt peluang mcm ni.

    4. adli ayob sanggup turun ke kl daru sabah. takkanlah orgg yg kat semenanjung tak boleh tirun.

    5. alasan semata-mata kah?

    asri al-baker

  • http://www.i-symbian.com Asri al-Baker

    @yonz

    1. bende yg berkaitan dgn ilmu, tak payah nak malu.

    2. tak kiralah ilmu sikit ke, banyak ke, kalau ada kemahuan, disitu ada jalan.

    3. bukan selalu dpt peluang mcm ni.

    4. adli ayob sanggup turun ke kl daru sabah. takkanlah orgg yg kat semenanjung tak boleh tirun.

    5. alasan semata-mata kah?

    asri al-baker

About

SymbianKu.Com : Blog Symbian Malaysia adalah satu-satunya blog yang didedikasikan khas untuk pengguna Symbian di Malaysia dan Nusantara serta Alam Melayu - dalam Bahasa Melayu!

Pilih Kategori

Switch to our mobile site