logo
03
Feb

KL Symbian Stammtisch: Apa Barang? Hehehe

Written by adliayob. Posted in Berita Symbianku


“Apa barang bang? Barang-barang dah sampai ker belum?” adalah kata-kata penuh harapan yang saya ucapkan kepada Asr1 al-Baker setelah 2 hari saya menaikkan artikel KLSS – Adakah Anda Sudah Bersedia? di Symbianku.com ini.

Macam biasa, dengan hensemnya Asri menjawab “Sabarlah bang, kau ada tengok website-website lain yang cerita pasal KLSS tak?”. Dan tak lama kemudian, Asri memberikan sms: “KLSS masuk AAS!!” (AllAboutSymbian.com).

Ha? betul ker? atau… takkan telefon w960 saya ni rosak lagi?

Dan memang benar kata Asri. Impak KLSS#1 ini sangat besar! Rupa-rupanya dah 3 website/blog yang menyiarkan berita tentang KLSS. Terharunya saya… tak sangka dapat sambutan juga ya walaupun pertama kali dianjurkan?

Dan semalam, saya sangat terkejut apabila membuka email bertajuk “Hambikk Kauuu!!!” dari Asri kerana… barang-barang dari Symbian Foundation, London dah sampai!!! Hehehe. Untuk menyakitkan mata, perasaan dan hati anda, nikmatilah foto-foto cenderamata dari Symbian Foundation, Southwark, London yang telah sampai ke Kuala Lumpur dibawah ini:

KLSS akan diadakan pada 10/2/2010 di Kelantan Delights, Sooka Sentral Kuala Lumpur. Seperti yang telah saya katakan dahulu, sesiapa yang mahu hadir, sila daftarkan diri anda di EVENT FACEBOOK seperti yang telah diiklankan di Chatbox sebelah kanan blog ini. Yang bestnya, hanya 20 peserta pertama yang mula-mula mendaftar untuk hadir akan kami berikan cenderamata dari Symbian Foundation di atas ini!

Jadi? apa tunggu lagi bos? silalah mendaftarkan diri demi mendapatkan barang-barang ini. Apa barang bang tak daftar? Hehehe.

P/S: Asri dah mula bercakap sorang-sorang kat KL sekarang, kalau anda memerhatikan beliau dengan lebih teliti, ia umpama orang yang hilang akal fikiran lagaknya. Tau sebab apa tuan-tuan? sebabnya… saya masih lagi di Sabah! Sykt MAS hanya membenarkan saya pulang pada 8/2/10 nanti. Jadi, kepada para sukarelawan (dan kalau nak jadi Sukarelawan KLSS sila KLIK SINI) silalah berhubung terus dengan Asri dan membantu beliau untuk menjayakan majlis ini dengan SEGERA. Atau, sanggupkah anda melihat beliau bertukar menjadi KAMEN RIDER di KLSS nanti?.

Dengan ini saya akhiri dengan serangkap pantun:

Pucuk pauh delima batu,
Anak sembilang di tapak tangan,
Sabah jauh beribu batu,
Janji ke KLSS tetap ditunaikan!

Related posts:

Tags: , ,

Trackback from your site.

  • http://fatztwentytwo.wordpress.com/ TurboRun

    Check out, latest news our team announcing approval to klss.mai datang bramai2

  • helmikimsui

    hehehe.. ok la tu bro.. saya nak gak jadi sukarelawan tapi tak dapat la sebab dot dot dot.. hehehe.. tahniah la bro!

  • amier

    haduuiiii…sygnye xdpt pegi….klu bkn sb ade kuliah & tutorial, da lme ak terjun KLSS neh..rugi2…

    sy ada cdangan utk pnganjur KLSS, harap KLSS akn dtg diadakan pd weekday, sy percaya peserta KLSS akn meningkat klu aktiviti ne dibuat waktu cuti.

  • http://www.i-symbian.com Asri al-Baker

    @amier

    1. Weekdays? Hari rabu bukan weekdays ke? :-P

    2. Ada sebab tersendiri kenapa ia diadakan pada hari Rabu 10 Februari 2010. Nak tahu kenapa? Kenalah datanf KLSS ni… Hahaha!

    - Asri al-Baker

  • amier

    @en.asri

    Ahaha..maaf, trlalu teruja nk menulis, smpai salah menaip ;P sy mksudkn weekend. Hari sbtu &ahad, bkn ape, sy yakin ramai advance user symbian kat luar sna yg nk hadir KLSS ne tp xbrkesempatan (sb krja & sy plak msih student ipt)

    Jadi alangkah manisnya kalau KLSS ne dpt dbuat pd hri mnggu @ msa cuti umum..confirm sy join.

    P/s : klu buat kat stammich ne kat batu pahat, lg senang sy dtg en.asri..dpt jmput kwn2 jawa sy skali yg minat symbian ne. Ha3

  • http://www.i-symbian.com Asri al-Baker

    1. kalo aku buat kat batu pahat, sapa nak datang? takkan aku nak harap mat-mat rempit yang lepak kat Summit dengan BP Mall tu paham pasal symbian development dan bende lain?

    2. satu lagi masalah logistik, sapa nak tanggung kos penginapan peserta, kos makanan, kos pengangkutan dan sebagainya? ko nak tanggung?

    3. ada sebab tersendiri kenapa ia diadakan di kuala lumpur, salah satunya ialah kerana ramai pembangun perisian (developer) yang beribu pejabat di kuala lumpur.

    - Asri al-Baker

  • amier

    erm..psl msalah logistik & penginapan peserta tu smua mmg sy xtertanggung en.asri…duit pnjaman ptptipu pn blum brbayar lagi..

    ehm..maaf dpohon dari hjung rambut smpai hjung kaki sb sy menyangka program ne akn diadakn di tempat2 berasingan..

    wlaupn sy xde pngalaman utk mmbincangkan psl symbian development ne, tp sebab terlalu minatkan symbian yg buat sy tertarik nk dtg.

    p/s: klu xdpt buat kat btu pahat tu pn xksah en.asri :-P ape pun, sy tetap sokong usaha en.asri dlm setiap program ne..jadi…bila KLSS yg ke-2 akn diadakan?

  • http://www.i-symbian.com Asri al-Baker

    @amier,

    1. tau takpe.. :-)

    2. menguruskan perjumpaan seperti KLSS ni bukan mudah dan bukan boleh dibuat sambil lewa. banyak perkara yang perlu dipastikan supaya berjalan lancar.

    3. Insya Allah, kalau KLSS 1 ni nanti mendapat sambutan menggalakkan, KLSS 1 akan menyusul setelah mendapat persetujuan dari Yayasan Symbian dan juga ada pihak yang sudi menanggung kos kewangan yang diperlukan. Saya akan umumkan bila tiba masanya.

    - Asri al-Baker

About

SymbianKu.Com : Blog Symbian Malaysia adalah satu-satunya blog yang didedikasikan khas untuk pengguna Symbian di Malaysia dan Nusantara serta Alam Melayu - dalam Bahasa Melayu!

Pilih Kategori

Switch to our mobile site