Sewaktu saya menaikkan artikel KLSS pada dua hari yang lepas, pelbagai reaksi dan komentar telah saya perolehi dari kalangan peminat Symbian di seluruh negara. Ada yang suka, ada yang tak percaya malah ada yang ‘melopong’ dan ada yang menyifatkan ianyanya adalah ‘khabar angin’ sahaja. ‘Mixed Feeling’ seperti ini berlaku kerana Symbianku.com masih baru, dan kami (Adli dan Asri) bukanlah pelopor ataupun ikon untuk (ataupun ‘otai’) dalam alam Symbian di dunia ini. Jadi, untuk tatapan anda, silalah baca SURAT DARI EN. LEE WILLIAMS KEPADA SYMBIANKU.COM di atas.

Saya tidak tahu apa perasaan anda. Tapi, saya dan Asri sangat terkejut dan terharu bila membuka peti surat (email) kami malam tadi. Beginilah… apa perasaan anda bila Bill Gates mengutus surat kepada anda kerana memperakui hasil kerja dan kajian anda dalam alam komputer? Anda faham kan? Maka itulah perasaan kami apabila ‘Bill Gates’ untuk SYMBIAN (iaitu Lee Williams) memberikan sokongan padu dan menghantarkan CENDERAMATA KHAS SYMBIAN DALAM SATU KOTAK BESAR kepada Symbianku.com ke alamat Asri al-Baker. Tak percaya? cuba baca pula email dari LAUREN SARNO yang INGIN MELIHAT KLSS MENJADI MODEL STAMMTISCH DI BANDAR-BANDAR LAIN DI DUNIA!

Sekali lagi, saya ingin bertanya kepada anda… ADAKAH ANDA TELAH BERSEDIA untuk menyertai KL SYMBIAN STAMMTISCH #1 di Kuala Lumpur??

Sejak semalam (28 Jan 2010) hanya SEORANG sahaja yang telah mengesahkan kehadiran beliau ke KLSS. Beliau yang saya maksudkan ialah L4N Ketupatlemang. Hari ini, masih belum ada seorang pun yang menghantarkan penyertaan ke nombor telefon saya. Mungkin faktor-faktor yang saya tulis diatas tadi yang menyebabkan anda tidak yakin. Mengapa ANDA perlu ‘mendaftar’ kepada kami sedangkan majlis ini PERCUMA (Gratis) ??. Sebabnya, kami ingin melihat komitmen anda terhadap perkembangan Symbian di Malaysia. Dan yang paling penting: HANYA MEREKA YANG BERDAFTAR SAHAJA YANG AKAN MENERIMA ‘BUNGKUSAN CENDERAMATA’ KHAS SYMBIAN FOUNDATION DAN SYMBIANKU.COM pada KLSS nanti. Ya, kami tidak berbohong disini apabila menyatakan yang Symbian Foundation telahpun mengirimkan cenderamata rasmi seperti pen & buku nota dan lain-lain barangan untuk 20 PENYERTAAN PERTAMA peminat-peminat Symbian di Malaysia. Dengan ini saya mengucapkan TAHNIAH kepada L4N kerana kesanggupan anda menghadiri KLSS ini nanti selain menjadi peserta pertama yang akan ‘bergaya’ dan ‘poyo’ dengan barangan cenderamata dari Symbian Foundation (dan Symbianku.com)!

Baiklah. Ini adalah tentatif maklumat tentang KLSS#1 untuk anda:

  • Tempat: KELANTAN DELIGHTS, 1-5, Level 1, Sooka Sentral, Jalan Stesen Sentral, 50470 Kuala Lumpur
  • Tarikh: February 10th 2010 (Rabu)
  • Masa: 5.00 petang – 7.00 malam
  • Siapa Yang Patut Hadir: (1) Pengguna Symbian, (2) Pembangun Perisian Symbian, (3) Penggemar dan ‘Pejuang’ Symbian
  • Apakah Agendanya: (1) Bertukar-tukar pandangan mengenai Symbian, (2) Makan dan Minum petang bersama kami, (3) Berkenalan dan Bermesra!
  • TAJUK / TOPIK: (1) Bagaimana Untuk Memperkenalkan Dan Mencipta Kesedaran Orang-ramai Tentang Sistem Operasi Symbian di Negara Kita. (2) Pembangun Perisian Symbian Nusantara: Idea-idea Bernas Yang Boleh Ditukarkan Menjadi ‘Perisian Symbian Masa Hadapan’ Untuk Malaysia dan Asia Tenggara.
  • Siapa Lagi Yang Akan Hadir: (1) Ceo, RSEVEN.COM,  (2) K. Kugan, Malaysian Wireless, (3) Mohd. Adli Ayob, SYMBIANKU.COM, (4) Asri al-Baker, I-SYMBIAN.COM & SYMBIANKU.COM,  … dan ramai lagi!

Maklumat lain tentang KLSS #1, Kelantan Delights, 10/2/2010:

  1. KLSS bersifat SANTAI dan tidak formal. Sesiapa pun boleh menyertainya!
  2. ‘Goodies’ atau cenderamata Symbian Foundation adalah TERHAD kepada 20 penyertaan pertama sahaja!
  3. Penyertaan KLSS adalah PERCUMA. Namun segala makan dan minum yang anda pesan (order) mestilah anda tanggung sendiri :)
  4. Founder Symbianku.com (En. Mohammad Adli Bin Ayob) akan menyampaikan persembahan slaid ‘Pengenalan Kepada Symbian dan Pengaturcaraan Symbian’ pada KLSS nanti.
  5. Maklumat FACEBOOK tentang KLSS ada di SINI: http://www.facebook.com/event.php?eid=307303652183&ref=nf
  6. Jika anda menggunakan TWITTER, sila perhatikan ‘hashtag’ #klss
  7. Jika KLSS#1 ini berjaya, ia akan disusuli dengan KLSS yang seterusnya.
  8. Setiap idea yang dikongsikan bersama dalam KLSS#1 ini nanti akan dihantarkan terus kepada Symbian Foundation untuk pertimbangan dan maklumbalas seterusnya. Laporan dari KLSS#1 ini juga akan disiarkan dalam laman-laman web (dan blog) Symbian Foundation.
  9. (Indonesia): Buat bapak-bapak, mas dan mbak di seputar Jakartaraya dan bagian Indo lainnya, kalian juga dijemput datang ke KLSS terutama mereka yang mencintai Symbian. Siapa yang butuh info tentang keberadaan KLSS, langsung aja kirim email kepada adliayob@gmail.com atau teks terus ke nomor 0168270972 (Adli).
  10. (Singapura & Brunei): Juga kepada penggiat dan pencinta Sistem Operasi Symbian (terutama programmer Symbian) di seluruh Singapura & Brunei, anda dijemput hadir ke KLSS ini untuk bertukar-tukar pandangan mengenai ‘Symbian Ecosystem’ untuk kebaikan bersama.

Untuk menjayakan KLSS ini nanti, KAMI MEMERLUKAN SUKARELAWAN (atau Symbianku Members) untuk melancarkan majlis ini kelak. Dengan itu, saya menyeru kepada L4N, Kerazee Hisham, Yonz, Aril, Manar77, Turborun, Dxplay, Pembeli-pembeli produk Symbianku.com dan lain-lain peminat Symbianku yang tidak dapat saya sebutkan di sini untuk MENGIRIMKAN EMAIL BERTAJUK ‘SAYA MAHU MENJADI SUKARELAWAN KLSSdan anda semua akan mendapat cenderamata KHAS yang tidak boleh anda perolehi kecuali di pejabat rasmi Symbian, di London! Sukarelawan KLSS juga akan membantu Symbianku.com selepas majlis tamat (mula jam 7.00 mlm hingga 9.00 mlm) untuk mengumpulkan idea-idea perbincangan KLSS yang pertama ini.

Suka saya ingatkan disini bahawasanya KLSS adalah bersifat seperti Symbian Foundation itu sendiri iaitu ia ‘open’, tidak sesiapapun yang membiayainya dan ia berkhidmat untuk keseluruhan pengguna Symbian di seluruh dunia. Maka, kepada sekarelawan KLSS, saya meminta anda jangan mengharapkan elaun, bonus, upah, gaji dan honorarium untuk membantu Symbianku menjayakan KLSS yang pertama. Percayalah, tiada sesiapapun yang berada di belakang kami (Symbianku) dan semua yang bakal terjadi di KLSS nanti adalah hasil usaha saya, Asri dan ANDA selaku penggerak Sistem Operasi Symbian untuk masa depan Malaysia & Nusantara! Kalau KLSS#1 berjaya, maka kita akan susuli dengan KLSS yang seterusnya!

Saya tahu hari dan masa yang dipilih adalah pada hari bekerja (weekday) dan bukannya hari minggu (weekend). Dengan itu saya harapkan anda benar-benar bersedia (dengan mengambil cuti ker, kerja separuh hari ker, mengular ker) untuk menyertai KLSS ini nanti.

Untuk maklumat lanjut tentang KLSS, sila klik pada pautan ini: http://www.i-symbian.com/the-first-kuala-lumpur-symbian-stammtisch/

JUMPA ANDA DI SANA!!


Blog Widget by LinkWithin