logo
29
Jun

Kenyataan Rasmi Yayasan Symbian Berkenaan Peralihan Nseries ke MeeGo

Written by asri. Posted in Berita Symbian


1. Isu ini telah diperdebatkan dengan hangatnya oleh penulis-penulis blog dan laman-laman sesawang terutama mereka yang mensensasikan segala berita berkenaan Symbian, serta Nokia.

2. Pada hakikatnya, Nokia telah menyatakan keinginan ini semenjak penghujung tahun lepas (2009) lagi ketika Capital Market Day.

3. Keputusan ini bukanlah sesuatu yang mengejutkan bagi mereka yang mengambil tahu berita Symbian semasa, tetapi bagi mereka yang kurang mengambil tahu mengenai perkembangan teknologi mudah alih, ia dianggap sebagai satu langkah untuk membunuh Symbian.

4. Sebagaimana yang kita tahu, telefon pintar Nseries dalam keluarga Nokia selama ini, telah dikeluarkan untuk menjadi peneraju (flagship) dan meletakkan teknologi-teknologi yang terbaru serta memfokuskan kepada pengalaman terhebat dalam multimedia. Lihat sahaja kepada kejayaan Nokia N95-classic beberapa tahun dahulu.

5. Apabila Nokia memberi isyarat bahawa Nseries akan difokuskan kepada MeeGo, sebenarnya, ia adalah satu langkah yang bijak kerana Symbian akan terus dibangunkan dan diletakkan dalam keluarga telefon pintar yang mampu milik. Apa gunanya membangunkan peranti yang canggih tetapi tiada siapa yang mampu membeli kerana harganya terlalu mahal?

6. Faktor capaian yang meluas adalah sangat penting dalam keputusan yang dibuat kerana sebagai sebuah entiti bisnes, pastinya Nokia ingin membuat untung yang banyak. Pemegang-pemegang saham Nokia tidak akan berpuas hati sekiranya pencapaian Nokia tidak memberangsangkan di pasaran telefon pintar sedunia.

7. Dengan asakan kiri, kanan, atas, bawah, depan, belakang, luar dan dalam, Nokia perlu memberi respon terhadap produk-produk yang dikeluarkan oleh pesaingnya terutamanya dari Apple (iOS), Blackberry dan Google (Android).

8. Mengambilkira platform MeeGo yang masih segar, serta paduan antara Nokia dan Intel dalam membangunkan intipati MeeGo itu sendiri, adalah menjadi satu kelebihan kepada Nokia untuk mengasingkan telefon berprofil tinggi Nseries kepada MeeGo dan meletakkan sumber yang lebih sepatutnya kepada telefon pintar Symbian.

9. Sebagai pengguna biasa, tiada apa yang perlu kita risaukan kerana Nokia masih membangunkan telefon pintar Symbian, malah akan membangunkan lebih banyak lagi produk berasaskan Symbian kerana sebagai sebuah sistem operasi pintar, kematangan Symbian tiada tolok bandingnya.

10. Walaupun Nseries bakal menggunakan MeeGo, dan bukan Symbian, tetapi Xseries, Cseries, dan Eseries masih tetap memiliki produk-produk Symbian yang pelbagai.

11. Dan bukan Nokia sahaja yang menggunapakai Symbian, di Jepun ada syarikat-syarikat seperti SHARP, Fujitsu dan sebagainya yang memang komited dengan Symbian. Disamping itu, Samsung dan Sony Ericsson juga masih menunjukkan minat terhadap Symbian dan bakal mengeluarkan peranti Symbian^3 tidak lama lagi.

12. Yayasan Symbian mengambil langkah tepat dengan mengumumkan pendiriannya dalam hal ini. Berikut adalah kenyataan ringkas Yayasan Symbian :

“Symbian will be working with Nokia to deliver the operating system for all its upcoming Xseries, Cseries and Eseries smartphones. The move to evolve these series demonstrates the global demand for quality smartphones, but at an affordable price. This appetite for smartphones based on the Symbian platform remains undoubtedly high. In Q1, 260,000 smartphones containing Symbian’s software were sold each day. We look forward to continuing to meet this level of demand, while delivering exceptional quality, to such a broad global audience moving forward. We will also be continuing to provide the maximum level of service to all of the device manufacturers who have chosen Symbian for their vast variety of products.”

13. Jadi, pesanan saya kepada para pembaca Symbianku.Com. Jangan kecoh tak tentu pasal dan membawa berita yang kurang tepat. Rujuk dahulu dengan orang-orang yang tahu mengenai kedudukan perkara sebenar seperti dalam hal Symbian, anda boleh merujuk kepada kami di Twitter (@adliayob dan @asrialbaker). Atau menghantar email kepada kami. Jangan cepat terpedaya dengan mainan media yang mengatakan Symbian dah nak mamposlah, Nokia dah habislah… dan macam-macam lagilah…

JADILAH PENGGUNA YANG BIJAK!

- Asri al-Baker

Related posts:

Tags: , , ,

Trackback from your site.

About

SymbianKu.Com : Blog Symbian Malaysia adalah satu-satunya blog yang didedikasikan khas untuk pengguna Symbian di Malaysia dan Nusantara serta Alam Melayu - dalam Bahasa Melayu!

Pilih Kategori

Switch to our mobile site