logo
15
Dec

Kenapa Semua Orang Sibuk Dengan Skrin Sentuh?

Written by asri. Posted in Cakap-Cakap Symbian


1. Trend telefon dewasa ini, ialah skrin sentuh. Telefon pintar dan telefon dungu, boleh dikatakan sekarang ini, memasuki era yang kesemuanya kalau boleh, ingin diletakkan skrin sentuh.

2. Sekiranya sesebuah telefon itu baru diumumkan dan ia tidak memiliki skrin sentuh, ia dilihat sebagai tidak mengikut trend, tidak modern, tidak ”cool” dan pelbagai ”tidak” lagi.

3. Tetapi dalam keghairahan pengguna membeli segala-galanya yang memiliki skrin sentuh dan juga ketamakan pengeluar telefon bimbit mengeluarkan begitu banyak model telefon yang menggunakan teknologi skrin sentuh yang pelbagai, patutkah anda juga memiliki sebuah telefon yang berskrin sentuh? Patutkah?

Ericsson R380

4. Jika dilihat beberapa tahun kebelakangan ini, fenomena skrin sentuh dalam telefon digembar-gemburkan oleh media dengan keterlaluan sehinggakan saya rasa mual apabila membaca kenyataan-kenyataan seperti :
- iPhone adalah telefon pintar pertama yang memiliki teknologi skrin sentuh yang amat canggih hinggakan anda boleh menggunakan dua jari anda untuk membesarkan dan mengecilkan gambar.
- iPhone menggunakan teknologi skrin sentuh yang dipanggil ”capacitive” iaitu skrinnya mengesan haba. Anda tidak memerlukan ”stylus”!
- Nokia 5800 Xpress Music adalah telefon pintar pertama dari Nokia yang menggunakan skrin sentuh!!!

Nokia 7700

5. Kenyataan-kenyataan diatas ternyata amat dangkal dan tidaklah begitu memberangsangkan pun sebenarnya, malahan ada yang tidak betul sama sekali :
- Teknologi skrin sentuh dalam telefon pintar bukanlah baru, malahan ia sudah diperkenalkan seawal tahun 2001 oleh Symbian. Telefon pintar Symbian yang pertama di dunia iaitu Ericsson R380 sudah menggunakan skrin sentuh seawal tahun 2001. Telefon pintar Treo 90 oleh Handspring yang menggunakan Palm OS juga sudah menggunakan skrin sentuh pada tahun 2002, jauh lebih awal dari iPhone.
- Ada kekurangan dalam teknologi skrin sentuh ”capacitive” ini iaitu untuk orang yang memakai sarung tangan, ia tidak dapat digunakan. Contohnya oleh orang-orang yang tinggal ditempat yang suhunya dingin kerana salji.
- Nokia 5800 bukan telefon pintar Symbian yang pertama menggunakan skrin sentuh oleh Nokia. Saya ulang, BUKAN yang pertama. Seawal tahun 2003, Nokia telah mengumumkan Nokia 7700 yang menggunakan platform Symbian Series 90, malangnya 7700 tidak dikeluarkan untuk pasaran umum, tetapi penggantinya, 7710, berjaya dikomersialkan pada tahun 2004. 7710 juga menggunakan Series 90 dan adalah telefon pintar Symbian dari Nokia yang pertama menggunakan skrin sentuh yang dikomersialkan.

Nokia 7710

6. Penggunaan teknologi skrin sentuh dalam telefon pintar bukanlah sesuatu yang sangat baru. Ia sudah bertahun-tahun digunakan.

7. Dalam hal ini, elok kita ketahui sedikit sebanyak sejarah industri telekomunikasi mudah alih supaya kita dapat mengetahui kebenaran dan boleh menjawab dengan fakta yang betul apabila ada jiran sebelah yang baru pakai iPhone dan mendabik dada mempercayai fakta karut bahawa iPhone adalah telefon pintar yang pertama di dunia yang menggunakan skrin sentuh!

8. Jika dilihat sejarah, Symbian memang dicipta untuk menyokong skrin sentuh kerana asal-usul Symbian iaitu dari sistem operasi EPOC, sememangnya memiliki kapasiti untuk menerima sentuhan.

9. Bagi saya, skrin sentuh dalam telefon pintar amat leceh digunakan. Agak susah untuk mengawal dan mengakses fungsi menggunakan satu tangan. Apatah lagi untuk memasukkan teks. Sebagai seorang yang bergerak kesana kemari dan menaiki kenderaan awam, skrin sentuh amat merimaskan saya kerana ia memerlukan saya menggunakan kedua-dua tangan saya untuk menjalankan aktiviti-aktiviti mudah yang saya boleh buat menggunakan 1 tangan sahaja. Sangat merimaskan. Itu belum cerita bab asyik kena lap skrin sebab berminyak dan juga penjagaan yang leceh sebab takut calar. Saya bukanlah membenci teknologi skrin sentuh ini tetapi saya rasa, kita semua terlalu banyak dimomokkan dengan propaganda yang tidak benar.

10. Memanglah tidak dapat dinafikan bahawa dengan skrin sentuh, sesebuah peranti pintar itu nampak canggih, nampak hebat dan nampak ”WOW!”. Tapi untuk kegunaan mudah, tidak sama sekali.

11. Pada pendapat saya, sebuah telefon pintar yang benar-benar hebat, dan boleh digunakan pada bila-bila masa, adalah telefon pintar yang memiliki GABUNGAN keypad, QWERTY keyboard, dan skrin sentuh yang memberi alternatif kepada pengguna untuk memilih dan menggunakan cara yang disenanginya untuk mengakses fungsi-fungsi telefon pintar tersebut. Contohnya seperti Sony Ericsson P990. Malangnya, tidak ada telefon pintar lain yang padat (compact) seperti Sony Ericsson P990 yang dikeluarkan pada hari ini.

Sony Ericsson P990

12. Cakaplah apa pun mengenai kehebatan atau kebaikan skrin sentuh. Bagi saya, belum ada teknologi yang dapat menggantikan keypad dan QWERTY untuk memasukkan teks dengan baik dan pantas.

13. Pada hari ini, walaupun semua org sibuk memperkatakan mengenai skrin sentuh dan semua pengeluar berlumba-lumba mengeluarkan model skrin sentuh, saya yakin, berbilion lagi manusia di atas mukabumi ini yang memilih untuk menggunakan keypad dan merasa butang fizikal.

14. Dalam hal inilah, kekuatan sistem operasi pintar Symbian mengatasi sistem operasi yang lain. Symbian boleh dikonfigurasikan dalam bentuk yang pelbagai untuk menggunakan skrin sentuh mahupun tidak.

15. Anda bagaimana? Adakah anda seorang peminat skrin sentuh? Ataupun anda seperti saya, yang meminati keypad & QWERTY? Kongsikan pengalaman anda disini.

- Asri al-Baker

Related posts:

Tags: , , , , , , , ,

Trackback from your site.

  • dzqwr

    saya setuju dengan anda. sama dengan kes notebook. kalo tidak, dah lama tablet pc dah beat ordinary notebook dengan touchscreennya. tapi dari segi praktikaliti, tak praktikal langsung.

  • HISHAM

    @En. Asri

    Saya suke berSMS.Sejak gune E71, sy dah mmg penggune dan pencinta tegar QWERTY keypad secara total.Bile gune N73,rase cam terhegeh2 je menaip (ayat x sedar diri).Klu sy tau,dr dulu sy dah gune phone yg di lengkapi QWERTY.

    Mcm sy ckp dulu,rakyat Malaysia ni mewah dan suke benda2 yg konon2nye canggih sngt.walhal kite penggune Symbian lebih jauh kehadapan.

    Contoh senario : Kawan sy yg menggunakan Iphone terpinga2 bile sy berjaya mem”blacklist”kan panggilan beliau gune n73 sy.puas beliau cube mendail,harem asik kene reject “Camane kau bwt aaaa?” kui kui kuii!

  • shinpeng

    Heh! Skrin sesentuh saiz skrin besar syok sikit nak surf internet dgn tgk movie….. Aku kalau boleh nak tukar 6220classic aku ni. Hp ni khas surf tenet, download, modem je tak byk pakai keypad, tp masih takde yg berkenan dihati… Samsung omnia hd plk berkenan tp regenye plk tak berkenan…
    Tp kalau sms, call, menaip keypad fizikal masih berkenan dihati…

  • http://www.uiqblog.com asri

    @Hisham,

    1. Hahaha!!! Betul la tu… QWERTY memang best.

    2. Mana ko pegi aaa? Lama tak muncul?…

    3. Jangan lupa klik iklan yang dipaparkan di atas setiap post. Sumbangan anda amat kami hargai.

    4. Kalo boleh, 1 hari 1 klik. Hahahah!!!

    Trimas!

    - Asri al-Baker

  • HISHAM

    @En Asri

    Saya ade je En Asri.cume agak bz sket dgn tugas2 harian yg makin bertambah.

    Tapi sy still x penah lupe berkunjung setiap hari di Symbianku.com ni.Almaklum,teknologi Symbian ni sentiasa update.ade je benda baru yg dipaparkan kat sini.Rugi x amik tau.

    X terbayang hidup tanpa teknologi Symbian dan laman Symbianku.com!

  • http://www.symbianku.com asri

    @shinpeng

    1. kalau nak puas hati surf internet & tengok video, pakai laptop ;-)

    2. apasal surf internet pakai komputer & laptop tak pakai skrin sentuh tapi orang tak komplen? :-P

    3. lain orang lain kegunaannya. telefon pintar namanya pun telefon, mestilah ada kekurangannya.

    4. disinilah kita perlu mengambil jalan ”kompromi” atau bertolak ansur dan menerima kelemahan peranti yang kita pakai.

    5. bagi saya, melayar internet menggunakan skrin sentuh amat leceh. susah nak klik kat link. nak skrol atas bawah pun leceh. keypad jugak best untuk general browsing. contoh yang paling baik, menggunakan Opera (Mini & Mobile) pakai keypad lagi senang nak navigate sebab ada keypad shortcuts. kalau pakai skrin sentuh, banyak sangat menunya.

    6. apa-apa hal pun, citarasa peribadi. takde yang betul ataupun yang salah ;-)

    - asri al-baker

  • shinpeng

    Laptop pun tarak camne nak bawak T_T
    dahla keje kat stesen myk takleh curi2 nak surf internet kalau pakai laptop….
    Qwerty keypad plk memang tak biasa sb tak pernah guna taip kat keyboard pc pun terkial2

    apa2 pun aku nak try pakai handphone skrin sesentuh sb tak pernah guna…. Tp kalau boleh handphone tu kena ada keypad biasa gak….

  • along

    1.Ikut keperluan, kalau kerap guna aplikasi internet dan messaging, dan juga ‘lasak’, better guna yang ada keypad fizikal, cepat, tepat, ringkas :D

    2.Saya rasa keypad alphanumeric virtual pada symbian s60v5 sudah cukup baik bagi menggantikan keypad fizikal dan boleh dikatakan mudah dikendalikan. Keypad qwerty virtual pula amat leceh kerana saiz-saiz ‘key’ yang kecil. (iphone rasanya tiada keypad alphanumeric utk taip text, x tau la status skrg mcm mana, dh upgrade atau ada 3rd party software ke)–ini satu kelebihan berbanding iphone :)

    3.Ada 2 perkara yang bagi saya kurang ‘praktikal’ pada virtual keypad symbian s60v5: PERTAMA-kedudukan ok button(bersimbol ‘right’) dibahagian atas sebelah kiri(alphanumeric keypad mode) yang agak ‘kurang selesa’ jika menggunakan sebelah tangan untuk menaip. KEDUA-’Popup virtual keypad’ itu sendiri yg menyebabkan perlu tekan beberapa kali utk tujuan menaip dan mendapatkan text(1.tap utk menaip>2.menaip>3.ok button[utk sahkan text yg ditaip])
    **Macam mana nak letak gambar dalam comment?

    Sekian

  • http://www.uiqblog.com asri

    @along

    1. nak letak gambar dlm komen pakai tag ni :

    [img src="URL"]

    ** gantikan [ dengan < dan ] dengan >

    2. gambar tu hendaklah dipindahnaikkan ke server dulu, contohnya macam picasa ke, imageshack.us ke.

    3. dalam ruang “URL” tu, masukkan alamat gambar yang telah dipindahnaikkan ke server dengan penuh. Contoh http://www.i-symbian.com/images/along.jpg

    OK?

    - asri al-Baker

  • http://www.symbianku.com adliayob

    Aduh makkk…..

    Ramai sangat komen pasal touchscreen nih. So, terpaksalah saya cerita sikit pasal pandangan saya. (Apa pandanganmu? pandangan saya kabur-kabur hehehe).

    1. Sewaktu Sony Ericsson P800 dikeluarkan, saya telahpun mencuba telefon ini. Disebabkan saiznya yang besar dan mahal, saya tak jadi beli sebab tak cukup duit. Touchscreen pada P800 adalah lagenda Symbian.

    2. Motorola A1000 merupakan Symbian ‘touchscreen’ pertama yang saya gunakan (walaupun kawan yang punya) dengan bersungguh-sungguh (secara intensif). Dan kalau anda betul-betul perhatikan, A1000 sebenarnya mirip sangat (dari segi design) kepada S60-5th sekarang. Tak banyak butang pada telefon ni, hanya sebuah skrin yang besar menghiasi bahagian pemukanya.

    3. Sony Ericsson P990i juga adalah lagenda. Serupa macam apa yang Asri katakan, ia memberi pilihan kepada pengguna samada hendak menggunakan ‘touchscreen’ atau tidak. Ramai orang sekeliling saya menggunakan telefon ini.

    4. Nokia 6780 merupakan Symbian pertama Nokia untuk UIQ2.1. Ianya touchscreen (dan menyebabkan ramai kawan-kawan saya menjualnya semula ke kedai kerana tak reti nak guna telefon ni. Heheheh). Saya juga sukakan telefon ini sebab ia Symbian.

    5. Sony Ericsson P1 …? tak payah cakap lah. Masih menjadi pejuang UIQ3 sehingga sekarang. Ada WIFI dan RAM yang tinggi. Juga QWERTY keyboard.

    6. Sony Ericsson W960. Symbian ‘touchscreen’ pertama yang saya beli dengan duit saya sendiri. Mahal juga masa tu, tapi dah gila Symbian kan? So, sampai sekarang pun saya masih lagi menggunakannya selaku ‘main-phone’ saya (saya tak boleh hidup tanpa SCRIBBLER) hehe. Telefon ini telah mampu menggantikan ‘buku nota kecil’ yang sentiasa berada di poket baju saya.

    7. Setakat ni, dah masuk hari ke-3 saya mencuba SAMSUNG OMNIA HD. Ia milik kawan baik saya dan dia beli pun, atas nasihat saya jugak. Banyak juga model S60-5th yang telah saya cuba, tapi disebabkan ia menggunakan ‘capacitive’ screen, ia sangat responsif dan sehingga kini kawan saya berpuas hati (walaupun pada mulanya beliau tak yakin dengan Samsung walaupun berkali-kali saya explain yang telefon itu ialah Symbian). Telefon ini berjaya menggantikan Nokia E90 miliknya yang baru sahaja jatuh ke laut pada minggu lepas. Kata beliau sebentar tadi: ‘Betul-betul telefon ni macam Nokia lah Adli’.

    Jadi, apa pula komen saya secara peribadi?

    Saya banyak menghabiskan masa saya di laut. Dalam ertikata lain, kerja saya sangat LASAK. Bayangkanlah jika terpercik air laut ke skrin w960 saya, apa saya nak buat?… macam biasa… lap, lap, lap sehingga menjadi habit (atau hobi). Mengapa? sebab saya risaukan tentang skrinnya.

    Jadi, apabila ada operasi di laut, saya tidak boleh mengelak untuk menjadikan Samsung Innov8 menjadi ‘main-phone’ saya. Ianya ‘metal’, lasak, kameranya bagus (gambar tidak bergoyang walaupun merakam dari boat yang terhoyong-hayang), mampu beraksi lasak (pernah jatuh ke lantai platform laut 3 kali) dan yang paling penting, saya tidak perlu lagi mengambil berat sangat tentang keadaan skrinnya.

    Kepada sesiapa yang masih lagi tidak mengetahui tentang Samsung Innov8 – Ia adalah telefon Symbian S60-3rd Edition yang sangat baik!

    Anda tahu apa yang paling best tadi? Telefon kawan saya di laut (Nokia N86) telah kehabisan bateri dan saya menghulurkan ‘charger’ Samsung Innov8 kepada beliau. Hasilnya? N86 boleh dicharge dengan charger Samsung. Mengapa?… sebab Symbian laaaaa. Heheheh. Hebat kan?

    Saya lebih suka dengan ‘physical keyboard’. Ia benar-benar memberikan kuasa untuk saya menaip dan membalas SMS (walaupun sedang memandu kereta!).

    Dan sejak seminggu ini, saya tidak membawa laptop saya ke laut kerana LG KT-610 sudah berjaya menggantikan tugasan ‘QWERTY’ saya setiap hari.

    LG KT-610 ?? ya.. ianya juga telefon Symbian.

    Selamat datang ke alam pari-pari… selamat datang ke alam Symbian!

    - Adliayob -

  • ami

    slm,saya masih lg setia dengan w960(nak buat mcm mn,tadak modal lg).sdg mncari2 tel yg punya fungsi dan spec mcm nokia e72 tp jenama lain.phyical keyboard lebih dekat di hati dan lbh praktikal.kepuasan menekan keypad fizikal mmg tak bo ditandingi dgn keypad touchscreen.wallahuaxlam…

  • http://ariyon.blogspot.com/ yonz

    Yonz pengguna hp 5800xm yang mmg sah2 fully touchscreen…memula nk beli iphone sbb tngok dia boleh buat flip scroll pada contact dn picture…terasa teruja…sbb dah biasa dgn symbian, keluar pulak yg touchscreen (s60v5)…so pakai la hp nie. Kalau nk citer pasal touchscreen nie mmg tak bleh taip time memandu..comfirm. Respond agak lambat jugak kadang2…tapi bila dah biasa,ok jer…tak penah plak rasa menyesal pakai. Yonz tak berapa suka hp yg terpampang qwerty keypadnya walaupun kita tak guna..itu pasal yon guna touchscreen…bila nak menaip dia keluar keypad…bila buat benda lain keypad menu dia tersorok…Stylus mmg yon tak pakai sbb touch dgn jari pun boleh…permukaan hp mmg penuh cap jari (kata touchscreen)…kena la rajin lap n awal2 lagi dah pasang screen protector…ada salution ker???…bagaimana dgn 'vlingo'….

  • http://www.i-symbian.com Asri al-Baker

    @yonz

    1. Seperti yang telah dinyatakan, ini pilihan peribadi. Takde siap betul ataupun salah.

    2. Suka atau tidak suka QWERTY, itu adalah pilihan pengguna itu sendiri.

    3. Yang penting, selain dari membeli dan pakai, kita kena juga ambil tahu mengenai kecanggihan sistem operasi Symbian yang menguasakan telefon pintar Symbian yang kita guna.

    - Asri al-Baker

  • Azeem

    Butul-Butul…. saya stuju….. keupayaan Symbian telah menyedarkan banyak penggu Iphone yg bukanlah smartphone sangat.

  • nakatsu

    yes sy amat gilakan keypad n QWERTY keypad!!! huhuhu,, harap dapat beli nolia E72 tuuu!!!! haha

  • Gaman80

    Kalau korng da guna benda ni touch screen… Korng akan tahu brtapa hebat nya tel pintar ni… saya memiliki samsung galaxy s 2.. Sangat laju dan pantas ketika melayari fb, mebyr bil elektrk melalui cimb clicks, mengoder barang melalui email dsb. Sbb tel pintar ni ada proseser dan ram mcm komputer. So, ikut kegunaan lah.. Jgn lah anti sangat dgn kemajuan… Tepuk poket tanya budjet.

About

SymbianKu.Com : Blog Symbian Malaysia adalah satu-satunya blog yang didedikasikan khas untuk pengguna Symbian di Malaysia dan Nusantara serta Alam Melayu - dalam Bahasa Melayu!

Pilih Kategori

Switch to our mobile site