logo
11
Oct

Jimatkan bateri telefon Symbian, walaupun pakai Garmin ;-)

Written by asri. Posted in Tips Pengguna Symbian


1.‭ ‬Ramai yang bertanya kepada saya macam mana nak jimatkan bateri apabila menggunakan Garmin Mobile XT dalam telefon pintar Symbian.‭

2.‎ ‏Ini kerana,‭ ‬apabila menggunakan Garmin Mobile XT,‭ ‬bateri telefon pintar Symbian mereka cepat habis.

3.‎ ‏Sebenarnya ada beberapa kaedah yang boleh digunakan untuk menjimatkan bateri apabila menggunakan Garmin Mobile XT.

4.‎ ‏Ini termasuklah mematikan beberapa fungsi tersembunyi yang tidak selalu digunakan.

5.‎ ‏Sebelum saya meneruskan artikel ini,‭ ‬sila rujuk kepada artikel saya bertajuk‭ ‬15‭ ‬kaedah menjimatkan bateri supaya anda lebih mengetahui pentingnya menjimatkan bateri.

6.‎ ‏Lebih elok kalau anda sudah mengikut kaedah-kaedah yang saya sarankan dalam artikel tersebut.

7.‎ ‏Untuk memudahkan anda memahami kaedah yang saya akan kongsi ini,‭ ‬saya akan pecahkan artikel ini kepada‭ ‬3‭ ‬bahagian.‭

8.‎ ‏Sila baca dan buat mengikut turutan.

Bahagian‭ ‬1

1.‎ ‏Pertama sekali,‭ ‬sila lancarkan Garmin Mobile XT dan periksa fungsi ini‭ ‬:‭

Tools‭ ‬-‭ ‬Settings‭ ‬-‭ ‬System‭ ‬-‭ ‬turun bawah‭ ‬-‭ ‬Launch Background Services

2.‎ ‏Tekan Launch Background Services dan anda akan diberi‭ ‬2‭ ‬pilihan.‭

3.‎ ‏Pilih Disabled,‭ ‬lepas tu tekan Done.

4.‎ ‏Bahagian ni dah selesai.‭ ‬Tapi ada beberapa bahagian yang lebih komplikated.‭

5.‎ ‏Tutup Garmin Mobile XT.‭

Bahagian‭ ‬2

1.‎ ‏Pastikan anda sudah memasang perisian seperti Best Taskman atau JBak Taskman.

2.‎ ‏Dalam Option perisian tersebut,‭ ‬ada pilihan untuk melihat proses tersembunyi‭ (‬hidden processes‭)

3.‎ ‏Pergi ke menu hidden processes dan anda akan nampak satu proses bernama TSRAutoStart.exe

4.‎ ‏Kasi bunuh‭ (‬Terminate‭ ‬/‭ ‬Kill‭) ‬sama itu proses.

5.‎ ‏Anda digalakkan untuk membunuh proses itu setiap kali selesai menggunakan Garmin Mobile XT sekiranya proses itu masih berdegil dan tak nak mati sendiri selepas menggunakan Garmin Mobile XT.

Bahagian‭ ‬3

1.‎ ‏Anda memerlukan sebuah komputer serta pembaca kad memori microSD.

2.‎ ‏Cabut kad memori dari telefon pintar Symbian anda dan masukkan ke dalam pembaca kad.

3.‎ ‏Dalam komputer anda, menggunakan pengurus fail‭ (‬file manager‭) ‬kegemaran anda,‭ pergi ke memory card\sys\bin dan cari fail berikut : CardRunner.dll

‎4. Delete fail tersebut.

‎5. Pergi pula ke memory card:\Resource\plugins dan cari fail : CardRunner.RSC

‎6. Delete fail tersebut.

‎7. Prosedur ini adalah untuk mengelakkan Garmin Mobile XT daripada sentiasa berjalan sepanjang masa di belakang tabir walaupun sudah dimatikan.

***Sila beri perhatian, saya menggunakan Crunchbang Linux dan pengurus fail kegemaran saya ialah Thunar File Manager. Sekiranya anda menggunakan Windowz, sila gunakan Windows Explorer (atau perisian yang seumpama dengannya) anda untuk menjalankan aktiviti-aktiviti yang saya nyatakan tadi.

‎Sekiranya anda mengikut prosedur-prosedur yang telah dinyatakan di dalam artikel ini, anda pasti akan mendapat lebih tenaga bateri walaupun anda kerap menggunakan Garmin Mobile XT di dalam telefon pintar Symbian anda.

‎Kalau ada kemusykilan, silalah tanya ye ;-)

Related posts:

Tags: , , , , ,

Trackback from your site.

  • Awang Marjokni, Sandakan.

    Saya telah ikuti langkah2 di atas dan error keluar berulangkali. Error 1: Item long not available. Restore defaults key setting. Error 2: Menu messagginng sentiasa keluar secara tiba2. Error 3: Menu Log juga sentiasa keluar secara tiba2 spt error 2.
    Macamana nak atasi masalah ini.

    Awang Marjokni, Sandakan.
    amett007@yahoo.com.my

  • http://www.i-symbian.com Asri al-Baker

    @Awang Marjokni

    1. Saya kurang faham penjelasan anda.

    2. Sila berikan maklumat yang lebih terperinci seperti :
    - Model telefon
    - Versi Garmin
    - Firmware telefon
    - Komputer yang digunakan
    - Perincian satu persatu proses yang anda ikuti
    - Kalau boleh, sertakan screenshots mengenai ''error'' yang dihadapi

    3. Bantulah kami untuk membantu anda ;-)

    - Asri al-Baker

  • daktaipan181

    very good tutorial bro…..thanks….its reallly works on My nokia e71 (HACK)…THANKS again….

  • daktaipan181

    ha, nak tanya, kalo pakai X-plore je, tak boleh ke bro….cari file tu pakai x-plore, pastu delete je… ok tak?

  • amier

    klu ikutkn mmg lebih mudah delete file tu pkai xplore (bagi pngguna symbian yg advance) bg yg bru brjinak2 dgn symbian ne, sy amat mengesyorkn utk ikut tutorial di atas. Syabas kpd en.asri dn en.adli atas usaha anda mndidik rkyat mlysia tntang pnggunaan symbian.

  • http://www.i-symbian.com Asri al-Baker

    @daktaipan,

    1. apa kata ko buat dulu, try pakai X-Plore, then tanya?…

    2. Tutorial ni untuk orang biasa. Kalo ko rasa diri ko dah pandai, dah advance, boleh buat pakai X-Plore, silakan!

    - Asri al-Baker

About

SymbianKu.Com : Blog Symbian Malaysia adalah satu-satunya blog yang didedikasikan khas untuk pengguna Symbian di Malaysia dan Nusantara serta Alam Melayu - dalam Bahasa Melayu!

Pilih Kategori

Switch to our mobile site