logo
13
Oct

iON Battery Timer – Ketahui Jangkahayat Bateri S60 Anda

Written by asri. Posted in Berita Symbian, Review: Software, Tips Pengguna Symbian


ion000068.jpg ion000069.jpg

1. Versi terbaru iON Battery Timer 1.03 baru sahaja dikeluarkan oleh pembangunnya iaitu Capree Mobile .

2. Apa sebenarnya kegunaan software ni? Bagi saya, ia memberi satu maklumat yang penting kepada pengguna telefon pintar Symbian S60 kerana ia memaparkan baki masa yang tinggal sebelum bateri telefon habis.

ion000070.jpg ion000071.jpg

3. Memanglah semua telefon pintar Symbian mempunyai indikator untuk menunjukkan paras bateri tapi ia terlalu ringkas dan tidak memaparkan maklumat mengenai berapa lama lagi bateri tu boleh tahan.

4. Dengan iON Battery Timer,
anda boleh mengagak baki masa yang tinggal dengan hanya melihat kepada nombor dan icon yang dipaparkan di sebelah kanan atas di Standby Screen, betul-betul bersebelahan dengan icon bateri yang sedia ada. Contohnya 3d 15h menunjukkan bateri masih tahan untuk 3 hari dan 15 jam.

5. Jika anda memerlukan maklumat lanjut mengenai status bateri anda, ia juga boleh dipaparkan dengan melancarkan aplikasi iON Battery Timer. Ia memaparkan bila bateri akan habis, serta berapa lama lagi yang diperlukan untuk bateri ‘discharge’ sepenuhnya.

ion000072.jpg ion000074.jpg

6. Disamping itu, ada satu lagi fungsi iON yang sangat menarik bagi saya. Iaitu screensaver (atau powersaver) yang menunjukkan icon bateri yang besar serta maklumat mengenai bateri serta tarikh. Sangat menarik. Ia jauh lebih baik dari screensaver S60 yang asal.

7. Saya sangat mengesyorkan anda supaya mencuba software ini kerana ia berguna. Harganya pun tak mahal sangat dan anda boleh cuba trial version.

Asri al-Baker

Posted by Wordmobi

Related posts:

Tags: ,

Trackback from your site.

  • http://www.symbianku.com adliayob

    Tak.. tak best. Tak boleh ngam dengan Battery API pada Samsung Innov8 i8510. Software ni gagal untuk Samsung Symbian. Masih menunggu versi yang lebih terkini yang menyokong Innov8.

  • http://www.uiqblog.com asri

    @Adli

    1. La… ye ke? Maybe kena tunggu future version untuk support Samsung S60.

    2. Sekarang ni pun, ia tak support S60 5th Edition. Diorang cakap bulan depan.

    Asri al-Baker

  • HISHAM

    @En.Adli
    @En.Asri

    1.sy dah pasang pd E71.sukses pd part installation.tp still pada status “Calculating in progress..” pd semua menu.ade pop-up td mengatakan kene tunggu drop 1 bar baru iON bleh calculate jumlah baki bateri tersebut.

    2.Sy google kejap td.ade yg claim dah bleh gune pd 5800XM.Wallahualam.

  • http://www.uiqblog.com asri

    @Hisham,

    1. Kalau dibaca manual dia betul-betul, dia ada cakap pasal kena tunggu bateri bar jatuh 2 bar baru dia dapat mengagak (estimate) baki bateri.

    2. Proses nak estimate ni akan memakan masa, mungkin satu jam. Mungkin satu hari. Mungkin 2 minit. Ia mengikut keadaan bateri telefon anda.

    3. Oleh itu, jangan risau. Takde masalah dengan software tu. Ko kena tunggu je sampai keluar nombor estimate dia ok?

    4. Secara rasmi, developer dia cakap support untuk S60 5th Edition akan dimasukkan dalam bulan November. Kalau ada yang dah berjaya pakai kat 5800, eloklah :-)

    Asri al-Baker

  • HISHAM

    @En.Asri

    Kdg2 pelik jgk tngk pengguna Symbian ni kan.Advance btol.Developer sendiri ckp bln November,die plak dah bleh gune kat 5800.hmm…

  • Lan

    @asri – so mcmana? App ni bagus ke x? Maksud aku dari segi ketepatan anggarannya 2. Contoh 3hari 15jam td 2. Betul ke anggaran dia 2?

  • http://www.uiqblog.com asri

    @Lan,

    1. Setakat ni, anngaran tu belum tepat. Menurut website dia, kena makan masa beberapa kali charge dan recharge (2-3 kali) barulah app ni boleh buat anggaran dengan lebih tepat.

    2. Bukan selalu dapat main software yang menarik macam ni, so bila dapat tu, ada rasa macam budak kecik dapat aiskrim jugak laaa sebab design software ni lawa ;-)

    - Asri al-Baker

  • manar77

    Salam…so mcmna nak dpt software ni?

  • http://www.uiqblog.com asri

    @manar77

    1. Sila baca nombor 1 di dalam posting saya di atas. Ada link ke website pembangun perisian ini.

    2. Kalau tak jumpa link tu, ini dia saya tulis sekali lagi :

    http://www.capree.com

    - Asri al-Baker

About

SymbianKu.Com : Blog Symbian Malaysia adalah satu-satunya blog yang didedikasikan khas untuk pengguna Symbian di Malaysia dan Nusantara serta Alam Melayu - dalam Bahasa Melayu!

Pilih Kategori

Switch to our mobile site