logo
21
Mar

Harapan Saya Untuk Symbian^3

Written by asri. Posted in Cakap-Cakap Symbian


symbian3.jpg

1. Secara rasminya, Symbian^3 telah pun diumumkan pada awal bulan Februari 2010.

2. Ia adalah sistem operasi Symbian sebagaimana yang kita kenali, tetapi telah banyak menjalani proses pengubahsuaian setelah ditransformasikan menjadi sistem sumber terbuka.

3. Bukan mudah untuk membangunkan sebuah sistem yang memiliki 40 juta baris kod dan dijadikan sumber terbuka sepenuhnya.

4. Melihat kepada dedikasi yang ditunjukkan oleh Yayasan Symbian dalam hal ini, sebagai seorang peminat tegar Symbian semenjak sedekad yang lalu, saya amat mengalu-alukan pengubahsuaian dan penambahbaikan yang dilaksanakan untuk menjadikan Symbian lebih berdayasaing serta lebih menarik.

5. Selama beberapa tahun semenjak kebelakangan ini, Symbian selalu menjadi mangsa ketidakadilan media dan ramai yang melabelkannya sebagai kolot, tidak menarik, susah untuk digunakan, dan sebagainya.

6. Apa perasaan anda setelah menonton video diatas? Adakah anda rasa teruja ataupun anda tidak perasan perkara-perkara menarik yang dipaparkan?

7. Terus terang saya katakan, saya menjadi begitu tidak sabar dan amat teruja apabila menonton video tersebut kerana kini, apa yang saya ingin lihat berlaku dalam Symbian setelah sekian lama, kini semakin menjadi nyata.

Pemproses berkuasa tinggi dan penggunaan tenaga yang lebih effisien

8. Antara lain, harapan saya semenjak dahulu ialah supaya telefon pintar Symbian yang menggunakan prosessor berkapasiti tinggi serta sokongan grafik yang hebat. Ini kerana walaupun Symbian sudah berada di pasaran sekian lama, masih belum ada telefon pintar Symbian yang menggunakan prosessor berkuasa tinggi. Kebanyakan telefon pintar Symbian dikuasakan oleh prosessor yang berkuasa antara 300 MHz hingga 500 MHz.

9. Dengan Symbian^3, kemungkinan untuk kita melihat telefon pintar Symbian yang menggunakan pemproses 1 GHz seperti Snapdragon dari Qualcomm semakin hampir menjadi nyata.

10. Memanglah, orang akan mengatakan bahawa pemproses 1 GHz banyak memakan tenaga bateri dan apalah salahnya menggunakan pemproses yang berkuasa rendah?

11. Jika dilihat dari sudut dayasaing dan jugak kecanggihan teknologi yang semakin hebat terutamanya dalam industri telefon pintar, meletakkan pemproses 1 GHz dalam telefon pintar Symbian adalah satu langkah yang amat bijak kerana bukan sahaja paparan antaramuka menjadi lebih menarik dan pantas tetapi juga menjadi lebih effisien. Ingat, Symbian adalah sistem operasi mudah alih yang PALING effisien didunia dalam menguruskan tenaga bateri.

Memori rawak (RAM) yang lebih besar

12. Satu lagi harapan saya yang bakal menjadi nyata ialah keupayaan memori rawak (RAM) yang lebih besar. 256MB hingga 512 MB pasti akan menjadi standard dan ini menambahkan lagi kuasa Symbian. Ingat, Symbian adalah sistem operasi mudah alih yang PALING hebat dan effisien didunia dalam pengurusan RAM.

Perisian bina-dalam yang lebih menarik

13. Melalui perbincangan saya dengan beberapa orang pakar dalam dunia Symbian dan juga dengan beberapa orang wakil dari Yayasan Symbian sendiri, saya dimaklumkan bahawa ada beberapa perisian yang telah dibina semula dan diberi nafas baru dalam Symbian^3.

14. Ini termasuklah pemain muzik, pelayar internet, homescreen, messaging dan banyak lagi. Ada seratus lebih perkara baru yang akan menemui pengguna dalam Symbian^3.

15. Pada pendapat saya, Symbian^3 perlu menggunakan banyak perisian baru yang datang bersamanya kerana sudah banyak perisian bina-dalam yang sudah agak ketinggalan zaman. Contohnya seperti pelayar internet. Dalam Nokia N97 Mini contohnya, pelayar internet Web adalah sangat lembab, susah untuk digunakan dan meninggalkan sampah-sarap yang banyak serta tidak effisien dalam penggunaan RAM. Maklumat yang saya terima mengatakan bahawa pelayar internet Symbian^3 bina-dalam bakal menggunakan enjin Webkit yang terbaru dan ia telah dioptimumkan supaya lebih mesra RAM serta antaramuka yang dikemaskini.

Kebolehan menukar “default application”

16. Symbian^3 juga memiliki satu fungi baru yang tidak pernah ada sebelum ini iaitu kebolehannya untuk menukar perisian yang digunakan untuk melaksanakan tugas-tugas tertentu. Contohnya begini :
- Anda memiliki Opera Mobile, Opera Mini, serta Web bina-dalam
- Anda benci dan menyampah dengan Web bina-dalam
- Dengan Symbian^3, anda boleh menukar “default application” untuk melayari internet menggunakan perisian lain iaitu Opera Mobile.
- Ini bermaksud, sekiranya anda menemui pautan (link) ke laman web dalam email anda atau mana-mana perisian lain seperti Note atau SMS, anda boleh klik diatas pautan tersebut dan Opera Mobile akan membawa anda ke laman sesawang destinasi tersebut.

Menarik bukan?

Menyokong perisian Symbian sedia ada

17. Satu perkara lagi yang menjadi harapan saya ialah supaya apabila Symbian^3 berada di pasaran kelak, ia akan menyokong perisian Symbian sedia ada. Ini kerana pada ketika ini, setakat yang saya maklum, Symbian^3 bakal menyokong legasi Symbian OS 9.x dan juga satu ciri baru akan diperkenalkan didalam sistemnya iaitu sokongan Qt runtime untuk menjadi laluan kepada Symbian^4.

18. Ini bermakna, dari segi teori, Symbian^3 masih mampu menerima perisian-perisian Symbian sedia ada serta ia juga menerima perisian-perisian baru yang dibangunkan menggunakan teknologi Qt.

19. Banyak perisian menarik pada ketika ini seperti Gravity, Opera Mobile, X-Plore, Resco Photo Viewer dan sebagainya. Sekiranya perisian-perisian ini tidak dapat dipasang dalam Symbian^3, maka saga agak kecewa.

Antaramuka yang lebih effisien dan sejagat

20. Harapan saya yang seterusnya ialah supaya antaramuka Symbian lebih konsisten dan mantap serta memudahkan pengguna untuk mengakses fungsi dan data dengan lebih pantas dan tepat.

21. Ini juga bakal direalisasikan dalam Symbian^3 dengan penambahbaikan “single tap” iaitu anda tidak perlu menekan dua kali untuk membuka mana-mana fungsi. Segala-galanya akan dapat diakses dengan satu sentuh sahaja. Dan dengan keupayaan “multi-touch” sebenar (capacitive and resistive), Symbian^3 bakal membawa anda ke satu dimensi baru dalam interaksi anda dengan data. Tidak lupa juga, “kinetic scrolling” bakal dijadikan standard dengan kelajuan sehingga 60 FPS (Frame Per Second), ini bermakna, antaramuka Symbian^3 nanti bakal menjadi lebih lancar.

22. Semua ini amat penting supaya Symbian tampak lebih gah dan anggun serta mampu berdayasaing dengan sistem operasi moden yang lain dan anda tidak malu mengaku anda menggunakan Symbian!

Lebih mudah mengakses internet

23. Antara perkara yang menjadi halangan dan cabaran kepada Symbian pada masa ini ialah ketidakupayaannya untuk mengakses internet dengan lebih mudah. Anda perlu mengetahui “Access Point” dan setiap perisian yang perlukan akses internet memiliki “setting”nya sendiri untuk mencapai internet.

24. Harapan saya dalam perkara ini supaya Symbian^3 memiliki satu cara yang memudahkan sesiapa sahaja untuk mengakses internet dan sistemnya hendaklah bijak menukar akses internet daripada selular kepada WLAN sekiranya berada di luar kawasan liputan selular. Pengguna tidak perlu lagi berinteraksi dengan sistem untuk berhubung dengan internet.

25. Ini juga bakal menjadi satu fungsi baru dalam Symbian^3 iaitu kemudahan yang tersedia nanti, bakal menjadikan internet satu perkara yang tidak perlukan anda pening kepala.

Bagaimana dengan anda? Apakah perkara yang anda nanti-nantikan dalam Symbian^3 kelak?

- Asri al-Baker

Related posts:

Tags: , , , ,

Trackback from your site.

About

SymbianKu.Com : Blog Symbian Malaysia adalah satu-satunya blog yang didedikasikan khas untuk pengguna Symbian di Malaysia dan Nusantara serta Alam Melayu - dalam Bahasa Melayu!

Pilih Kategori

Switch to our mobile site