logo
14
Dec

Harap Bersabar – Kami sedang menjalankan kerja-kerja menaiktaraf Blog Symbian Malaysia

Written by asri. Posted in Berita Symbianku


Kepada para pembaca Symbianku.com yang budiman sekalian.

- Symbianku kini menerima kunjungan yang semakin banyak. Terima kasih kami ucapkan kepada anda semua.

- Untuk menampung kapasiti yang besar ini, kami akan menjalankan kerja-kerja menaiktaraf Symbianku.com agar lebih nampak menarik dan professional.

- Jadi, dalam minggu ini (14 – 21 Disember 2009), anda mungkin akan melihat perubahan yang berlaku, serta beberapa hal yang kami akan laksanakan. Dan mungkin juga anda tidak dapat mengakses Symbianku.com langsung.

null

- Harap anda bersabar dan sentiasa menyokong BLOG SYMBIAN MALAYSIA

Adli Ayob & Asri al-Baker

Related posts:

Trackback from your site.

  • lan

    Lawa nampak yg baru ni. Syabas!!!

  • http://www.uiqblog.com asri

    @Lan,

    1. Terima kasih.

    2. Sebenarnya belum siap pun. Masih dalam proses mencuba dan memperbaiki mana-mana kelemahan yang patut.

    3. Kalau dah siap nanti, akan kami umumkan :-)

    - Asri al-Baker

  • amier

    syabas sy ucapkn kpd en.asri & en.adli atas usaha yg serius utk mmperkenalkn symbian pd msyarakat mlysia. sy dh lme ikuti blog tuan & dh promote pd mmber2 yg minat psl symbian..sblum ne diorang xtau pape psl symbian..tp lpas explore blog ne, bru diorang tau ape tu symbian..(smpai ade yg snggup keluar duit smpanan utk bli phone symbian) dari situ mnunjukkn pnerangan tentang symbian dari en. adli & en. asri mampu mnarik minat msyarakat mlysia utk mnggunakn telefon pintar symbian. syabas sy ucapkn.

  • mohd hashril

    salam.patut lah saya x lek akses laman web ni.rupa2nya tengah dinaiktaraf.saya ingat internet saya hang.pepehal pun syabas buat abg berdua.

  • http://www.symbianku.com asri

    @amier

    1. jutaan terima kasih kerana menyokong usaha kecil kami yang tidak sepertinya ini.

    2. tidak ramai yang tahu bahawa Adli Ayob dan saya Asri al-Baker sememangnya meminati Symbian sampai ke tulang.

    3. membuat blog adalah satu kerja mudah tetapi memastikan blog itu hidup dan padat dengan informasi semasa yng menarik amatlah payah dan memerlukan ketekunan serta minat yang mendalam.

    4. banyak masa, tenaga, wang ringgit dan titik peluh yang telah kami curahkan untuk symbianku.com agar ia menjadi blog dan pusat sumber Symbian tersohor di seantero dunia

    5. teruskanlah menyokong kami dan kalau ada duit lebih barang seringgit dua, dermakanlah kepada kami supaya dapat membantu memperbaiki lagi blog ini di masa hadapan ;-)

    Harap maklum,

    - Asri al-Baker

  • mohd hashril

    ye betul tu bang asri.saya akan tetap menyokong blog abg berdua.dan semestinya blog abg berdua adalah blog yg terbaik pernah saya jumpa.the best blog i see.saya harap blog abg berdua ni akan terus berkembang bukan sahaja untuk rakyat malaysia tapi seantero rantau asia tenggara ni. :)

  • mohd hashril

    apa yg dikatakan oleh amer tu betul bang.saya salah seorang yg sanggup mengeluarkan duit beli phone symbian sebab nak belajar tentang symbian ni.

  • http://arib2020.blogspot.com Arib :)

    Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua pengunjung Blog Symbian Malaysia, Symbianku.com yang saya hormati.

    Sudah lama saya tidak menghantar komen di Symbianku.com kadangkala terasa rindu di hati untuk mengarang pendapat di sini tetapi akibat kekangan masa saya yang agak padat, akhirnya hari ini saya dapat mencoret coretan pandangan saya lagi untuk Symbianku.com

    1. Berbalik kepada tajuk entri ini, Symbianku.com telah banyak memberi ilmu dan manfaat yang banyak tentang Symbian kepada kita semua terutama rakyat Malaysia di mana kandungannya dalam bahasa ibunda kita, Bahasa Melayu.

    2. Bukan setakat faedah juga yang kita dapat dari Symbianku.com ini malah perkhidmatan yang disediakan seperti penjualan telefon pintar Symbian dan Kedai Symbian juga amat baik.

    3. Kini, En. Asri serta tidak lupa juga En. Adli Ayob selaku pengasas Symbianku.com bertungkus-lumus untuk menaik taraf Blog Symbian Malaysia yang satu-satunya blog teknologi Symbian berbahasa Melayu di Malaysia mahupun di dunia.

    4. Dengan ini, saya ingin mengemukakan pendapat saya tentang rekabentuk Blog Symbian Malaysia ini.

    5. Usul yang pertama, Blog Symbian Malaysia sudah bertapak lebih setahun. Ini jelas, Blog Symbian Malaysia telah menerima kunjungan yang ramai sejak ia mula diasaskan dengan domain pembekal blog yang terkenal, WordPress.com. Apa yang saya ingin katakan, Logo Blog Symbian Malaysia perlulah dipertingkatkan kepada yang lebih moden. Rekabentuk Logo Blog yang sedia ada kelihatan seperti berada pada era 90-an. Bukannya apa, kebanyakan laman sesawang pada hari ini telah menukarkan logo mereka yang lebih menarik dan mesra dengan era pada masa kini.

    5. Usul yang kedua saya ingin mengulas rekabentuk laman Blog Symbian Malaysia. Rekabentuk yang terbaru ini agak ‘serabut’ sedikit berbanding reka bentuk yang sebelumnya. Kerana arus permodenan, rekabentuk perlulah ‘simple’ dan menepati Web 2.0. Sebagai blog yang menerima kunjungan tidak kira usia, perkara sebegini perlu dititikberatkan kerana pengunjung daripada golongan muda mungkin agak berasa cepat bosan dengan rekabentuk yang sedia ada. Berbanding golongan dewasa, mereka mungkin tidak kisah asalkan kandungan masih boleh dibaca itu pun sudah cukup. Saya berharap tuan berdua dapat memikirkan rekabentuk yang terbaik dan sesuai untuk semua peringkat umur.

    6. Timbangtaranya saya mengulas rekabentuk Blog Symbian Malaysia di sini untuk meningkatkan lagi mutu dan imej Blog Symbian Malaysia yang dari dulu sehingga kini tidak jemu-jemu memaparkan informasi yang berguna untuk kita semua. Saya ingin memohon maaf jika terkasar bahasa sepanjang saya memberi pendapat saya di sini. Untuk En. Adli Ayob dan En. Asri, tuan berdua telah berjaya menarik minat rakyat Malaysia untuk meminati Symbian dengan lebih dekat lagi. Usaha tuan berdua perlu diteruskan. Terima kasih, Thank You dan Syukran saya ucapkan.

    -Arib Ismail-
    http://arib2020.blogspot.com

About

SymbianKu.Com : Blog Symbian Malaysia adalah satu-satunya blog yang didedikasikan khas untuk pengguna Symbian di Malaysia dan Nusantara serta Alam Melayu - dalam Bahasa Melayu!

Pilih Kategori

Switch to our mobile site