Gravity – Aplikasi Twitter Paling Hebat Untuk Symbian S60

1. Twitter adalah sebuah perkhidmatan blog mikro yang semakin popular dan mendapat tempat dihati pengguna perkhidmatan Rangkaian Sosial (Social Networking).
2. Kelebihan Twitter berbanding perkhidmatan Rangkaian Sosial yang lain seperti Facebook, Friendster dan MySpace ialah ia mudah, ringkas dan tidak menyerabutkan pengguna dengan iklan ataupun permintaan-permintaan yang tidak relevan.
3. Bahkan, ada yang memberi gelaran kepada Twitter sebagai ” The SMS of the Internet “. Ini kerana Twitter hanya menerima 140 character sahaja untuk anda isikan dalam kotak “update status”.
4. Ada pelbagai cara untuk menggunakan Twitter dalam telefon pintar Symbian anda iaitu sama ada melalui browser S60 bina dalam, Opera Mini atau browser yang lain, juga menggunakan aplikasi pihak ketiga seperti Twim (J2ME), TweetS60 (Native), Twittix (Native) dan Gravity (Native).

5. Jika anda memilih untuk menggunakan browser seperti Opera Mini atau browser S60, anda boleh menggunakan laman sesawang http://m.twitter.com atau laman yang lebih hebat lagi seperti http://dabr.co.uk (iaitu sebuah laman sesawang yang khusus dibina untuk menikmati Twitter daripada telefon mudah alih)

6. Tetapi bagi yang memerlukan Twitter sepanjang masa dan lebih fungsi, saya cadangkan anda menggunakan Gravity. Ia adalah aplikasi Twitter yang paling hebat untuk S60 pada ketika ini kerana ia memiliki banyak ciri penting yang tidak ada pada aplikasi yang lain.
7. Antara lain, Gravity membolehkan anda mengikuti rakan-rakan anda, serta memindahnaik gambar ke Twitpic dan MobyPict serta pelbagai perkhidmatan yang menyokong Twitter yang lain.
8. Selain itu, anda juga boleh menghantar dan menerima pesanan terus (direct messages) di dalam Gravity tanpa perlu menggunakan aplikasi lain.
9. Gravity juga boleh dibiarkan terpasang di belakang (running in the background). Apabila anda menerima “Tweet” baru, anda akan diberitahu dengan bunyi yang telah anda tetapkan.
10. Salah satu fungsi Gravity yang paling saya suka ialah fungsi cariannya yang membolehkan saya mencari apa saja “Tweet” yang telah diposkan. Ia sangat berguna untuk mencari maklumat dengan pantas.

11. Gravity juga sebuah aplikasi yang fleksibel iaitu ia boleh dikonfigurasikan dalam beberapa bentuk mengikut kesesuaian pengguna seperti fungsi skrin penuh, menukar theme menjadi warna gelap atau terang dan juga menghidupkan fungsi foto profile pengguna atau tidak.

12. Anda seorang pengikut Twitter? Bagaimana anda melayani ketagihan Twitter anda ketika tidak berada di hadapan PC? Apakah aplikasi Symbian S60 yang anda gunakan untuk mmemasuki alam Twitter?
*** Diposkan menggunakan Wordmobi
Related posts:
Tags: E52, Nokia, S60-3rd, S60-5th, Samsung, Symbian, tutorial

November 9, 2011: [Naik-Taraf] Opera Mobile 11.5 dan Opera Mini 6.5
November 9, 2011: Produk Symbian-Accenture Yang Akan Datang!
November 5, 2011: UC Browser Pelayar Web Yang Hebat!