GPS & Garmin Makan Kredit?
1. Dalam tempoh setahun yang lepas, Symbianku.com telah menyiarkan banyak artikel berkaitan dengan GPS, A-GPS dan Garmin Mobile XT untuk tatapan anda. Kepada sesiapa yang terlepas peluang untuk membacanya, sila KLIK pautan yang telah disediakan di bawah ini:
- a. Tutorial GPS: http://www.symbianku.com/tutorial-gps/
- b. Assisted GPS: http://www.symbianku.com/samsung-symbian-g810-assisted-gps/
- c. Cara menggunakan Garmin Mobile XT: http://www.symbianku.com/sesat-di-hari-raya-tidak-mengapa-garmin-ada/
- d. Kaedah menjimatkan bateri Symbian: http://www.symbianku.com/15-kaedah-untuk-menjimatkan-bateri-telefon-pintar-symbian-s60-anda/
2. Ramai juga yang telah menghubungi saya melalui telefon, sms dan email kerana untuk bertemu dan seterusnya mengalami sendiri perisian GPS seperti Google Maps, Ovi-Maps dan Garmin Mobile XT ini. Biasanya saya akan mendemonstrasi perisian GPS dan memberikan pandangan kepada mereka. Ada juga yang meminta saya memasangkan perisian Ovi-Maps ke telefon mereka malah ada juga yang meminta alamat perhubungan syarikat-syarikat yang menjual Garmin Mobile XT (Symbian) untuk mereka membelinya dengan secara sah. Kepada mereka saya ucapkan syabas dan selamat menikmati kemudahan teknologi GPS pada telefon pintar Symbian anda.
3. Bak kata seorang peminat fanatik blog ini (En. Zul dari Sarawak): “Tiada gunanya memiliki sebuah telefon Symbian jika tidak dipasangkan dengan Garmin!”
4. Tetapi, ada juga yang memberikan saya maklumbalas negatif terhadap penggunaan GPS/A-GPS pada telefon mereka. Antara maklumbalas yang menarik perhatian saya ialah: “GPS dan Garmin memakan kredit panggilan saya”.
5. Seorang rakan menelefon saya semalam (31/7/2010) dan menyatakan yang bil panggilan (post-paid) beliau mencecah RM200.00 gara-gara kerap menggunakan GPS/Garmin pada telefon Symbian SE Vivaz beliau! Terkejut juga saya kerana RM 200 bukanlah satu nilai yang kecil!
6. Persoalannya, adakah BENAR dakwaan sesetengah sahabat kita tentang kos penggunaan yang tinggi jika mengaktifkan kemudahan GPS pada telefon Symbian?
7. Untuk mencari bukti yang sahih dan memberikan penjelasan terperinci terhadap permasalahan ini, saya telah mengendalikan sendiri satu uji-kaji GPS/A-GPS/Garmin Mobile XT pada telefon Symbian saya (Samsung i8510 Innov8) dan saya SENGAJA menukar ‘profile’ telefon kepada OFFLINE. Saya juga mengosongkan kredit saya ke tahap 15sen. Hasilnya adalah seperti gambarajah di bawah ini:

8. Ternyata untuk menggunakan GPS dan Garmin, tidaklah seperti yang kita semua sangkakan. Baki kredit saya masih lagi 15sen selepas saya menggunakan GPS/Garmin selama 21 minit.
9. Namun, seperti yang telah saya nyatakan pada artikel sebelum ini, apabila anda menggunakan kemudahan A-GPS pada telefon, ia memang memakan kredit sebanyak 20sen hingga 40sen untuk setiap kali A-GPS diaktifkan.
10. Fakta 20sen-40sen ini juga menunjukkan yang dakwaan sesetengah pengguna bahawasanya kredit mereka dihabiskan secara banyak (hingga mencecah RM 200) adalah tidak benar sama sekali.
11. Mungkin juga sesetengah pembaca akan mengatakan yang ‘ujikaji ini menggunakan Samsung. Cubalah Adli menggunakan Nokia pula. Barulah tahu kesengsaraan kami’. Dan seperti mana yang pernah saya beritahu dahulu, jenama telefon (atau pembuat) adalah tidak kena-mengena langsung dalam menceritakan fitur dan kemudahan sesebuah telefon Symbian. Symbian adalah sistem operasi universal dan tidak hanya eksklusif untuk jenama Nokia sahaja.
12. Maka, saya telah meminjam 2 telefon Symbian Nokia dari rakan-rakan saya (iaitu E71 dan 5800xm). Sama seperti ujikaji Samsung i8510, saya tukar dahulu mode telefon kepada ‘Offline’. Saya juga telah mencabut keluar kad-sim E71 sebelum memulakan GPS/Garmin. Kad sim 5800xm saya biarkan sahaja berada di dalam badan telefon.
13. Perisian Garmin Mobile XT berjaya mengesan isyarat satelit pada kedua-dua telefon ini! Cuma, kedua-dua telefon menunjukkan yang isyarat penerimaan satelit awal hanya dapat dikesan setelah 6 minit perisian dijanakan. Ini membuktikan yang GPS masih lagi boleh digunakan pada kedua-dua telefon walaupun isyarat penerimaan satelit lambat. Keadaan mengesan isyarat satelit jika menggunakan kad-sim (dan A-GPS diaktifkan) adalah dibawah 2 minit.
14. Jadi, mengapa pula sesetengah mendakwa kredit mereka ‘hilang’ dan terpaksa berbelanja besar untuk GPS?
15. Saya rasa kredit telefon mereka hilang kerana masalah-masalah seperti berikut:-
- Terdapat beberapa perisian yang memerlukan sambungan internet secara lalai telah tersambung dan aktiviti memindah-turun data telah berlaku MELALUI sambungan GPRS/EDGE/3G telefon. Kebanyakkan perisian ini adalah perisian ‘Rangkaian Sosial’ yang telah saya huraikan melalui artikel INI.
- Untuk pengguna Garmin, setelah tamat menggunakan perisian tersebut, pengguna TIDAK mematikan servis ‘TS-Autostart‘ dan juga TIDAK membatalkan servis ‘Network Based‘ pada menu ‘Positioning Methode’. Mungkin (ini kemungkinan sahaja!) servis-servis ini (yang mengaktifkan kemudahan A-GPS) masih lagi aktif dan menggunakan kredit pada talian anda.
- Perisian yang digunakan oleh pengguna merupakan perisian yang tidak sah. Sekali lagi ini cuma sangkaan saya sahaja kerana secara tidak langsung, jika menggunakan perisian ‘premium’ seperti WisePilot, Garmin dan Tom-tom, maka ia TETAP menghantar maklumat ke server masing-masing hanya untuk merekodkan log penggunaan anda.
16 Kesimpulannya, cuba tukarkan mod ‘Offline’ sebelum anda menggunakan mana-mana perisian GPS pada telefon anda. Dan jika anda mempunyai kaedah lain atau pandangan yang berbeza, sila kongsikan pengalaman anda dengan menaip komentar pada artikel ini.
17. Semoga anda mendapat manafaat terhadap perkongsian pengalaman saya ini dan ketahuilah, bahawasanya jika anda mengunakan sebuah telefon Symbian ditangan anda, sebenarnya anda telahpun memiliki sebuah peranti moden yang sangat hebat yang MELEBIHI jangkauan anda!
Related posts:
Tags: Garmin, GPS, LG, Nokia, Samsung, Sony Ericsson
Trackback from your site.
-
http://www.i-symbian.com Asri al-Baker
-
Soft Titus
-
Nazmi
-
Guest
-
Paipisan06
-
Awanggq
-
Anonymous
-
http://nurfarhanaabdullah.blogspot.com farhana87
-
Suska_suska

November 9, 2011: [Naik-Taraf] Opera Mobile 11.5 dan Opera Mini 6.5
November 9, 2011: Produk Symbian-Accenture Yang Akan Datang!
November 5, 2011: UC Browser Pelayar Web Yang Hebat!