logo
02
Jul

Google Sync pada Symbian UIQ3

Written by adliayob. Posted in Masalah-Masalah Symbian, Tips Pengguna Symbian


Sejak saya menulis tutorial tentang ‘Backup Semua No. Telefon Anda Di GMAIL’ ramai yang mendapat manafaat dari artikel ini dan tidak kurang juga yang bertanyakan “mana langkah-langkah untuk telefon UIQ3 pula?”

Ya, saya tahu. Tutorial asal tersebut adalah untuk telefon S60-3rd sahaja. Tetapi itu bukan bermakna saya meng’anak-tiri’kan UIQ3. Sebenarnya saya mencari mood yang sesuai untuk menulis dan mood tersebut datang pada hari ini. Kepada yang telah memiliki blog sendiri tentu faham tentang apa yang saya maksudkan.

Menulis di blog adalah perkara seni. Ia semakin rumit jika artikel yang ingin dipersembahkan dibantu dengan grafik, foto atau video. Macam buat lagu juga. Kalau semua lagu-lagu di tulis bagai mi segera, maka melodinya tidaklah cantik. Liriknya juga hancur – silap-silap macam bahasa ‘chatting’ saja bunyinya. Menulis di blog umpama ‘berkarya’. Macam M.Nasir cipta lagu. Dan perlu dipersembahkan dengan dedikasi dan tulus ikhlas. Sama seperti Adibah Noor buat konsert. Perancangan perlu rapi. Menyanyi jangan sampai ‘pitching’ lari. Nabil pun sebelum buat lawak perlu ‘test’ dulu pada kawan-kawannya. Kalau ada yang buat-buat muka ‘sardin’- maknanya tidak luculah tu. Jadi, kepada pembaca yang fikir menulis di blog ini ‘mudah’, saya rasa semua orang akan mempunyai blog sendiri – macam semua orang ada MyKad. Lebih-lebih lagi blog ini didedikasikan untuk topik teknologi Symbian dan ilmiah. Lagilah susah!

Baiklah. Kepada semua pengguna Symbian UIQ3 ikutilah langkah-langkah yang disediakan. Saya rasa tidak perlu lagi diperkenalkan tentang ‘Google Sync’ ini kerana saya telah menulisnya sebelum ini. Pastikan anda telah memiliki AKAUN EMAIL GOOGLE (GMAIL) sebelum memulakan langkah-langkah ini.

gsync-uiq01

gsync-uiq02

Google Sync digunakan untuk proses ‘backup’ nombor-nombor telefon ke internet. Selain cara ini, anda juga boleh gunakan perisian yang dibekalkan pada CD-ROM yang disertakan dalam kotak model telefon anda. Langkah-langkah yang ditunjukkan adalah untuk telefon Symbian UIQ3 sahaja. Untuk Symbian S60-3rd Edition, anda boleh mengikuti tutorialnya di SINI.

Berbanding dengan telefon biasa, Symbian menawarkan lebih dari sekadar berbual dan sms. Sila kirimkan komentar jika ingin berkongsikan sebarang maklumat. Hidup Symbian!

762rftubvs

Related posts:

Tags: , ,

Trackback from your site.

  • mohd hashril

    cepat2.backup lah no telefon ke internet dgn menggunakan google sync masalah untuk membackup phone2 no x menjadi masalah.

  • http://Google.com mar

    Hai En Adli Assalamualaikum ye,
    Moga blog symbianku diberkati dan dirahmati Allah insya-Allah. saya baru je buat sync contact ke gmail, eh eh mudah rupanya ye. kalau lah blog u ni tak de kan fon bimbit kami ni dok gu tu je la. terima kasih banyak en. Adli yang banyak sangat memberi kesedaran dan pertolongan. Jasamu tetap dikenang, symbianku tetap disokong. TAHNIAH !!.

    E90.

About

SymbianKu.Com : Blog Symbian Malaysia adalah satu-satunya blog yang didedikasikan khas untuk pengguna Symbian di Malaysia dan Nusantara serta Alam Melayu - dalam Bahasa Melayu!

Pilih Kategori

Switch to our mobile site