logo
28
Sep

Google Sync – Kini menyokong push Gmail menggunakan teknologi Microsoft Exchange

Written by asri. Posted in Berita Symbian


1. Baru-baru ini, Google dengan rasminya telah mengumumkan bahawa pengguna Gmail kini boleh menguruskan email (push Gmail) mereka melalui telefon pintar Symbian. Sebelum ini, pengguna Google Sync hanya boleh sync Google Calendar dan Google Contacts sahaja.

2. Ini bermakna, anda boleh menikmati teknologi email tolak (push email) tanpa perlu berbelanja besar membeli peranti seperti Blackberry.

3. Untuk menikmati teknologi ini, pengguna telefon pintar Symbian, terutamanya S60, perlu memasang perisian yang sesuai untuk berkomunikasi dengan server Microsoft Exchange kendalian Google, iaitu seperti Mail For Exchange dan juga RoadSync.

google-sync-1 google-sync-2

4. Pengguna-pengguna Gmail dan juga Google Apps for Domains yang sudah menggunakan Google Sync sebelum ini, kini boleh menolak Gmail mereka dengan mengaktifkan email sync didalam perisian Mail for Exchange.

google-sync-3 google-sync-4

5. Untuk mengaktifkan Google Sync dalam telefon pintar Symbian anda, sila lawati laman sesawang rasmi Google Sync.

6. Saya telah mencuba Google Sync dalam E52 menggunakan perisian Mail for Exchange bina dalam (iaitu Email) dan saya berjaya sync data dari akaun Google saya.

google-sync-5 google-sync-6

7. Untuk melihat sejauh mana ia berfungsi, saya menjalankan beberapa percubaan seperti menambah contact dan membuat sedikit temujanji dalam kalendar E52 saya. Beberapa minit kemudian, data yang baru saya masukkan dalam E52 telah berjaya di’synchronise’kan ke dalam Google Contacts dan Google Calendar saya di dalam talian.

google-sync-7 google-sync-8

8. Tetapi, untuk mereka yang banyak menggunakan ‘to do’, ia tidak boleh di’sync’.

9. Walaupun eksperimen saya untuk sync Contacts dan Calendar berjalan dengan jayanya, ada beberapa masalah untuk sync Gmail.

google-sync-9 google-sync-10

10. Masalah yang paling besar ialah email yang dipindahturun hanya sekerat iaitu hanya header sahaja. Kandungan email tidak dipindahturun. Tidak ada cara untuk memindahturun keseluruhan email. Saya harap masalah ini akan diselesaikan seberapa segera oleh Google.

11. Masih terlalu awal untuk menyatakan buruk baik Google Sync dalam keadaannya seperti ini. Mungkin dimasa akan datang ia akan dipertingkatkan dan bertambah baik.

12. Pesanan saya, sebelum anda mencuba ciri terbaru Google Sync ini, back up, back up, back up. Elakkan daripada sakit kepala akibat data anda berterabur!

13. Ada sesiapa yang dah cuba Google Sync ni? Macam mana? Best?

- Untuk Symbianku.Com, Asri al-Baker, 28 September 2009,

Related posts:

Tags: , , ,

Trackback from your site.

  • Helmi

    Saya sebelum ini pakai E66, so Mail for Exhange kena download. Bila test dengan Google sync mmg OK, calendar / email no problem.

    Tapi bila pakai E52 (built in Nokia Messaging), sama issue seperti saudara nyatakan di atas.

  • http://www.uiqblog.com asri

    @Helmi,

    1. Memang masalah ini memeningkan kepala pengguna Nokia Messaging version 2.0 (E75, E52, E55, N86).

    2. Saya ada mendapat informasi yang mengatakan Google Sync (Exchange Server) ni masih belum compatible dengan Symbian S60.

    3. Kita sama-sama tunggu dan lihat

    Cheers!

  • http://www.uiqblog.com asri

    1. Mengikut maklumat terbaru yang saya terima, protokol Exchange Server Google Sync kini boleh juga digunakan dalam telefon pintar UIQ3.

    2. Buat anda yang menggunakan telefon pintar UIQ3, anda boleh sync data Gmail, Google Calendar & Google Contacts anda dengan telefon pintar UIQ3 anda menggunakan perisian Exchange ActiveSync.

    3. Dengan itu, anda akan menikmati sistem push email yang lengkap beserta kalendar dan contact. Tanpa perlu menukar telefon :-)

    asri al-baker

About

SymbianKu.Com : Blog Symbian Malaysia adalah satu-satunya blog yang didedikasikan khas untuk pengguna Symbian di Malaysia dan Nusantara serta Alam Melayu - dalam Bahasa Melayu!

Pilih Kategori

Switch to our mobile site