logo
14
Oct

Furtiv beta – Memudahkan Pindahnaik Media

Written by asri. Posted in Tips Pengguna Symbian


furtiv000096.jpg furtiv000098.jpg

1. Apa itu Furtiv? Dengan ringkas, Furtiv memudahkan anda memindahnaik fail-fail media dari telefon pintar Symbian S60 anda ke laman-laman sesawang popular seperti Facebook, Twitter, Picasaweb dan Youtube.

2. Buat masa ini, Furtiv masih diperingkat beta. Ia masih dalam pembangunan namun menurut pengalaman saya, ia berfungsi dengan sangat baik.

3. Furtiv mengintegrasikan fungsi memindahnaik yang lebih hebat ke dalam perisian Share Online yang ada didalam telefon pintar Symbian S60 Nokia anda.

4. Dengan menggunakan konfigurasi yang telah ditetapkan dalam Furtiv, anda tidak perlu bersusah payah untuk memasang perisian lain untuk berkongsi foto dan video yang diambil dengan telefon pintar anda.

5. Sebelum ini, antara perisian yang terkenal untuk memindahnaik media ialah ShoZu .

6. Anda juga boleh menggunakan cara kuno dengan memindahkan fail-fail media anda ke dalam PC dan memindahnaikkannya menggunakan pelayar web kegemaran anda. Tapi itu sudah sangat ketinggalan zaman.

7. Cara yang paling mudah ialah dengan menggunakan Furtiv. Anda hanya perlu melawat http://furtiv.mobi dan ikut segala arahan mudah yang disediakan.

furtiv000101.jpg furtiv000102.jpg

8. Dalam masa beberapa minit, anda akan dapat memindahnaik foto dan video kegemaran anda ke Twitter, Facebook, Picasaweb dan Youtube.

9. Setiap kali anda ingin berkongsi foto dengan orang lain di internet, anda hanya perlu menekan beberapa butang didalam Gallery S60 anda dan koleksi foto itu akan berada di internet.

10. Satu lagi ciri menarik Furtiv ialah kebolehannya untuk mengesan kedudukan foto diambil (geotagging) iaitu satu fungsi yang ada pada telefon pintar yang memiliki GPS bina dalam. Maklumat GPS itu akan dipaparkan dalam foto anda. 10. Saya menggunakan Share Online dengan Furtiv untuk memindahnaik foto-foto yang saya tangkap menggunakan E52 ke laman Picasaweb saya di http://picasaweb.google.com/albaker.asri

11. Disini dipaparkan Furtiv dalam Share Online beraksi. Saya menggunakan Resco Photo Viewer untuk memindahnaikkan foto melalui fungsi Send – Upload – Picasa Web Album.

furtiv000117.jpg furtiv000118.jpg furtiv000119.jpg furtiv000120.jpg

12. Amacam? Ada sapa sapa yang dah cuba Furtiv? Best?

asri al-baker Posted by Wordmobi

Related posts:

Tags: , , , , ,

  • Lan

    Aku dh try last week. Best, n setup sgt senang xsmpai seminit pun. Aku install youtube n picasa. N berfungsi dgn baik so far. Actually aku mula guna flickr n ovi pun sbb N82 + share online ni. Benda ni membuatkan suma jd mudah. Kamera yg baik n ditambah plak software yg memudahkan kt utk upload pics n video. Benda dh dpn mata so kt gunalah. Furtiv ni menambahkan lg value pd share online n jgk N82 ku yg dh lama ni.

  • amier

    walaweii…! best la furtiv ne..snang ak nk upload gambar kat facebook ;)

About

SymbianKu.Com : Blog Symbian Malaysia adalah satu-satunya blog yang didedikasikan khas untuk pengguna Symbian di Malaysia dan Nusantara serta Alam Melayu - dalam Bahasa Melayu!

Pilih Kategori

Switch to our mobile site