logo
31
Jul

Format Dan Jenis-Jenis Fail Yang Disokong Oleh Peranti Symbian.

Written by adliayob. Posted in Tips Pengguna Symbian, Tutorial Symbian


1. Perkara terpenting dalam pengetahuan mengendalikan sebuah komputer adalah mengenali ‘FILE FORMATS’ untuk sesebuah fail. Misalnya apabila anda menaip sebuah dokumen dengan Microsoft Office, maka fail yang di simpan (SAVE) akan berformatkan *.DOC. Tetapi jika anda menggunakan Word2007, formatnya akan bertukar menjadi *.DOCX. Dengan ini, ia menjawab soalan mengapa fail DOCX tidak dapat dibaca oleh Word2003 kerana ia tidak menyokong format tersebut.

2. Begitu juga dengan fail PDF. Aplikasi untuk membuka fail ini ialah dengan menggunakan Adobe Acrobat (atau Adobe Reader). PDF adalah kependekan bagi ‘Portable Document Format’. Selain Adobe Reader, banyak lagi perisian yang boleh membaca fail PDF ini seperti FOXIT READER 3.0. Pelik juga kan? sebuah fail boleh dibuka oleh aplikasi yang lain?

3. Apabila terdapat dua atau lebih perisian yang boleh membaca / membuka fail yang sama, maka perisian ini disebut ‘perisian pembaca’. Sama halnya dengan sebuah fail audio yang berformat MP3. ‘Perisian Pembaca’ untuk fail MP3 dikenali sebagai ‘Audio Player’. Antara audio player yang terkenal adalah seperti Winamp, QCD, Windows Media Player dan ZINF Audio Player. Maka untuk memainkan fail yang berformat MP3 di komputer, anda MESTIlah memasang salah satu antara perisian yang telah disebutkan.

4. Bagaimana untuk mengetahui FILE FORMATS ini? Mudah sahaja. Buka ‘Windows Explorer’ (atau klik dua kali pada My-Computer), klik pada ‘TOOLS’ kemudian klik ‘FOLDER OPTIONS’. Klik pada tab ‘VIEW’ dan BUANG/HILANGKAN tanda (z-rait) pada pilihan ‘Hide Extensions For Known File Types’. Lihat gambar dibawah ini untuk kefahaman yang lebih jelas.

fileformats01

5. Kemudian cuba buka ‘My-Documents’ anda. Tukar VIEWS kepada DETAILS. Lihat apa yang berlaku. Kesemua ‘file formats’ kini dipaparkan kepada anda! Tidak perasan? cuba lihat betul-betul pada PENGHUJUNG fail-fail tersebut. Ada titik dan kemudian diikuti dengan jenis fail tersebut. File Format juga dikenali sebagai ‘file extensions’. Lihat gambarajah dibawah ini supaya anda memahami apa yang saya maksudkan:

fileformats02

6. Ok! Kita lanjutkan pula dengan memahami sebuah fail yang dinamakan MKV. Fail MKV adalah tergolong dalam kategori ‘Video Files’. Ini bermaksud jika anda terjumpa dengan sebuah fail (contohnya symbianku.mkv) maka fail ini adalah fail video. Untuk membuka fail ‘symbianku.mkv’ ini, anda memerlukan perisian ‘Video Player’ atau ‘Media Player’ seperti Windows Media Player, VLC Player atau KM Player.

7. Tiba-tiba ‘media player’ anda GAGAL untuk memainkan fail ini. Mengapa terjadi sebegini sedangkan anda sudahpun memasang ‘Media Player’ yang terbaru?

8. Jawapannya, komputer anda kekurangan SATU lagi perkara penting untuk memainkan fail MKV. Perkara ini dikenali sebagai CODEC. Untuk itu, anda perlu memindah-turun (download) sebuah lagi perisian yang dinamakan ‘KLite-CODEC’. Codec bererti ‘Coder-Decoder’ yang merupakan ‘orang tengah’ kepada ‘Media Player’ untuk memahami sesuatu format media. Apabila codec telah dipasangkan kepada komputer, maka komputer anda sudahpun boleh membaca fail MKV tadi. Dengan ini masalah anda selesai.

9. Begitu juga halnya dengan masalah fail RMVB, FLV, FLAC, Divx dan Xvid. Jika anda memasang CODEC yang sesuai, maka fail-fail tersebut akan berjaya dimainkan di komputer. Perisian KL-CODEC sebenarnya menyelesaikan banyak permasalahan fail video dan audio. Tetapi terdapat juga perisian ‘Media Player’ yang telah disertakan dengan CODEC seperti ‘Real Player’. Sebagai contoh, sebuah fail (adliayob.rmvb) boleh dibaca dengan Real Player terbaru kerana ‘codec rmvb’ turut disertakan dalam perisian tersebut.

10. Ringkasnya, anda memerlukan 2 perkara untuk memainkan sesuatu fail berformat MEDIA iaitu PLAYER dan CODEC. Hanya setelah memasang kedua-dua perisian ini, barulah MEDIA tadi berjaya dimainkan.

11. Sepertimana yang telah anda ketahui, telefon Symbian merupakan sejenis komputer. Sifatnya terhadap FILE FORMATS adalah sama. Contohnya, sewaktu saya menggunakan Nokia 6600 dan Panasonic X800 dahulu, ‘ringtone MP3′ tidak boleh dipasang kepada telefon-telefon ini hanya kerana kekurangan CODEC.

12. Maka saya pasang ‘MP3 Codec’ kedalam 6600 dan X800 dan hasilnya – ‘ringtone MP3′ tadi berjaya digunakan!

13. Pada masa ini, format video MP4 merupakan ‘standard’ untuk setiap telefon Symbian versi 9.1 ke atas. Format ini menggantikan format 3GP yang kurang bermutu. Selain itu, apabila anda merakam video dengan mana-mana telefon Symbian S60-3rd, secara automatik fail video tersebut terakam dalam format MP4. Ini memudahkan penciptaan VCD yang bermutu tinggi!

14. Masalahnya, apabila fail tersebut dihantar melalui ‘Bluetooth’ kepada telefon yang bukan Symbian (seperti Nokia 6500 Slide), telefon tersebut GAGAL memainkan fail itu! Mengapa ini terjadi? Ini disebabkan telefon yang bukan Symbian kebanyakkannya TIDAK dipasangkan dengan CODEC MP4 pada awal penciptaannya. Paling sedih, anda TIDAK DAPAT LANGSUNG untuk memasang apa-apa codec atau ‘media player’ baru terhadap telefon-telefon ini. Ini kerana ia BUKAN bersifat komputer. Anda tidak boleh memasang apa-apa perisian tambahan terhadapnya. Rugi kan?

15. Untuk menangani masalah ini, anda perlu MENUKAR FORMAT fail MP4 tadi kepada 3GP. Untuk itu anda perlu memindahkan fail ke komputer dan menggunakan perisian ‘Media Converter’ seperti ‘Nokia PC Suite’, ‘Total Video Converter’, ”Video Convert Master’ atau lain-lain perisian. Tukarkan kepada format 3GP dan kemudian fail itu pasti boleh dimainkan pada telefon yang BUKAN Symbian.

16. Terdapat 3 kumpulan MEDIA yang penting untuk telefon Symbian. 3 kumpulan tersebut ialah grafik, audio dan video. Kesemua ‘file format’ yang disokong oleh telefon Symbian ditunjukkan di bawah ini.

fileformats04

17. Namun, ada juga format yang tidak boleh dibaca atau dimainkan oleh telefon Symbian. Misalnya fail AVI-XVID, MPG dan FLV. Untuk menangani masalah ini, anda digalakkan memasang perisian ‘Media Player’ seperti DIVX Player, Smart Movie dan Core Player. Core Player merupakan perisian WAJIB untuk anda miliki. Encik Asri Al-Baker telahpun mengupas tentang perisian ini tidak lama dahulu. File Formats yang disokong oleh Core Player ada beliau sebutkan dalam artikel itu.

18. Bagaimana pula dengan fail-fail dokumen seperti TXT, DOC, XLS, PPT dan PDF? Kesemua model telefon Symbian versi 9.1 ke atas boleh membaca fail-fail ini. Inilah perbezaan dan kelebihan menggunakan telefon Symbian!

19. Artikel ini diterbitkan untuk anda memahami ASAS format sesebuah fail pada komputer. Apabila anda memegang sebuah telefon Symbian, sifatnya tidak lari dari sebuah komputer. Untuk itu anda MESTI memahami betul-betul tentang ‘file formats’ seperti yang telah saya nyatakan.

20. Memang ramai orang tidak memahami ‘file formats’ ini. Masalah akan berlaku apabila anda bertukar fail dengan bluetooth atau memindahkan fail dari komputer ke telefon.

21. Kejadian ‘salah memindahkan fail’ pernah berlaku kepada rakan saya baru-baru ini. Beliau meminjam telefon saya (Sony Ericsson W960) dan kemudiannya memindahkan fail ‘Yuna.m3u’ kepada telefon beliau tanpa memeriksa ‘file format’nya. Akhirnya beliau menyalahkan telefon saya kerana lagu ‘Yuna.m3u’ tersebut gagal dimainkan. Sepatutnya beliau memindahkan fail ‘Yuna.MP3′ dan bukannya ‘Yuna.M3U’. Dengan tenang saya mengutuk beliau dan mendemonstrasikan perkara yang betul. Dipendekkan cerita, lagu ‘Yuna – Dan Sebenarnya.MP3′ berjaya dimainkan pada telefon beliau setelah ‘kenyang’ dengan ‘kutukan’ saya yang berbakul-bakul itu. Format M3U merupakan ‘playlist’ kepada lagu-lagu yang terkandung didalam telefon anda.

22. Selain itu, kriteria dan kaedah pencarian fail pada komputer atau telefon Symbian hendaklah betul dan tepat. Misalnya, jika anda menggunakan kemudahan ‘SEARCH’ pada komputer, pastikan anda meletakkan tanda BINTANG (*) sebelum TITIK dan FORMAT kepada sesebuah fail. Dengan ini anda mudah memperolehi fail yang anda cari. Misalnya, jika anda mencari fail audio pada komputer, taiplah *.MP3 pada ruangan carian. Lihat gambar di bawah untuk anda lebih memahaminya.
fileformats03

23. Kesimpulannya, setiap ‘FILE FORMAT’ mesti memerlukan PERISIAN khusus untuk membaca atau memainkannya. Perkara ini adalah sangat penting dan releven bagi mana-mana OS termasuklah Ubuntu, Mac OSX, Android dan lain-lain.

24. Artikel ini juga menjawab persoalan tentang mengapa virus komputer tidak dapat menerjah masuk ke Symbian dan merosakkan telefon. Ini kerana ‘file formats’ virus (Windows XP) TIDAK DIFAHAMI oleh telefon anda :)

Related posts:

Tags: , , ,

Trackback from your site.

  • mohd hashril

    salam bang adli.bagus abg kupasan isu format file ni bang.biar org tau format2 file dalam phone2 symbian ni.jgn tau beli je.tapi x tau guna.macam mula2 saya guna phone n82 saya.saya cuba masukkan file berformat wmv masuk dalam n82 tapi x dapat support(masa tu saya bengap lagi).tapi baila dah buka website abg ni dan belajar skit dari internet barulah saya tau phone symbian x leh support seratus peratus format yg terdapat dalam komputer melainkan kalau dipasang perisian codec dan player sebagai contoh file berformat avi atau dvix dan wmv serta flv.phone2 symbian x dapat menyokong file berformat camni melainkan dipasang perisian.walaupun ada sesetengah phone symbian ni dah leh support wmv.cth n85 dan ke atas.tapi format2 lain masih belum boleh menyokong.

  • mohd hashril

    macam n82 saya boleh menyokong video berformat seperti yang abg tulis dalam artikel abg yg baru ni.cuma n82 saya boleh memainkan bunyi dari fail berformat rmvd.tapi x dapat menyiarkan gambar atau video dari fail tersebut.sebab baru2 ni saya ambil video naruto format dia rmvd.cuma dapat mainkan suara je tapi x dapat tayangkan video.kena faham format file ni tul x bang.

  • mohd hashril

    kalau audio lak semua yg abg tulis dalam artikel baru abg ni phone saya leh support termasuk file berformat wma(windows media audio).cehh jam riak je.x de lah. :P

  • Eg_oscura

    kalau format melalui internet x bolah kew?

  • http://www.symbianku.com/tutorial-menukar-format-video-dengan-mudah-dengan-format-factory/ Tutorial – Menukar Format Video Dengan Mudah Dengan Format Factory. | SymbianKu

    [...] video kat N8 aku’ tadi, perkara yang sangat penting untuk anda menguasai Symbian ialah dengan memahami format dan jenis-jenis fail yang disokong oleh telefon anda. Begitu juga dengan fail media seperti VOB (dari DVD) yang perlu ditukarkan dahulu formatnya kepada [...]

About

SymbianKu.Com : Blog Symbian Malaysia adalah satu-satunya blog yang didedikasikan khas untuk pengguna Symbian di Malaysia dan Nusantara serta Alam Melayu - dalam Bahasa Melayu!

Pilih Kategori

Switch to our mobile site