logo
05
Nov

Firmware Nokia N97 Versi 2.0 Membawa Banyak Perubahan

Written by asri. Posted in Berita Symbian


1. Kepada pengguna telefon pintar Symbian Nokia N97, anda boleh melompat kegembiraan sekarang kerana Nokia baru sahaja melepaskan “firmware” terbaru versi v20.0.19 pada 27 Oktober 2009 (minggu lepas).

2. Barang harus diingat, firmware baru ini tidak akan menukarkan Nokia N97 anda menjadi seperti iPhone atau HTC Hero ataupun Samsung i8910 OmniaHD. Telefon pintar Nokia N97 anda tetap menjadi N97. Tidak lebih dan tidak kurang.

3. Walaubagaimanapun, seperti yang dijanjikan, Nokia memperkenalkan beberapa perkara baru dalam firmware ini dan ada yang sememangnya ditunggu-tunggu oleh pengguna N97. Antara ciri-ciri baru dalam firmware ini ialah :

- “Kinetic Scrolling” di dalam keseluruhan sistem – Dengan penambahbaikan ini, ia memudahkan pengguna untuk membaca senarai yang panjang. Sentuhan minima diperlukan untuk menarik senarai keatas dan kebawah. Contohnya sewaktu melayari internet menggunakan S60 Web, anda dapat merasakan pengalaman yang berbeza sewaktu membaca laman sesawang kegemaran anda. “Scrolling” menjadi lebih pantas.

- Pengurusan memori rawak (RAM) yang lebih efisien – Walaupun N97 kini hanya memiliki lebihkurang 47MB RAM sahaja setelah diaktifkan, pengurusan RAM yang lebih efisien membolehkan anda melancarkan lebih banyak perisian dan melaksanakan pelbagai tugasan pada satu-satu masa. Ini berbeza daripada firmware sebelum ini yang tidak mampu menguruskan banyak tugasan sekaligus.

- Kelajuan dipertingkatkan. Ramai yang mendapati bahawa firmware 2.0 ini membuatkan N97 lebih laju dalam melaksanakan tugas-tugasnya. Walaupun begitu, hal ini sebenarnya agak subjektif kerana ramai yang masih tidak tahu untuk mengoptimumkan penggunaan N97 dan menyahaktifkan fungsi-fungsi tidak penting seperti kesan khas didalam tema dan banyak lagi.

- Saiz memori simpanan yang lebih banyak di dalam C iaitu lebihkurang 55MB (ataupun memori telefon).

- Keyboard sekarang menyokong 2 jenis input iaitu tekan sekejap dan tekan lama. Sekiranya ia ditekan lama, maka ia akan mencetak abjad alternatif yang berwarna biru.

- Dalam pemain muzik (Music Player), gambar “album art” kini dipaparkan dan ia lebih stabil.

- Perisian kamera dipertingkatkan. Gambar pegun dan video yang diambil kini lebih jelas dan berkualiti

- Nokia Maps kini diganti dengan Ovi Maps versi 3.0

- Skrin sentuh yang lebih responsif dan memiliki tindakbalas yang lebih baik

- Beberapa perisian dalam bentuk “widgets” ditambah masuk

- Banyak lagi penambaikan di dalam sistem yang dimasukkan di belakang tabir

4. Untuk menaiktaraf “firmware” N97 anda, anda boleh melakukannya tanpa menggunakan komputer iaitu dengan memilih perisian “SW Update”. Ia akan menunjukkan anda cara-cara menaiktaraf “firmware” dengan mudah dengan syarat anda berada di dalam kawasan capaian internet melalui WiFi atau 3G.

5. Anda juga dinasihatkan untuk melakukan “backup” kerana proses ini akan memadam segala data di dalam telefon N97 anda. Walaubagaimanapun, Nokia N97 memiliki satu fungsi yang dipanggil “UDP = User Data Preservation” iaitu segala data yang berada di dalam simpanannya akan disimpan sementara untuk dimasukkan semula selepas proses menaiktaraf “firmware” selesai. Walaubagaimanapun, untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku, sila “backup” data anda.

6. Anda juga boleh menggunakan PC untuk melaksanakan proses menaiktaraf “firmware” N97 ini.

7. Jadi, bagaimana? Ada yang sudah menggunakan “firmware” 2.0 dalam N97? Kalau sudah, adakah ia bagus dan berbaloi-baloi?

- Asri al-Baker

Related posts:

Tags: , ,

Trackback from your site.

  • mohd hashril

    wow.akhirnya keluar gak firmware terbaru untuk nokia n97.Maknanya bang asri.firmware terbaru ni.khas untuk nokia n97 je ke atau memang untuk seluruh phone nokia touch screen.maksud saya macam nokia n97 mini,5800xm.senang cerita S60 5th Edition.

  • mohd hashril

    kalau firmware untuk S60 3rd Edition feature pack 2 mcm n86 saya bila nak kuar bang.nanti kalau dah kuar abg gi tau ye bang. :)

  • http://www.uiqblog.com asri

    @hashril,

    1. Firmware ni khusus untuk Nokia N97 sahaja. Bukan untuk telefon pintar S60 5th Edition yang lain.

    2. Kalau ada berita pasal firmware baru N86, E52 dan lain-lain telefon pintar S60 3rd Edition FP2, Insya Allah akan diterbitkan beritanya di blog ini ;-)

    Cheers!

    Asri al-Baker

  • mohd hashril

    ooo camtu.ok bang.thanks.

  • lan

    @hashril – bkn ke N86 br je klr firmware baru bbrp minggu lps? yg ada tmbah face detection 2?

  • ayil

    ye ke bang lan.saya tak tau pulak.version ke berapa ye bang.

  • lan

    Adalah..cuba check kat device manager or NSU. Byk improvement utk camera. Hasil gambar bertambah bagus.

  • ayil

    salam bang lan.memang betul lah bang.ah ada version yg terbaru.saya tgk dalam nokia software update(NSU).yg paling.

  • shah

    askum bang..tnya ckit..dulu firmware 10..sy dh update ke v12..apsal utk v20 takde dlm NSU??

  • AZEEM

    5530XM, 5235, n97, n97 mini, X6, 5230 Semua hp ni ade kinetic scrolling, tp 5800XM xder lah function ni..
    kenape……?????
    Kenape xder!!!!!!

    saye ni asyik2 check latest firmware for 5800XM kat NSU, Bila time nk update firmware x der pon kinetic scrolling?

    kat website bnyk rumours kate nokia akan mereleasekn firmware baru 4 5800XM yg mengandungi
    * kinetic scrolling
    * contacts bars input up to 20 contacts
    * widgets bole letak kat homescreen macam N97
    * New homescreen look + new theme like Nokia 5530XM & Nokia X6

  • Kekosongan

    boleh masuk n97 mini tak firm ni tuan?

About

SymbianKu.Com : Blog Symbian Malaysia adalah satu-satunya blog yang didedikasikan khas untuk pengguna Symbian di Malaysia dan Nusantara serta Alam Melayu - dalam Bahasa Melayu!

Pilih Kategori

Switch to our mobile site