Firmware baru versi 40 untuk 5800
1. Nokia 5800 Xpress Music adalah telefon pintar Symbian pertama yang menggunakan S60 5th Edition (sekarang Symbian^1).
2. Ia telah mula berada di pasaran sekitar awal tahun 2009.
3. Bagi mereka yang memilikinya, 5800 memang sebuah telefon pintar yang berdayasaing walaupun harganya murah. Ini kerana, ia didatangkan dengan pelbagai fungsi hebat seperti GPS, audio jack 3.5mm, accelerometer, kamera 3.2 megapixel dan banyak lagi.
4. Walaubagaimanapun, ada beberapa perkara mengenai 5800 yang membuatkan sesetengah orang menyampah menggunakannya. Dan Nokia sedar mengenai perkara ini lantas telah memberikan “firmware update” Secara percuma untuk menyelesaikan beberapa isu.
5. Firmware Nokia 5800 Xpress Music yang terbaru ialah versi 40. Beberapa perubahan dan peningkatan telah diperkenalkan, iaitu :
◦”Kinetic scrolling” di banyak tempat termasuk dalam Contacts, melainkan Menu utama, menu aplikasi dan pelayar internet
◦Home screen yang menyerupai Nokia 5550 / X6
◦keyboard QWERTY akan dipaparkan secara automatik sewaktu memasukkan teks apabila anda menyendengkan telefon 5800.
◦Ikon-ikon baru “Sharing Online”, “Configuring Accessories”, “Configure Phone”;
◦Perisian “Updating Applications” diberi nama baru iaitu “Upgrade SW”;
◦Perisian “Data Transfer” ditambah di “Settings”
◦Real Player versi baru (12 October 2009);
◦Skrin sentuh lebih responsif;
◦Lebih stabil;
6. Sekiranya anda sudah tidak sabar lagi untuk memberi nafas baru kepada 5800 anda, maka lompatlah ke laman sesawang Nokia untuk memindahturun Nokia Software Updater.
7. Harus diingat, sekiranya anda belum menjumpai Firmware versi 40 untuk 5800 anda, besar kemungkinan ia masih dalam proses untuk di diberikan kepada anda kerana “software update” biasanya akan diperkenalkan secara berperingkat-peringkat dari satu negara ke satu negara yang lain.
8. Anda dah buat? Macam mana? Best tak firmware baru ni?
- Asri al-Baker
Related posts:
Tags: 5800-XpressMusic, Nokia, S60-5th, Symbian, Symbian^1
Trackback from your site.
-
http://ariyon.blogspot.com yonz
-
AZEEM
-
kriel
-
kriel
-
kerazee_hisham
-
kerazee_hisham

November 9, 2011: [Naik-Taraf] Opera Mobile 11.5 dan Opera Mini 6.5
November 9, 2011: Produk Symbian-Accenture Yang Akan Datang!
November 5, 2011: UC Browser Pelayar Web Yang Hebat!