logo
19
Mar

DreamLife Untuk Symbian^1

Written by asri. Posted in Berita Symbian, Uncategorized


1. Salah satu ciri penting dalam telefon pintar pada hari ini ialah untuk menguruskan maklumat peribadi atau lebih dikenali sebagai PIM (Personal Information Management) iaitu termasuklah kalendar, senarai kenalan (contacts list) dan juga senarai perkara-perkara yang perlu dilaksanakan (todo list).

2. Secara asasnya, semua telefon pintar Symbian memiliki fungsi ini secara bina dalam dan tidak perlu perisian tambahan untuk menguruskan data peribadi anda.

3. Walaubagaimanapun, perisian yang terdapat dalam telefon pintar Symbian ini teramat ringkas dan agak kurang sesuai bagi mereka yang inginkan fungsi lebih.

4. Disinilah perlunya sebuah perisian pihak ketiga dan syarikat yang berpengkalan di Australia, bergelar DreamSpring, telah pun mengumumkan perisian terbaru mereka iaitu DreamLife untuk Symbian^1.

01_day_view.png

5. DreamLife adalah sebuah perisian yang menggabungkan fungsi senarai kenalan dan kalendar dalam satu pakej yang menarik dan lebih berkuasa berbanding dengan perisian asas yang terdapat dalam telefon pintar Symbian.

02_business_layout.png

6. Sebelum ini, DreamLife adalah antara perisian wajib yang perlu digunakan oleh pengguna-pengguna UIQ3 yang inginkan kawalan lebih terhadap pengurusan data peribadi mereka.

02_week_summary.png

7. DreamLife telah direkabentuk sebagai sebuah perisian yang memiliki ciri-ciri sebuah perisian pengurusan maklumat peribadi moden iaitu memfokuskan kepada penggunaan dan pemaparan data yang lebih menarik.

04_embeded_day.png

8. Ia telah menjalani proses pembangunan selama berbulan-bulan dan para pengaturcara perisian di DreamLife telah bertungkus-lumus memastikan supaya ia memuaskan hati pengguna

05_2pane.png

9. Walaubagaimanapun, harganya agak tinggi berbanding perisian lain di pasaran. Mungkin hanya mereka yang betul-betul mampu sahaja akan membelinya.

10. Dapatkan maklumat lanjut mengenai DreamLife untuk Symbian^1 dari laman sesawang rasminya : http://www.dreamspring.com/products/dreamlife-for-s60/dreamlife-for-s60.html

Related posts:

Tags: , , ,

Trackback from your site.

About

SymbianKu.Com : Blog Symbian Malaysia adalah satu-satunya blog yang didedikasikan khas untuk pengguna Symbian di Malaysia dan Nusantara serta Alam Melayu - dalam Bahasa Melayu!

Pilih Kategori

Switch to our mobile site