DreamConnect – Pengurus Kenalan Terhebat Kini Boleh Digunakan Untuk S60 3rd Edition

1. Beberapa minggu lepas saya pernah menulis mengenai DreamConnect yang telah dibangunkan untuk S60 5th Edition.
2. Seperti yang dijanjikan, pihak pembangunnya, DreamSpring, baru sahaja mengumumkan DreamConnect versi untuk S60 3rd Edition FP1 dan FP2.
3. DreamConnect membawa pengurusan kenalan (contacts management) di dalam telefon pintar Symbian ke satu dimensi baru kerana ia memiliki ciri-ciri unik yang tidak terdapat pada perisian “Contacts” S60 yang asal (default).

4. Antara lain, DreamConnect membawakan paparan informasi kenalan yang lebih lengkap tanpa perlu menekan menu “Edit”, kebolehan untuk mengkategorikan kenalan dalam bentuk hirarki, carian pantas dan pelbagai lagi.

5. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, sila lawat laman sesawang rasmi DreamSpring.
6. Pada pendapat saya, DreamConnect merupakan perisian pengurus kenalan yang paling hebat dan menarik untuk Symbian kerana saya menggunakannya dalam UIQ. Anda pasti tidak akan rugi jika membeli DreamConnect.
7. Nota kaki : DreamSpring merupakan sebuah syarikat pembangun perisian untuk Symbian yang mempunyai pengalaman bertahun-tahun dalam bidang ini semenjak zaman kegemilangan Psion. Mereka pernah membangunkan perisian DreamConnect untuk Psion ER5, UIQ 2.0 & 2.1, serta UIQ 3.0. Sekarang ini, mereka membawa perisian-perisian hebat (DreamConnect dan DreamLife) mereka ke platform S60 sebagai menyahut cabaran pasaran yang semakin kompetitif.
- Asri al-Baker
Related posts:
Tags: E52, G810, i450, InnoV8, KT610, LG, Nokia, S60-3rd, Samsung, Symbian
Trackback from your site.
-
manar77
-
http://www.symbianku.com asri

November 9, 2011: [Naik-Taraf] Opera Mobile 11.5 dan Opera Mini 6.5
November 9, 2011: Produk Symbian-Accenture Yang Akan Datang!
November 5, 2011: UC Browser Pelayar Web Yang Hebat!