logo
05
Jan

DiVX Player – Pemain fail DiVX percuma

Written by asri. Posted in Review: Software


DiVX Logo

1. Adakah anda seorang yang memiliki koleksi wayang gambar atau video dalam format AVI?

2. Ataupun anda seorang yang suka menukarkan koleksi DVD anda menjadi fail AVI supaya mudah dibawa kemana-mana?

3. Memperkenalkan, DivxPlayer! Sebuah perisian PERCUMA/GRATIS untuk telefon pintar Symbian S60 3rd Edition dan UIQ 3 yang mampu memainkan fail-fail AVI tanpa perlu bersusah-payah menukarkan fail AVI kepada MP4!

DiVX Player About DiVX Player seekbars

4. Keistimewaan DivxPlayer terletak pada harganya iaitu PERCUMA!

5. Ada beberapa fungsi yang anda boleh tentukan sendiri seperti ”Brightness”, ”Contrast” dan ”Audio/Video Sync”.

DiVX Player Setting 2 DiVX Player Setting 2

6. Divxplayer boleh memainkan fail AVI yang kecil saiznya hinggalah ke fail yang bersaiz besar. Saya selalu menggunakannya untuk menonton cerita yang bersaiz 700MB dan juga menonton video muzik yang bersaiz 15MB.

DiVX Player Fullscreen DiVX Player Normal Screen

7. Sewaktu dalam mod tontonan, iaitu apabila video sedang dimainkan, anda boleh menguatkan dan memperlahankan suara dengan menekan butang atas dan bawah pada kekunci D-Pad.

8. Anda juga boleh mempercepatkan video ke hadapan (fast forward) dan ke belakang (fast rewind) dengan menekan butang kanan dan kiri pada kekunci D-Pad.

DiVX Player Video List DiVX Player Resume

9. Anda boleh memindahturun terus perisian ini menggunakan telefon pintar Symbian S60 3rd Edition dan UIQ 3 anda dengan melawat laman sesawang berikut :

http://m.divx.com

atau, anda boleh membaca maklumat lanjut mengenainya di : http://labs.divx.com/MobileDownload

10. Sebelum saya akhiri posting saya kali ini, disini ada 2 rangkap pantun yang saya nukilkan khusus untuk pembaca-pembaca Symbianku.com :

Kalau tuan sedang mencari
Perisian untuk menambah ceria
Divxplayer nama diberi
Boleh dimiliki dengan percuma

Format AVI boleh dibaca
Fail yang kecil dan besar juga
Tanpa masalah pening kepala
cuba satu mestilah gembira

Selamat mencuba!!! :-)

- Asri al-Baker

Related posts:

Tags: , ,

Trackback from your site.

  • kerazee_hisham

    Hamba peminat wayang gambar
    Coreplayer ttp menjadi pilihan
    Perisian hebat tapi berbayar
    AVI,RMBV,MKV bleh dimainkan..

    Format AVI boleh dibaca
    Tanpa perlu di convert dulu
    Divxplayer akan hamba cuba
    Sbgi hiburan membunuh waktu

  • http://www.i-symbian.com Asri al-Baker

    1. Nampaknya ada orang yang telah membeli pantun saya. Terima kasih Hisham ;-)

    2. Ni saya jual 3 rangkap pantun lagi untuk sesiapa yang berminat membelinya :

    Coreplayer memang lebih berkuasa,
    Lebih flexible dan lebih menawan,
    Tapi keistimewaan divxplayer jangan dilupa,
    Harga percuma tak boleh lawan.

    Untuk mereka yang pentingkan kualiti,
    Coreplayer memang amat sesuai,
    Tapi mereka yang tak ingin membeli,
    Divxplayer boleh dipakai.

    Ada satu lagi perisian begini,
    Smartmovie namanya jangan dilupa,
    Rekabentuknya ringkas tapi berfungsi,
    Sekali pandang, divxplayer seakan sama.

    2. Haa… Jawab, jangan tak jawab!!!

    - Asri al-Baker

  • adliayob

    Rama-rama terbang melayang,
    Terbang melayang diwaktu senja,
    Kenapa orang salahkan barang,
    Kalau Symbian, 'Install'kan sahaja.

    Kalau tabley main AVI movie,
    Janganlah bingung dan susah hati,
    Coreplayer, DivX dan SmartMovie,
    Semuanya POWER, semuanya asli.

    Kalau dicuba masih tak mampan,
    Tak payah mencarut ataupun hairan,
    Telefon lain bukanlah pilihan,
    Tukar sahajalah kepada Symbian!

    Kwang..kwang.. kwang.. :)

  • kerazee_hisham

    Install uninstall jadi mainan
    Skali kuar “System Error” pucatlah muka
    OS Symbian ttp jd pilihan
    Bleh bereksperimen ikut suka

    Smartmovie perisian”sekolah-lama”
    Video kucing mengantuk jadi identiti
    Sejak 6260,dah x penah guna
    Kini Coreplayer bertakhta dihati

    Kawan2 melihat tersangat la hairan
    Mata terbeliak tersampuk syaitan
    OS Symbian sentiasa terkehadapan
    OS lain?…bleh jalan,,,

  • http://www.i-symbian.com Asri al-Baker

    hahaha!!! Aku gelak guling-guling baca pantun-pantun korang ni. Berbaloi-baloi!!! :-P

    Aku beli pantun korang…

    Sungguh sangat tidak kusangka,
    Ada banyak bakat terpendam,
    Pembaca Symbianku bukan sahaja membaca,
    Malah pandai berpantun gurindam.

    kanan symbian, kiri pun symbian,
    tapi ramai yang tak reti guna,
    Sampaikan tak tahu apa itu symbian,
    Tapi berlagak nak takluk dunia!

    - Asri al-Baker

  • adliayob

    Membagi komen tahap dewa,
    Saham kat Symbian takder pun,
    Nak ketawa kata terer,
    Sampai Series-40 disangka smartphone.

    Bila ditegur mengamuk pula,
    Dengan sombongnya mengaku tahu,
    Buatlah kajian sebelum mengata,
    Pasanglah DIVXplayer cari di menu.

    Sekali pasang rupanya gagal,
    Membuat muka isi borang,
    Pastu SMS kami bertanyakan hal,
    “Nokia 6500 tabley, apa barang?”

    Keh Keh Keh !

  • zul

    salam bro,

    baru pakai e72, tp takboleh main movie la pulak, dia keluar msg flash 9.

    camana nak cari & install flash 9???

    satu lagi, divx tu corrupt la, dah byk kali install tp takleh jalan. file tulis 952kb tapi complete download cuma 887kb je. or ada apa2 petua lain caman nak ownload???

    tq.

  • http://www.i-symbian.com Asri al-Baker

    @zul,

    1. Soalan-soalan anda kurang jelas. Fail movie apakah yg anda ingin mainkan dan bagaimanakah anda memainkannya?

    2. Juga kurang jelas. Anda memindahturun divxplayer menggunakan pc atau phone? Software apa yang anda gunakan untuk memindahturun?

    3. Bantulah kami untuk membantu anda.

    Asri al-Baker

  • zul

    Salam.

    utk soalan 1, saya cuba membuka website yg ada movie/trailer tetapi hanya keluar logo pegun flash 9 sahaja, movie tu tak keluar pun. saya guna browser mini opera utk e72. Saya rasa e72 perlu diinstall dgn flash 9 kot??

    soalan 2, saya download direct guna hp-mini opera, dia keluar msg file corrupt. pastu guna pc-firefox & bluetooth ke hp….pun file corrupt jugak. download ok 887kb cuma takleh nak install.

    harap info ini dapat membantu.

    tq.

  • http://www.i-symbian.com Asri al-Baker

    @zul,

    Jawapan untuk Soalan 1.
    - Opera Mini dan Opera Mobile _TIDAK MENYOKONG_ fail flash. Sila gunakan pelayar internet Web S60 untuk menonton fail flash dari website pilihan anda (Youtube, Metacafe etc). Tetapi _TIDAK SEMUA_ fail flash dapat dimainkan kerana walaupun Web S60 menyokong flash, ia ada hadnya.

    Jawapan untuk Soalan 2.
    - Saya tidak ada masalah memindahturun dan memasang perisian DiVXPlayer dari link yang saye sebutkan. Adakah anda pernah memasang perisian lain sebelum ini? Sudahkah anda menyahaktifkan “Signed Only” dari “Application Installer”?

    - Harap Maklum,

    Asri al-Baker

  • zul

    salam,

    tq bro…masalah dl file divx selesai dah…..

    cuma ada satu lagi soalan….. apa fungsi PTT-push to talk dan bagaimana cara nak guna tu utk e-72???

    tq again….

About

SymbianKu.Com : Blog Symbian Malaysia adalah satu-satunya blog yang didedikasikan khas untuk pengguna Symbian di Malaysia dan Nusantara serta Alam Melayu - dalam Bahasa Melayu!

Pilih Kategori

Switch to our mobile site