logo
08
Nov

Desas-Desus : Sony Ericsson Kurara

Written by asri. Posted in Desas-Desus


kurara1

1. Nampaknya Sony Ericsson tidam mendiamkan diri dan terus aktif membangunkan perkakasan telefon canggih untuk masa depan.

2. Setelah Satio (dulu dikenali dengan nama kod “Idou”), kini ada desas-desus mengatakan Sony Ericsson bakal mengeluarkan telefon pintar Symbian kedua yang menggunakan Symbian ^1 (S60 5th Edition).

3. Telefon yang masih belum rasmi ini, diberi nama kod “Kurara“. Mungkin apabila diumumkan nanti, ia akan menggunakan nama lain juga.

kurara2

4. Dalam gambar-gambar yang telah disiarkan, kelihatan bahawa “Kurara” menggunakan skrin sentuh 3.5 inci penuh tanpa butang QWERTY mahupun kepad fizikal.

5. Ia juga dikatakan bakal menggunakan teknologi AMOLED untuk skrin sentuhnya, tetapi belum ada maklumat sama ada ia menyokong teknologi “capasitive” atau tidak.

kurara-cam

6. Satu lagi ciri “Kurara” ialah kameranya, iaitu berkuasa 8.1 megapixel. Dengan kebolehan merakam video HD dan auto fokus.

7. Dengar kata, ia akan diumumkan pada awal tahun depan (2010).

8. Sony Ericsson nampaknya bersungguh-sungguh untuk menempatkan dirinya dalam kedudukan pemain telefon pintar untuk pasaran berprofil tinggi.

9. Baru-baru ini, ia mengumumkan Xperia X2 (Windows Mobile) dan juga Xperia X10 (Android).

10. Apa pendapat anda? Adakah Sony Ericsson mampu menyokong 3 platform sekaligus sedangkan sewaktu menyokong 1 platform dahulu (UIQ) pun ia agak terkial-kial?

Sumber :

http://www.pestaola.gr/sony-ericsson-kurara-leaked-pics/

http://www.phonesdb.com/sony-ericsson-kurara/

http://www.sony-ericsson.ru

- Asri al-Baker

Related posts:

Tags: ,

Trackback from your site.

  • Shinpeng

    Mcm nak lawan samsung i8910 HD je….

  • http://ariyon.blogspot.com yonz

    camera flash jer…rasa bukan xenon kot..rasa SE nie tak nk kalah jugak..sume dah start ke s60v5..SE pun nak ‘try’ jugak…hihihi

  • Lan

    Ishk..hodoh btl phone ni..flash 2 npk mcm haprak tp biasalah, kalo brand lain flash xsbrp xbising sgt..tp kalo nokia xde flash yg elok, bergema 1 dunia kutukan yg dilemparkan.

  • http://www.symbianku.com/desas-desus-sony-ericsson-kanna/ Desas-Desus : Sony Ericsson Kanna « Symbian Ku

    [...] Sony Ericsson “Kanna” ni, kelihatan seperti “Kurara” yang juga masih belum [...]

  • http://www.symbianku.com/dengan-rasminya-sony-ericsson-vivaz-diumumkan/ Dengan Rasminya, Sony Ericsson Vivaz Diumumkan! « Symbian Ku

    [...] (dahulu dikenali sebagai Kurara). Siapa sangka ia akan menjadi cantik sebegini? Kalau kita lihat foto-foto prototaipnya sebelum ini, ia kelihatan tidak begitu [...]

About

SymbianKu.Com : Blog Symbian Malaysia adalah satu-satunya blog yang didedikasikan khas untuk pengguna Symbian di Malaysia dan Nusantara serta Alam Melayu - dalam Bahasa Melayu!

Pilih Kategori

Switch to our mobile site