logo
26
Jun

Desas-desus : Rupa sebenar Nokia E7-00

Written by asri. Posted in Desas-Desus


1. Saya pernah menulis mengenai Nokia E7-00 pada bulan March yang lepas. Dan sebuah photo yang kurang jelas telah dilampirkan.

2. Ramai yang menyangkakan bahawa foto tersebut adalah Nokia N98 atau Nokia N9 yang memiliki kuasa sistem operasi MeeGo. Tetapi hakikatnya, biarlah saya jelaskan disini sekali lagi bahawa foto tersebut adalah milik Nokia E7-00 yang dikuasakan oleh Symbian^3 dan merupakan Eseries yang pertama memiliki skrin sentuh.

3. Disini saya terbitkan sekali lagi spesifikasi yang menjadi tunjang kekuatan E7-00 ini kelak :

- rekabentuk “hybrid” (skrin sentuh dan QWERTY)
- 4 baris QWERTY keyboard
- skrin sentuh dongak (seperti N97) 4 inci AMOLED yang menyokong teknologi capacitive dengan multitouch
- (mungkin) menggunakan prosessor snapdragon
- 256 MB RAM
- 1024 MB ROM
- storan 16 GB bina dalam
- slot microSD
- 3.5 mm audio jack
- kamera 8 megapixel dengan flash LED (tiada Xenon, tiada lensa optik Carl Zeiss)
- rakaman video HD
- tiada output HDMI
- Microsoft Office Communicator Suite disertakan
- kehebatan Symbian^3
- di pasaran pada bulan August atau September 2010
- sangat nipis, hanya 13.8mm
- badan diperbuat dari “anodised aluminium”. Gerenti tak calar.
- bateri bina dalam 1200 mAH

4. Dalam diam-diam, Nokia telah membangunkan E7-00 bersama dengan N8-00 dan memiliki filosofi rekabentuk yang sama.

5. Lihatlah foto-foto terbaru E7-00 yang telah berjaya diperolehi oleh blog Negri Electronics. Terus terang saya katakan, ia umpama melihat Nokia N8-00 yang memiliki papan kekunci QWERTY gelongsor! Tetapi mereka telah tersilap melaporkan ia sebagai N9 yang menggunakan MeeGo. Padahal ia adalah E7-00 yang menggunakan Symbian^3!

Nokia E7-00 info

Nokia E7-00 back

6. Sekali lagi saya nyatakan, foto-foto ini bukan N9..

7. Amacam? Ada berani?… :-)

Sumber : Negri Electronics

- Asri al-Baker

Related posts:

Tags: , ,

Trackback from your site.

  • Azeem

    WHY..!!! WHY…!!! GOD PLESE TELL ME WHY N-series is NOT GOING TO USE Symbian OS anymore? Why Nseries change their mind to use MeeGO? I'M A Symbian user yg setia!

  • L4N

    Wow..very nice. Aku rasa aku akan tggu pengumuman rasmi tentang specs yg ni before aku decide antara N8 @ E7 ni. Camera 8mp dh ckp bgs. Kalau ni ada HD video capture, aku prefer yg ni. Xenon flash 2 satu kompromi yg kck je, xde hal..aku yakin spec yg ni gempak abis..tggu masa nak ternganga mulut je time pengumuman nt ;D

  • L4N

    Bro, cuma N series je guna Meego..yg lain2 E, X & C series masih guna Symbian. Ni dh diumumkan dpd thn lepas lg, termasuk dlm Symbianku. E & X series nt msh sgt powerful, mcm N8 jgk & mungkin lbh powerful dpd N8. Cuba tgk btl2 specs N8 & compare sendiri dgn iPhone 4, Evo, Droid, etc..lbh powerful & lbh complete & lbh murah. Ramai kata Symbian dh jadi 'mid & low level' device, tapi 'mid level' cuma pd harga je (baik utk kita yg nk beli ni ;) ) bkn pd specs! Meego yg high end 2 plak bakal membuatkan iPhone & Android makan asap beb! Biarkan mereka ketawa dulu..xlama je lg tuu…

  • Kenshin_zanza

    >>>People have been dreaming about video calling for decades. iPhone 4 makes it a reality. With just a tap, you can wave hello to your kids, share a smile from across the globe, or watch your best friend laugh at your stories — iPhone 4 to iPhone 4 over Wi-Fi. And it works right out of the box. No other phone makes staying in touch this much fun<<<<

    LAWAK PULAK BILA BACA NIE….

  • Azeem_sarip

    weh? Ko dh tau ini blog khas yg dibuat hanya untuk symbian phone, yg kau pegi citer iphone kimak tu wat haper?

  • ali

    cube baca betul2 ape yg dipost Kenshin_zanza, dia bukannye kipas susah mati iphone. dia quote kenyataan tu dari blog mana tah, tepon lain dah berzaman ada vid call, iphone baru wujud vid call…sadis giler

  • http://www.i-symbian.com Asri al-Baker

    @azeem_sarip

    1. bawak-bawak bertenang. terima kasih kerana sokongan anda terhadap blog Symbianku.Com.

    2. jika dibaca komen @Kenshin_zanza betul-betul, beliau bukannya menyokong iPhone 4, tetapi beliau menyatakan kebangangan dan kebuduhan segelintir manusia yang begitu fanatik terhadap fitur iPhone 4 iaitu Facetime yang sebenarnya tiadalah apa-apa pun.

    3. Buat @Kenshin_zanza, terima kasih atas komen anda. Memang lawak apabila membaca kenyataan pihak-pihak yang tidak berpijak dibumi nyata tersebut. Facetime sebenarnya cuma panggilan video yang dibuat diantara iPhone 4 ke iPhone 4 menggunakan WiFi. Takde lah revolusionari pun…

    Cheers!

    -Asri al-Baker

  • http://www.i-symbian.com Asri al-Baker

    @Azeem_sarip

    1. Jangan menggelabah incik sarip. Dunia masih belum kiamat.

    2. Strategi ini sebenarnya bagus sebab telefon pintar Symbian akan jadi lebih murah dan lebih banyak.

    3. Nokia tiada pun mengeluarkan kenyataan rasmi nak memberhentikan pembangunan telefon pintar Symbian.

    4. Mereka cuma ingin menumpukan perhatian kepada pembangunan Nseries yang menggunakan MeeGo. Bukannya nak memberhentikan kesemua produk yang berasaskan Symbian.

    5. Walaupun Nseries sudah tidak menggunakan Symbian selepas ini, tetapi Xseries, Cseries dan Eseries akan tetap menggunakan Symbian. Apa nak dirisaukan?

    6. Kena ingat ye, bukan senang nak membangunkan sistem operasi yang hebat sehebat Symbian. Sementelah lagi, MeeGo masih terlalu mentah dan banyak lagi ketidakpastian yang menyelubungi MeeGo.

    7. Mana yang kita nak. telefon pintar Symbian berkuasa tinggi dengan harga mampu milik ke atau telefon pintar Symbian biasa-biasa tapi berharga mahal?

    8. Lain kali, bacalah dengan minda yang terbuka :-)

    - Asri al-Baker

  • zul

    ahahha azeem_sarip..
    ko ni belum pape dah hentam org lain..
    lainkali bace btul2 la…ataupon ko sendiri x paham bahse inggeris??

  • http://www.symbianku.com/nokia-e7-00-communicator-generasi-baru/ Nokia E7-00 – Communicator Generasi Baru | SymbianKu

    [...] Para pembaca setia Blog Symbian Malaysia sudah tentu pernah membaca berita mengenai sebuah prototaip, dan ia kini telah diumumkan secara rasmi sebagai [...]

About

SymbianKu.Com : Blog Symbian Malaysia adalah satu-satunya blog yang didedikasikan khas untuk pengguna Symbian di Malaysia dan Nusantara serta Alam Melayu - dalam Bahasa Melayu!

Pilih Kategori

Switch to our mobile site