Desas-Desus : Nokia N8-00
1. Sudah agak lama kita tidak mendengar atau membaca sesuatu desas-desus yang hebat dari Nokia seperti ini.
2. Seperti yang kita jangkakan, Nokia sememangnya sedang dalam proses membangunkan beberapa telefon pintar yang menggunakan Symbian^3. Termasuklah telefon ini iaitu N8-00.

3. Merujuk kepada namanya, kelihatan ia akan menjadi sebahagian dari keluarga Nseries dan mengikut perancangan Nokia yang baru, nama yang bermula dengan huruf N (Nseries) adalah merujuk kepada telefon pintar berkuasa tinggi yang menggunakan teknologi terbaru serta sokongan multimedia yang hebat.

4. Dari maklumat-maklumat yang saya kumpulkan, berikut adalah spesifikasi N8-00 :
- skrin sentuh 3.5 inci menggunakan teknologi AMOLED serta “capacitive”
- tiada QWERTY keyboard
- hanya satu butang fizikal di bawah skrin
- mungkin akan menggunakan pemproses snapdragon
- stor simpanan 32 GB bina dalam
- 256 MB RAM
- 512 MB ROM
- kehebatan Symbian^3
- Dolby Digital sound
- kamera 12 Megapixel “wide angle” dengan lensa optik Carl Zeiss serta flash Xenon
- rakaman video HD 720p
- HDMI output
- sangat nipis, hanya lebihkurang 10 mm
- badan diperbuat dari “anodised aluminium”
- bateri 1200 mAH yang tidak boleh ditanggalkan
- 3.5 mm audio jack
- dipasaran seawal Jun 2010
- akan diumumkan seawal hujung March atau awal April
5. Hanya satu perkataan dapat membayangkan perasaan saya pada masa ini. WOW!
6. Spesifikasi sebenar hanya akan diketahui apabila ia diumumkan kelak

7. Masanya sudah tiba untuk pengeluar telefon pintar Symbian menggunakan teknologi terbaru yang hebat dan menolak kemampuan Symbian ke tahap yang lebih tinggi.
8. Apa pendapat anda, secara jujur, saya sudah amat tidak sabar untuk menunggu telefon pintar sebenar yang menggunakan Symbian^3.
Sumber : My Own
Gambar : it168.com
Related posts:
Tags: Nokia, Symbian-Foundation, Symbian^3
Trackback from your site.
-
ali
-
aril


November 9, 2011: [Naik-Taraf] Opera Mobile 11.5 dan Opera Mini 6.5
November 9, 2011: Produk Symbian-Accenture Yang Akan Datang!
November 5, 2011: UC Browser Pelayar Web Yang Hebat!