logo
12
Jun

Desas-desus : Nokia C7

Written by asri. Posted in Desas-Desus


1. Sudah beberapa bulan tiada khabar berita mengenai desas-desus berkenaan telefon pintar Symbian baru. Rasanya, kali terakhir ada bunyi-bunyi berkenaan model baru ialah sebelum N8 diumumkan.

2. Untuk para penggemar khabar angin (bukan khabar angin yang kurang baik, tetapi khabar angin mengenai model telefon pintar Symbian yang baru), disini ada satu desas-desus mengenai Nokia C7.

3. Sebagaimana yang kita ketahui, Nokia memperkenalkan keluarga Cseries ataupun “Core Series” yang membawa fungsi-fungsi canggih telefon pintar dalam pakej yang mampu-milik seperti C5 dan C6.

4. Dengarnya, C7 bakal memiliki keupayaan yang berikut :
- Symbian^3
- Kamera digital 8 megapiksel dengan lampu nyala LED kembar (dual-LED flash)
- Skrin sentuh bersaiz 3.5 inci dengan sokongan “multitouch”
- Pembesar suara stereo

5. Saya sebenarnya agak kurang berkenan dengan rekabentuknya yang tak berapa menarik. Inilah agaknya filosofi rekabentuk Nokia yang terbaru yang menonjolkan rekabentuk kurang menarik tetapi ringkas. Ia kelihatan seperti agak “sama tapi tak serupa” dengan Nokia E5 yang juga kelihatan agak hodoh.

6. Walaubagaimanapun, pandangan itu tadi adalah pendapat peribadi saya sahaja dan tidak ada kena-mengena dengan mereka yang telah hidup dan yang masih meninggal dunia… :-) hehehe…

7. Apa-pun rupanya, kehadiran C7 amat ditunggu-tunggu oleh peminat Nokia dan Symbian kerana harganya dijangka dalam lingkungan EUR270 atau RM1099 jika dilancarkan kelak. Ataupun mungkin lebih murah lagi di bawah RM1000? Siapa tahu?

- Asri al-Baker

Related posts:

Tags: , ,

Trackback from your site.

  • shinpeng

    Kalau saya beli handphone rekabentuk adalah pilihan kedua… dual LED mesti sama dengan N86 kot… Kalau betul harga handphone ni murah ok gak sambar yang ni…

  • http://www.facebook.com/people/Azeem-Sarip/100000114763273 Azeem Sarip

    design sama lebih kurang dgn samsung Corby jer??? Tp, well what can i say? If a phone is powered by a Symbian OS, it must be a POWERFUL Smartphone.

About

SymbianKu.Com : Blog Symbian Malaysia adalah satu-satunya blog yang didedikasikan khas untuk pengguna Symbian di Malaysia dan Nusantara serta Alam Melayu - dalam Bahasa Melayu!

Pilih Kategori

Switch to our mobile site