logo
18
Aug

Desas-desus – Nokia 5250 bakal muncul?

Written by asri. Posted in Desas-Desus


1. Nampaknya, Nokia sedang menyediakan beberapa model telefon pintar Symbian sebelum tahun 2010 melabuhkan tirainya.

2. Strategi Nokia ialah untuk mendemokrasikan telefon pintar, iaitu membuat telefon pintar yang mampu dimiliki oleh semua golongan. Dengan harga yang mampu-milik dan ciri-ciri yang biasanya hanya terdapat pada telefon pintar yang lebih mahal (seperti GPS, skrin sentuh, sistem operasi mantap), Nokia menawarkan telefon pintar dalam pakej yang sesuai untuk semua golongan.

3. Sudah beberapa bulan Nokia agak senyap dan tidak mengumumkan model-model baru telefon pintar. Kalau ada pun pengumuman, ia melibatkan telefon biasa, bukan telefon pintar (seperti Nokia C3 dan Nokia X3-02).

4. Dengan beberapa maklumat bocor sebelum ini seperti E7-00 dan C7-00 yang kedua-duanya dikuasakan oleh sistem operasi Symbian^3, kelihatan sebenarnya Nokia tidak mendiamkan diri selama ini tetapi sibuk membangunkan peranti-peranti pintar untuk semua golongan.

5. Nokia 5250 dikhabarkan akan memiliki ciri-ciri seperti berikut :
- Sistem operasi Symbian^1
- Audio jack 3.5mm
- Slot kad microSD
- GPRS dan EDGE (Tiada 3G)
- Kamera 2 megaiksel
- Skrin sentuh sebesar 2.9 inci dengan 65 ribu warna
- Bluetooth
- Tiada GPS
- Tiada WiFi
- Harga dalam lingkungan RM400

Komen ikhlas dari saya, Asri al-Baker

1. Sudah berkali-kali perkara ini diperkatakan di dalam blog ini baik oleh saya sendiri, mahupun Adli. Iaitu kegemaran Nokia mengeluarkan model lama dalam bungkusan yang baru. Dengan ertikata lain, kitar-semula.

2. Perkara ini boleh dilihat dalam dua perspektif yang berbea iaitu positif dan negatif.

3. NEGATIF – Seolah-olah Nokia sudah kehabisan idea untuk mengeluarkan atau merekabentuk sesuatu yang baru dan segar.

4. POSITIF – Lebih banyak telefon pintar Symbian yang akan dijual dipasaran dan dalam pelbagai bentuk. Memberi peluang kepada semua golongan untuk menikmati telefon pintar dan teknlogi terbaru dengan harga yang mampu milik.

5. Jadi, apa pula pendapat anda mengenai Nokia 5250?

Asri al-Baker

Related posts:

Tags: ,

Trackback from your site.

About

SymbianKu.Com : Blog Symbian Malaysia adalah satu-satunya blog yang didedikasikan khas untuk pengguna Symbian di Malaysia dan Nusantara serta Alam Melayu - dalam Bahasa Melayu!

Pilih Kategori

Switch to our mobile site