Desas-Desus: LG SVELTE BOLT
Saya selalu mendapat kritikan dari kawan-kawan sekeliling bilamana saya tidak ‘melayan’ sangat ’smartphone’ yang mereka beli walaupun mereka bersungguh-sungguh mempamerkannya. Biasanya aksi ini terjadi bila telefon yang mereka tunjukkan dikuasakan dengan Windows, telefon ‘China’, iPhone dan Android (HTC Magic).
Biasanya mereka akan menyindir dengan ayat “Aku taulah kau tu owner Symbianku, tapi kau kena ambil tahu jugak pasal telefon yang lain”. Masalahnya, dalam banyak-banyak OS telefon yang wujud di dunia, bolehkah OS lain menerajui teknologi seperti yang telah Symbian rintiskan?
Sebut sahaja teknologi seperti WiFi, DLNA, GPS, ‘Flash-Support’ dalam Browser, pengendalian ‘PowerPoint’ secara ‘wireless’ dan lain-lain semuanya telah dimulakan dahulu oleh Symbian. Kemudian, sokongan perisian luar yang ekstensif, ‘user-support based’ yang sangat ramai, pemudahcara yang mengendalikan blog yang beribu jumlahnya dan sokongan terus dari lima syarikat pengeluar utama telefon di dunia, menyebabkan saya tidak lagi menoleh ke OS yang lain. Itulah sebabnya saya berperangai sedemikian dan tidak mengendahkan telefon baru mereka.
Dan ada juga mendabik dada mengatakan yang Apple iPhone adalah satu-satunya telefon yang dilengkapi dengan ‘Capacitive’ touchscreen – jauh lebih jitu dan responsif berbanding teknologi ‘resistive’ yang digunakan oleh Symbian! Hebat… memang hebat hujjahnya orang ini.
Ya, dia sebenarnya tidak tahu yang Symbian pun menggunakan capacitive juga. Buktinya model Samsung i8910 HD dan Nokia X6 hadir dengan teknologi ini. Tapi ya lah.. orang tengah sibuk mempromosi (sebab dia kerja di MAXIS) jadi tak elok jika saya ganggu persembahannya.
Tapi, cubalah bayangkan sebuah telefon Symbian S60 yang dilengkapi dengan PROJECTOR yang mampu memancarkan ’skrin maya’ sebesar 64 inci ditangan anda. Dengan kuasa bateri yang cukup, ia mampu memainkan sebuah filem-penuh selama 2 jam maksima! Selain itu, ia juga dilengkapi dengan bluetooth, skrin sebesar 2.6 inci, FM Radio, TV-tuner dan kemampuan data 3G.
Macam tak percaya kan? Tapi itulah yang bakal berlaku pada CES 2010 di Las Vegas pada 7 Januari ini.
Telefon LG Svelte Logic Bolt (V 1.5) dibangunkan dengan kerjasama antara LG (salah satu pemegang lesen Symbian S60) dan Logic Wireless dari Arizona, USA. Sebelum ini, teknologi ‘Logic Bolt versi 1.0′ pernah dipertontonkan kepada umum pada CES 2009 yang lalu. Pada waktu itu, ia cuma diimplementasikan pada sebuah ‘feature phone’ yang biasa. Tetapi kini, ia telah matang dan bersedia diintegrasikan dengan OS telefon No.1 iaitu Symbian.
Nampaknya, kata-kata yang mengutuk ‘Symbian Dah Nak Mampos’ oleh rakan-rakan saya adalah silap dan tidak berasas. Ternyata Symbian masih merupakan peneraju dalam OS telefon bimbit, kini dan selamanya!
Bagaimana? sama-samalah kita tunggu tarikh 7/1/10 yang akan datang.
Rujukan:
- http://gizmodo.com/5437684/logic-bolts-second-projector-phone-makes-the-lg-expo-put-down-the-cake
- http://www.techgadgetsnews.com/lg-symbian-s60-projector-phone-svelte-logic-bolt-v-1-5/
- http://www.bookofjoe.com/2009/05/logic-bolt-15-worlds-first-projector-phone.html
- http://gadgetcrave.com/logic-wireless-unveils-the-logic-bolt-v-1-5-projector-phone/4726/
- http://www.beststuff.com/blog/2009/10/06/logic-wireless-intros-logic-bolt-15-projector-phone.html
- http://www.symbian-freak.com/news/009/12/logic_bolt_to_be_first_s60_powered_projector_phone.htm


