logo
24
Mar

Desas-desus : E7-00

Written by asri. Posted in Desas-Desus


1. Satu lagi telefon pintar dari Nokia yang bakal diumumkan bila-bila masa ialah E7-00 yang menggunakan Symbian^3.

2. E7-00 juga menggunakan nama yang agak baru (nama sebenarnya belum diketahui) dan ia merujuk kepada “high-end” Eseries. Mungkin ia adalah untuk menggantikan Communicator E90 yang sudah ketinggalan zaman.

3.Sebagai sebuah telefon pintar yang disasarkan kepada pasaran bisnes, perkakasan dan perisiannya juga memiliki ciri-ciri bisnes.

4. Antara lain, spesifikasinya adalah :
- rekabentuk “hybrid” (skrin sentuh dan QWERTY)
- 4 baris QWERTY keyboard
- skrin sentuh dongak (seperti N97) 4 inci AMOLED yang menyokong teknologi capacitive dengan multitouch
- (mungkin) menggunakan prosessor snapdragon
- 256 MB RAM
- 1024 MB ROM
- storan 16 GB bina dalam
- slot microSD
- 3.5 mm audio jack
- kamera 8 megapixel dengan flash LED (tiada Xenon, tiada lensa optik Carl Zeiss)
- rakaman video HD
- tiada output HDMI
- Microsoft Office Communicator Suite disertakan
- kehebatan Symbian^3
- di pasaran pada bulan August atau September 2010
- sangat nipis, hanya 13.8mm
- badan diperbuat dar “anodised aluminium”
- bateri bina dalam 1200 mAH

5. Sekiranya betul, maka ia akan menjadi Eseries yang pertama menggunakan skrin sentuh. Tiada Eseries yang menggunakan skrin sentuh sebelum ini (E50, E61, E70, E61i, E62, E65, E71, E66, E90, E63, E75, E52, E55, E72.

6. Gambar rekabentuk E7-00 telah diedarkan di internet semenjak awal tahun 2010 tetapi ramai yang menyangkakan ia adalah salah satu Nseries.

7. Dalam gambar ini, warna hijau merujuk kepada satu, iaitu “rekabentuk konsep”. Saya masih ingat lagi satu ketika dulu, Psion Series 5 berwarna hijau diberi nama kod Protea.

8. Sejujurnya, spesifikasi yang diberikan menunjukkan ia bakal menjadi sebuah telefon pintar yang hebat. Skrinnya sebesar 4 inci itu akan menjadi amat berguna untuk menonton video!

9. Sama-sama kita tunggu pengumumannya!!!

- Asri al-Baker

Related posts:

Tags: , ,

Trackback from your site.

  • daktaipan181

    fuhhhhh….. rakaman video HD tu…. memang berpatutan untuk yg suka nonton video……..

  • http://www.symbianku.com/desas-desus-rupa-sebenar-nokia-e7-00/ Desas-desus : Rupa sebenar Nokia E7-00 « SymbianKu

    [...] Saya pernah menulis mengenai Nokia E7-00 pada bulan March yang lepas. Dan sebuah photo yang kurang jelas telah [...]

  • http://www.symbianku.com/bala-tentera-symbian3/ Bala Tentera Symbian^3 | SymbianKu

    [...] Symbian^3 ini. Kamilah yang mula-mula mengeluarkan berita tentang E7 pada bulan March tahun ini (http://www.symbianku.com/desas-desus-e7-00/) sedangkan semua blog, penerbitan dan forum mengatakan yang ianya Nokia N9. Nokia N8 juga telah [...]

About

SymbianKu.Com : Blog Symbian Malaysia adalah satu-satunya blog yang didedikasikan khas untuk pengguna Symbian di Malaysia dan Nusantara serta Alam Melayu - dalam Bahasa Melayu!

Pilih Kategori

Switch to our mobile site