logo
19
Aug

Desas-Desus – C7-00 Yang Sebenar

Written by asri. Posted in Desas-Desus


1. Nokia C7-00 telah lama dikhabarkan sedang dalam pembikinan, tetapi masih belum ada foto yang betul-betul menunjukkan rupabentuknya yang sebenar.

2. Kalau ada pun foto C7-00, hanya beberapa keping yang tidak berapa jelas dan tidak menunjukkan kredibiliti C7-00 yang sebenar.

3. Tetapi bagi mereka yang mengikuti perkembangan C7-00 ini, terdapat banyak cara untuk mendapatkan maklumat terbaru mengenainya.

4. Rakan Twitter saya, EverythingBlaxx, baru sahaja menerbitkan pengalaman menyentuh C7-00 buat kali pertama kali di laman sesawang The Mobile Fanatics.

5. Menurut beliau, C7-00 begitu seksi dan nipis sehinggakan ia kelihatan seakan-akan seperti E71 ataupun E55. Kemasan luarannya yang berkilauan serta paduan warna ala-ala metalik, memang menampakkan keanggunannya.

Siap ada video lagi kat laman v.zol.com.cn

6. Disamping itu, sistem operasi Symbian^3 yang digunakan dalam C7-00 yang beliau cuba terasa amat pantas dan selesa digunakan.

8. Sekali lagi saya ulang, C7-00 kelihatan amat nipis dan selepas ini, sepatutnya Nokia merekabentuk lebih banyak lagi peranti yang nipis sebegini. Barulah gempak! kan?

9. Serba sedikit maklumat spesifikasi Nokia C7-00 :
- ETA Oct 2010.
- Symbian^3
- skrin AMOLED capacitive bersaiz 3.5 inci AMOLED dengan resolusi 360×640
- hanya setebal 9.9mm
- kamera 8MP dengan lampu flash LED (tiada Carl Zeiss, tiada Xenon)
- memori simpanan dalaman 8GB
- microSD
- USB OTG
- TV-out.
- Tiada HDMI
- Bateri berkaasiti 1200 mAH
- Harga maksima RM1400

10. Bergegar jugak lutut melihat rekabentuknya yang seksi itu. Amacam? Apa pendapat anda tentang C7-00?

Galeri gambar diambil dari : zol.com.cn

Asri al-Baker

Related posts:

Tags: , ,

Trackback from your site.

  • http://www.symbianku.com/desas-desus-nokia-c6-01/ Desas-desus – Nokia C6-01 | SymbianKu

    [...] Nampaknya, selain dari Nokia C7-00, dan E7-00, ada lagi Nokia C6-01 yang dikuasakan oleh Symbian^3 yang belum diumumkan. Agaknya, apa [...]

About

SymbianKu.Com : Blog Symbian Malaysia adalah satu-satunya blog yang didedikasikan khas untuk pengguna Symbian di Malaysia dan Nusantara serta Alam Melayu - dalam Bahasa Melayu!

Pilih Kategori

Switch to our mobile site