Desas-Desus : Adakah ini Nokia C6?

1. Sudah beberapa bulan Nokia, mahupun pengeluar telefon pintar Symbian yang lain mendiamkan diri.
2. Mungkin kerana mereka sibuk menjalankan proses pembangunan Symbian^3 sehinggakan mereka masih lagi tidak mengumumkan apa-apa telefon pintar Symbian semenjak kebelakangan ini.
3. Setelah Nokia mengumumkan Cseries yang pertama iaitu C5, keluarga Cseries nampaknya tidak akan terhenti disitu sahaja.
4. Dengan menggunakan hikmat pengintipan buka langit tahap gaban jurus ke lapanbelas, pasukan Symbianku telah berjaya mendapatkan sebuah foto yang dipercayai bakal diumumkan sebagai C6.
5. Tiada sebarang maklumat lain mengenainya. Hanya fotonya sahaja yang berjaya diperolehi.
6. Jika mengikut foto yang dipaparkan, pada pendapat kami, ia masih menggunakan Symbian^1 kerana tiada tanda-tanda Symbian^3 (seperti titik-titik penanda “multiple home screen”, yang tiada dalam foto ini).
7. Walaubagaimanapun, rekabentuk QWERTY keypadnya agak berbeza dengan N97 dan N97 Mini kerana keyboardnya selari dengan skrin dan “D-Pad”nya pula di sebelah kanan.
8. Sekali pandang, ia kelihatan seperti Nokia 5230 digabungkan dengan N97 Mini tetapi rekabentuk keyboardnya kelihatan seperti menggelongsor.
9. Apa pendapat anda? Adakah rekabentuk seperti ini bakal menjadi satu trend yang hebat di masa akan datang?
- Asri al-Baker
Related posts:
Tags: Nokia, Symbian-Foundation, Symbian^1
Trackback from your site.
-
http://www.symbianku.com/nokia-c6-diumumkan-dengan-rasminya/ Nokia C6 Diumumkan Dengan Rasminya « Symbian Ku

November 9, 2011: [Naik-Taraf] Opera Mobile 11.5 dan Opera Mini 6.5
November 9, 2011: Produk Symbian-Accenture Yang Akan Datang!
November 5, 2011: UC Browser Pelayar Web Yang Hebat!